Monday, November 23, 2009

Retak Menanti Belah

Pakatan pembangkang kita lihat pada hari ini hanya menati retak menanti belah, antara sebabnya, Sekarang ini kita lihat Hadi Awang agak kurang yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim, mungkin segala tembelang/permainana Anwar in sudah diketahwi oleh Presiden PAS, sehinggkan Anwar terpaksa menggunakan Mursidul Am PAS Nik Aziz untuk memecahbekahkan PAS. Sekarang ini PAS terdapat 2 golongan didalamnya 1 yang bersama Anwar (Adrogan) 2 golongan Ulamak.

Di Selangor kita lihat PAS Selangor mempunyai masalah dengan DAP, terdapat percangahan di dalam mentakbir kerajaan Selangor, ini sebenar berlainan idealogi politik parti. Mereka ini bersatu kerana mahu menumbangkan Kerajaan BN. Hanya 1 matlamat yang sama. Dalam masa yang sama Adun PRK daripada Perlabuhan Kelang telah keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Jika kita fikirkan balik mengapa sedangkan mereka memerintah Negeri sehinggkan ada seorang ADUN yang keluar daripada parti, mengapa?

Keadaan ini sama juga di Kedah kerana salah satu ADUN KULIM daripada PKR telah keluar parti menyertai bebas, dan juga adun daripada DAP juga telah keluar parti. Ini juga secara terang menunjukkan ada kepincangan didalam Pakatan Pembangkang. Baru-baru ini Anwar sudah dilantik sebagai penasihat Kewangan Negeri Selangor, mengapa Negeri Selangor sahaja bukankah Pembangkang memerintah 4 buah negeri lagi? Mengapa tidak Pulau Pinang, Kelantan & Kedah melantik Anwar sebagai penasihat kewangan? Dari sini kita lihat ada "udang di sebalik Mee"

Kita perlu sedar yang mana PAS & PKR mengadai maruah Melayu, memberi peluang kepada bangsa asing tidak menghormati Raja-Raja kita. Mereka ini sedah berani kerana apa? Kerana mereka mengunakan PAS & Melayu PKR menentang Raja-Raja kita. Kita ambil contoh di Perak, yang mana secara terang kita lihat di Kuala Kangsar semasa perlantikan Dr Zambry yg mana rata-rata yang hadir semua dalah dikalangan PAS & Melayu PKR. Perlu diingatkan bahawa kerusi DUN PAS di Perak hanya ada 6 kerusi yang mana DAP ada 17 Kerusi DUN. sepatutnya mereka perlu berjuang sama, tetapi mereka ini bijak kerana menyuruh PAS supaya menetang DYMM Sultan.

Hari demi hari kita lihat pembangkang sendiri tidak bersependapat, mana mungkin mereka ini bersatu. Mereka mempunyai 1 matlamat yang sama menjatuhkan UMNO/BN tetapi menifesto yang berbeza. Adakah berbaloi kita memperjudikan nasib untuk anak-anak kita, kita fikir-fikirkan kerana keputusan yang kita buat pada hari ini adalah untuk menjamin masa depan anak cucu kita.