Wednesday, September 2, 2009

SPIKER HARAM SIVAKUMAR MEMANGIL SIDANG DUN HARAM


2hb Nov 2009

Pada hari ini speaker HARAM Sivakumar memanggil sidang DUN HARAM. Apa yang kita litat disini adalah Pakatan Penipu ingin mengelirukan rakyat negeri Perak khususnya. Pada pagi ini Pakatan Penipu berkumpul untuk membuat provokasi dan membuat rakyat di Negeri ini keliru. Tindakan mereka ini ingin menjejaskan kestabilan politik di Negeri ini dan mereka mereka ini menunjukkan tidak hormat ke atas institusi Raja Raja. Berlakunya peristiwa ini kita dapat lihat bahawa mereka tidak mendapat sambutan daripada rakyat Perak khususnya kerana rakyat sudah jelak dan tidak lagi simpati pada mereka ini.

Apa yang berlaku pada pagi tadi mereka sengaja membantah pihak berkuasa dan mendatang huru hara di Negeri ini. Pada pagi tadi juga Nizar agak terkejut dengan gelombang Kuning yang melaungkan 'DAULAT TUANKU' dan mereka menjadi panik dan tidak menyangka yang tindakan mereka ini ditentang oleh sebilangan rakyat Perak. Gelombang kuning, yang mana terdiri daripada Makkal Sakati, Suara Anak Muda Perak dan beberapa NGO NGO yang menyokong kerajaan.

Tindakan Pakatan PENIPU yang dilitah "GILA KUASA' dan tidak dapat menerima bahawasanya mereka ini tidak lagi memerintah. Apabila perarakan mereka ditahan oleh pihak berkuasa, sidang DUN HARAM mereka teruskan dan berpindah lokasi di Heritage Hotel di Jalan Raja Dihilir. Intipati sidang DUN HARAM itu Nizar pengkhianat mengusurkan satu jawatankuasa hak kebebasan, Sivakumar Spiker Haram, Chang Ming Kai, Lo0k Chee Yan, Sam Cheok Leng didapati sesuai menjadi AJK. Usul tergempar Nga Ko Meng mangusulkan mengutuk sekeras kerasnya pihak berkuasa dan UMNO yang menghalang ahli ahli YB bersiadang. Dalam masa persidangan DUN HARAM HOTEL itu mereka menyatakan semasa kepimpinan Dato Seri Najib kadar jenayah meningkat terutama kes Rogol. Mereka juga menuduh kedaulatan undang undang telah dicabul dan dihina oleh pihak berkuasa.

Jelas sudah siapa yang mencabul siapa, siapa yang menghina kedaulatan siapa. Mereka ini bagaikan gila Talak, Nizar Pengkuanat juga seperti anjing DAP. Kita lihat ini semua angkara DAP yang mahu berkuasa. PAS hanya menjadi anjing suruhan DAP. PKR juga cacai suruhan DAP. Kita lihat betapa bodohnya Nizar Pengkianat ini dipergunakan.

Tuesday, September 1, 2009

Raja Perlis bimbang ancaman perosak perpaduan


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan ancaman golongan yang mengamalkan dasar "pecah dan perintah" kerana ia boleh menggugat perpaduan rakyat.

Menurut baginda, walaupun golongan itu tidak banyak namun ia tetap berbahaya kepada negara yang kini sedang memberi tumpuan kepada gagasan 1Malaysia.


Ketika melancarkan sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perlis malam tadi, baginda bertitah dasar pecah dan perintah pernah diperkenalkan oleh penjajah negara ini suatu ketika dahulu.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Dewan 2020 itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Yang hadir sama pada majlis yang turut disekalikan dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Baginda bertitah, sejak akhir-akhir ini dasar yang memberi kejayaan kepada penjajah bagi merosakkan keharmonian rakyat telah diberi nafas baru oleh golongan tertentu di negara ini demi menjayakan agenda politik sempit mereka.

'Penting diri sendiri'

"Mereka suka melagakan rakyat, memain isu sensitif, menimbulkan prejudis agama dan persoal kontrak sosial. Jauhi golongan terbabit kerana mereka tidak beri faedah kepada sesiapa," titah baginda.

Menurut baginda, golongan itu hanya memikirkan kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masa depan negara.


Baginda turut mengimbas tragedi hitam 13 Mei 1969 yang mana perpecahan kaum telah menggugat keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan ia mengambil masa yang begitu panjang untuk dipulihkan.

"Ibarat luka yang dah sembuh dan tidak lagi sakit namun parut tetap
kelihatan dan setiap kali lihat parut, ada rasa yang terguris," titah baginda.

Menurut baginda, peristiwa itu telah merugikan semua kaum akibat kehilangan nyawa, kerosakan dan kemusnahan harta benda manakala para pelabur juga bimbang untuk memasuki negara ini.

Sambil berharap peristiwa itu tidak berulang lagi melalui angkara kumpulan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah itu, baginda berharap rakyat berusaha menjayakan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.


"Setiap kaum perlu bersatu padu, hormat menghormati dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang negara," titah baginda.

Raja Perlis juga mahu rakyat turut berusaha mencapai cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"Masa ada sekitar 10 tahun lagi dan tempoh itu semakin dekat. Saya pun dah jadi Raja Perlis sembilan tahun lebih dan saya rasa masa berlalu begitu cepat. Masa sepuluh tahun lagi juga akan tiba dengan cepat," titah baginda.

Bimbang Perlis ketinggalan

Bagaimanapun, baginda melahirkan kebimbangan dengan pencapaian pembangunan di Perlis yang disifatkan baginda masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Saya ambil contoh bandar Arau yang masih lembab pembangunannya dan pembaharuan yang wujud hanya ada deretan kedai yang sedang dibina," tambah baginda.

Baginda mahu setiap pegawai kerajaan bersikap profesional dalam membangunkan negeri ini dengan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakannya. Bernama