Monday, April 2, 2012

APRIL FOOL. Bahagian 2

Asalamuaalaikum,  Salam Sejahreta


Penyamun penyamun terus mengganas dengan terus menerus membuat empayar dengan tertubuhnya GLC Institut Darul Ridzuan atau IDR pula. Tujuan IDR ini adalah 'THINK TANK' kepada MB, ternyata IDR ini terdapat ramai juga kroni kroni dan projek projek daripada kerajaan terus disalurkan kepada mereka, ini bukan soal 'THINK TANK' yang di perkatakan tadi tetapi ianya untuk kepentingan kroni kroni supaya Judah menyamun harta bumi Perak ini, lagi sekali kits di April FOOL kan oleh mereka mereka yang tak bertanggungjawab ini.


IDR juga telah bayak mendapat dana Dana daripada kerajaan Negeri, Setahu saya berapa banyak wang diperuntukkan untuk Yayasan ini, mana gerak kerjanya? Siapa di salam IDR ini dan apakah tujuan sebenarnya? Pada hari ini masih ramai rakyat yang memerlukan bantun, mengapa tidak dibantu rakyat rakyat yang ramai susah, jangan kita perjudikan Nasib Agama dan Bangsa, BERHENTI dari pada menyamun, jika benar benar sayangkan Negara buang semua Pengkhianat pengkhianat yang Ada disekeliling, Pada hari ini rakyat semakin bijak menilai, bukan seperti dahulu. Sudah cukup  mengAPRIL FOOL rakyat yang semakin hari semakin bijak


Published with Blogger-droid v2.0.4

APRIL FOOL... bahagian 1



Asalamuaalaikum..

Salam sejahtera, Pertama pada hari ini janganlah ada di April Foolkan, jangan lah terkena seperti rakyat Perak yang sentiasa di APRIL FOOL kan sepanjang tahun. Pada hari ini rakyat yang sebelum ini mempunyai harapan yang amat tinggi kepada kerajaan supaya dapat membela nasib rakyat, tetapi malangnya rakyat masih diperkotak katikan oleh pemimpin pemimpin yang tak bertanggungjawab. Perak pernah diperintah oleh komunis selama 11 bulan, banyak harta-harta rakyat di agih-agihkan oleh komunis-komunis ini.

Tetapi sekarang ini semenjak peralihan kuasa kepada Barisan Nasional telah banyak perubahan yang berlaku pada mula-mulanya. Sekarang semuanya telah berubah apabila pengkhianat pengkhianat telah mula masuk kembali dan menjadi orang-orang kepercayaan, dan mula dilantik sebagai pegawai-pegawai yang memegang portfolio portfolio penting. Mereka mula menubuhkan YAYASAN BINA UPAYA, INSTITUD DARUL RIDZUAN dan yang terbaru MENTERI BESAR INCORPORATED. Apakah APRIL FOOL yang cuba di buktikan? Apa sudah jadi dengan GLC GLC yang sebelum ini? Apakah Penyamun Penyamun sudah mula tamak? YAYASAN PERAK, PKNP dan sebagainya apa sudah jadi? Pemimpin sudah mula menyamun harta-harta Negeri Perak untuk di agih-agihkan kepada penyamun penyamun

Penyamun oh Penyamun

Asalamuaalaikum,


Penyamun yang melompat drp UMNO kpd PKR dan Lompat kembali kpd UMNO semuanya Kaya raya cth, HAMDAN TAHA, HANAFIAH MAN, PANGLIMA HITAM (MEOR) dan ramai lagi, yang peliknya dlm pertemuan Sulit (konon-kononnya sulit sangat lah) bersama Zambry, dia Ada menyentuh supaya dikalangan kita jangan Ada pengkhianat, tetapi pengkhianat yang di sekelilingnya itu bagai mana, salam mass yang sama juga beliau Ada menyatakan dlm Islam hukuman pengkhianat adalah mati, tetapi pengkhianat² seperti di atas bkn mati ttp dibelanya baik. Sebenar disebabkan merekalah BN menjadi lemah, mereka menfitnah prmimpin² yang menjaga rakyat, Hanafiah Man layakkah mengjaga War Room, jangan beliau menjual data² kepada x boss nya sudah.


Terang mereka menyamun harta rakyat, ayuh kits yang sayangkan Perjuangan, kepentingan rakyat Mari kita nyahkan mereka di muka bumi Perak ini, Kali ini jika BN kalah merekalah penyebab utama......


Wasalam.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN?


Asalamuaalaikum,

Kepimpinan Melalui Teladan? Kepimpinan di Perak ternyata Ramai yg mementingkan diri sendiri, ini juga telah di buktikan bahawa kepimpinan Perak tidak layak, mereka kebanyakanya menyamun harta² rakyat. Rakyat di pinggirkan harta yang sepatutnya diagihkan kpd kroni², pengkhianat² yg telah melompat drop PKR kaya raya. Sudah² menyamun, BN perlu menang dlm PRU yang akan datang ttp pemimpin Perak yg haprak kits singkirkan. Kerana mereka²lah yang tidak bertamadun, Hank rakyat perlu dikembalikan......... GAZ..........

Wasalam.....

Monday, April 5, 2010

70% MELAYU MENYOKONG PERKASA

KUALA LUMPUR 3 April – Tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu.

Ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Merdeka Centre telah melakukan tinjauan pada 11 hingga 27 Mac lalu melibatkan 883 pengundi berdaftar di Semenanjung bagi memperoleh maklum balas rakyat terhadap tuntutan Perkasa.

Ibrahim berkata, hasil tinjauan itu turut mendapati 61 peratus orang Melayu bersetuju bahawa Perkasa boleh membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya akan datang.

“Sokongan yang tinggi ini meletakkan Perkasa sebagai kumpulan yang mampu mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.

“Ini juga merupakan amaran kepada semua parti politik agar tidak memusuhi pertubuhan tersebut jika hendak memperoleh sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, hasil tinjauan terhadap isu ‘kaum Cina akan merampas negara’ mendapati hanya 44 peratus orang Melayu bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Ini menunjukkan orang Melayu hanya menyokong Perkasa atas perjuangannya terhadap hak-hak Melayu dan tidak kepada isu selain daripada itu,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, hasil sokongan itu Perkasa akan terus cergas berjuang membela orang Melayu.

Menurutnya, beliau cukup terharu dengan sokongan itu dan mahu orang Melayu sedar dan bangkit untuk mempertahankan hak dan kepentingan sendiri.

“Orang Melayu harus sedar ini bukan soal perjuangan Perkasa tetapi mengenai hak yang perlu dipertahankan,” katanya.

Monday, November 23, 2009

Retak Menanti Belah

Pakatan pembangkang kita lihat pada hari ini hanya menati retak menanti belah, antara sebabnya, Sekarang ini kita lihat Hadi Awang agak kurang yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim, mungkin segala tembelang/permainana Anwar in sudah diketahwi oleh Presiden PAS, sehinggkan Anwar terpaksa menggunakan Mursidul Am PAS Nik Aziz untuk memecahbekahkan PAS. Sekarang ini PAS terdapat 2 golongan didalamnya 1 yang bersama Anwar (Adrogan) 2 golongan Ulamak.

Di Selangor kita lihat PAS Selangor mempunyai masalah dengan DAP, terdapat percangahan di dalam mentakbir kerajaan Selangor, ini sebenar berlainan idealogi politik parti. Mereka ini bersatu kerana mahu menumbangkan Kerajaan BN. Hanya 1 matlamat yang sama. Dalam masa yang sama Adun PRK daripada Perlabuhan Kelang telah keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Jika kita fikirkan balik mengapa sedangkan mereka memerintah Negeri sehinggkan ada seorang ADUN yang keluar daripada parti, mengapa?

Keadaan ini sama juga di Kedah kerana salah satu ADUN KULIM daripada PKR telah keluar parti menyertai bebas, dan juga adun daripada DAP juga telah keluar parti. Ini juga secara terang menunjukkan ada kepincangan didalam Pakatan Pembangkang. Baru-baru ini Anwar sudah dilantik sebagai penasihat Kewangan Negeri Selangor, mengapa Negeri Selangor sahaja bukankah Pembangkang memerintah 4 buah negeri lagi? Mengapa tidak Pulau Pinang, Kelantan & Kedah melantik Anwar sebagai penasihat kewangan? Dari sini kita lihat ada "udang di sebalik Mee"

Kita perlu sedar yang mana PAS & PKR mengadai maruah Melayu, memberi peluang kepada bangsa asing tidak menghormati Raja-Raja kita. Mereka ini sedah berani kerana apa? Kerana mereka mengunakan PAS & Melayu PKR menentang Raja-Raja kita. Kita ambil contoh di Perak, yang mana secara terang kita lihat di Kuala Kangsar semasa perlantikan Dr Zambry yg mana rata-rata yang hadir semua dalah dikalangan PAS & Melayu PKR. Perlu diingatkan bahawa kerusi DUN PAS di Perak hanya ada 6 kerusi yang mana DAP ada 17 Kerusi DUN. sepatutnya mereka perlu berjuang sama, tetapi mereka ini bijak kerana menyuruh PAS supaya menetang DYMM Sultan.

Hari demi hari kita lihat pembangkang sendiri tidak bersependapat, mana mungkin mereka ini bersatu. Mereka mempunyai 1 matlamat yang sama menjatuhkan UMNO/BN tetapi menifesto yang berbeza. Adakah berbaloi kita memperjudikan nasib untuk anak-anak kita, kita fikir-fikirkan kerana keputusan yang kita buat pada hari ini adalah untuk menjamin masa depan anak cucu kita.

Tuesday, October 27, 2009

Provokasi Pemuda PAS pada 28 Oktober 2009 ini

Ada lapuran menyatakan pada 28 Okt 2009 ini, pemuda PAS akan digunakan sekali lagi oleh DAP, supaya menyamar menjadi Pemuda UMNO & menahan kenderaan yang dinaiki oleh pembangkang dan menyerang mereka pada hari tersebut. Pembangkang menyatakan kebingbangan mereka pada sidang DUN berlangsung mereka akan di apa-apakan oleh Adun BN. Kita mempunyai bukti bahawa pada sidang DUN yang lepas siapa yang bersikap seperti haiwan? Secara terang-terang Pembangkang sengaja membuat provokasi, seperti sengaja membiarakn diri mereka ditangkap dan sebagainya.

PAS amat terdesak kerana sehingga sanggup menyamar sabagai Pemuda UMNO. Kita semua sedia maklum bahawasa mereka-mereka ini ahukan menambah kebencian Rakyat kepada BN dan mereka berharap mendapat simpati Rakyat. PAS yang bodoh menjual maruah mereka & Parti mereka demi ingin berkongsi kuasa bersama DAP, walaupun mauah bangsanya digadai.

PAS yang sekarang ini hanya "Retak Menanti Belah" perbalahan bersama mereka sendiri demi kuasa, Mereka ini hanya baru memerintah beberapa negeri mereka sudah mula menunjukkan diri mereka sebenar. Jadi kita banyangkanlah jika mereka ini memerintah Malaysia, yang pasti Melayu akan menagih di negara sendiri.

Cukup kita sedah terlepas Singapura, ini satu kesilapan besar yang dilakukan oleh kita dahulu, Ingat "SEJARAH AKAN BERULANG KEMBALI" Lim Kit Siang dahulu adalah setiausaha kepada PAP, sekarang ini menerajui DAP, lambang parti mereka ini pun seakan sama. Melayu singapura merintih di Nagara sendiri, ini sudah berlaku, dimanakah bangsa pri bumi singapura? Hanya melayu-melayu Singapura bertaraf bangsa yang ketinggalan. Adakah ini kita mahu berlaku sekali lagi di Malaysia?

Sidang DUN pada 28 Okt 09 adalah medan pertempuran sebenarnya tetapi tidak menggunakan senjata akan tetapi menggunakan akal. Ini juga JIHAD yang perlu di titik berat oleh orang-orang yang memperjuangkan ALIF, BAA & TAA... DAP memang mahukan bangsa Melayu berpecah supaya mereka senang untuk memerintah, Melayu jika bersatu kita amat Kuat, akan tetapi dalam masa yang sama ada Melayu yang sanggup menggadaikan bangsanya demi Kepentingan peribadi tampa memeikirkan nasip bangsanya.

Adakan kita akan bertindak sehingga tiada lagi rezeb tanah perkuburan Melayu? Orang-orang melayu yang mati perlu dibakar? Sebab ketika itu melayu tiada Kuasa lagi. Saat itu sudah terlambat, tidak guna penyesalan. PAS & PKR adalah pengkhianat bangsa yang sanggup memperjuangkan "SAMA RATA, SAMA RASA" DEPAN BELAKANG SAMA SAHAJA.

Jadi saya menyeru kepada rakan-rakan seagama bersama menentang dan berjuang untuk mempertahankan hak tinggalan Tok Nenek kita, Jangan kita biarkan PAS yang menjual maruah Agama & Bangsa, Kita perlu HARAMKAN PARTI PAS INI KERANA MEMCAHBELAHKAN ORANG_ORANG MELAYU........ Haramkan Parti Mereka........PAS= PARTI AJARAN SESAT

Monday, October 19, 2009

28 Oktber 2009 Kemungkinan Di Perak kecon lagi..

Kemungkinan besar pada 28 Oktober 2009 in pembambentangan buget negeri Perak akan diadakan terdapat perkabaran yang mana Nizar the 3 star akan membuat kecoh pada hari tersebut bertujuan mengeliruakan rakyat & menghuru harakan sewaktu pembentangan buget Negeri 2010.

Wednesday, September 2, 2009

SPIKER HARAM SIVAKUMAR MEMANGIL SIDANG DUN HARAM


2hb Nov 2009

Pada hari ini speaker HARAM Sivakumar memanggil sidang DUN HARAM. Apa yang kita litat disini adalah Pakatan Penipu ingin mengelirukan rakyat negeri Perak khususnya. Pada pagi ini Pakatan Penipu berkumpul untuk membuat provokasi dan membuat rakyat di Negeri ini keliru. Tindakan mereka ini ingin menjejaskan kestabilan politik di Negeri ini dan mereka mereka ini menunjukkan tidak hormat ke atas institusi Raja Raja. Berlakunya peristiwa ini kita dapat lihat bahawa mereka tidak mendapat sambutan daripada rakyat Perak khususnya kerana rakyat sudah jelak dan tidak lagi simpati pada mereka ini.

Apa yang berlaku pada pagi tadi mereka sengaja membantah pihak berkuasa dan mendatang huru hara di Negeri ini. Pada pagi tadi juga Nizar agak terkejut dengan gelombang Kuning yang melaungkan 'DAULAT TUANKU' dan mereka menjadi panik dan tidak menyangka yang tindakan mereka ini ditentang oleh sebilangan rakyat Perak. Gelombang kuning, yang mana terdiri daripada Makkal Sakati, Suara Anak Muda Perak dan beberapa NGO NGO yang menyokong kerajaan.

Tindakan Pakatan PENIPU yang dilitah "GILA KUASA' dan tidak dapat menerima bahawasanya mereka ini tidak lagi memerintah. Apabila perarakan mereka ditahan oleh pihak berkuasa, sidang DUN HARAM mereka teruskan dan berpindah lokasi di Heritage Hotel di Jalan Raja Dihilir. Intipati sidang DUN HARAM itu Nizar pengkhianat mengusurkan satu jawatankuasa hak kebebasan, Sivakumar Spiker Haram, Chang Ming Kai, Lo0k Chee Yan, Sam Cheok Leng didapati sesuai menjadi AJK. Usul tergempar Nga Ko Meng mangusulkan mengutuk sekeras kerasnya pihak berkuasa dan UMNO yang menghalang ahli ahli YB bersiadang. Dalam masa persidangan DUN HARAM HOTEL itu mereka menyatakan semasa kepimpinan Dato Seri Najib kadar jenayah meningkat terutama kes Rogol. Mereka juga menuduh kedaulatan undang undang telah dicabul dan dihina oleh pihak berkuasa.

Jelas sudah siapa yang mencabul siapa, siapa yang menghina kedaulatan siapa. Mereka ini bagaikan gila Talak, Nizar Pengkuanat juga seperti anjing DAP. Kita lihat ini semua angkara DAP yang mahu berkuasa. PAS hanya menjadi anjing suruhan DAP. PKR juga cacai suruhan DAP. Kita lihat betapa bodohnya Nizar Pengkianat ini dipergunakan.

Tuesday, September 1, 2009

Raja Perlis bimbang ancaman perosak perpaduan


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan ancaman golongan yang mengamalkan dasar "pecah dan perintah" kerana ia boleh menggugat perpaduan rakyat.

Menurut baginda, walaupun golongan itu tidak banyak namun ia tetap berbahaya kepada negara yang kini sedang memberi tumpuan kepada gagasan 1Malaysia.


Ketika melancarkan sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perlis malam tadi, baginda bertitah dasar pecah dan perintah pernah diperkenalkan oleh penjajah negara ini suatu ketika dahulu.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Dewan 2020 itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Yang hadir sama pada majlis yang turut disekalikan dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Baginda bertitah, sejak akhir-akhir ini dasar yang memberi kejayaan kepada penjajah bagi merosakkan keharmonian rakyat telah diberi nafas baru oleh golongan tertentu di negara ini demi menjayakan agenda politik sempit mereka.

'Penting diri sendiri'

"Mereka suka melagakan rakyat, memain isu sensitif, menimbulkan prejudis agama dan persoal kontrak sosial. Jauhi golongan terbabit kerana mereka tidak beri faedah kepada sesiapa," titah baginda.

Menurut baginda, golongan itu hanya memikirkan kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masa depan negara.


Baginda turut mengimbas tragedi hitam 13 Mei 1969 yang mana perpecahan kaum telah menggugat keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan ia mengambil masa yang begitu panjang untuk dipulihkan.

"Ibarat luka yang dah sembuh dan tidak lagi sakit namun parut tetap
kelihatan dan setiap kali lihat parut, ada rasa yang terguris," titah baginda.

Menurut baginda, peristiwa itu telah merugikan semua kaum akibat kehilangan nyawa, kerosakan dan kemusnahan harta benda manakala para pelabur juga bimbang untuk memasuki negara ini.

Sambil berharap peristiwa itu tidak berulang lagi melalui angkara kumpulan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah itu, baginda berharap rakyat berusaha menjayakan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.


"Setiap kaum perlu bersatu padu, hormat menghormati dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang negara," titah baginda.

Raja Perlis juga mahu rakyat turut berusaha mencapai cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"Masa ada sekitar 10 tahun lagi dan tempoh itu semakin dekat. Saya pun dah jadi Raja Perlis sembilan tahun lebih dan saya rasa masa berlalu begitu cepat. Masa sepuluh tahun lagi juga akan tiba dengan cepat," titah baginda.

Bimbang Perlis ketinggalan

Bagaimanapun, baginda melahirkan kebimbangan dengan pencapaian pembangunan di Perlis yang disifatkan baginda masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Saya ambil contoh bandar Arau yang masih lembab pembangunannya dan pembaharuan yang wujud hanya ada deretan kedai yang sedang dibina," tambah baginda.

Baginda mahu setiap pegawai kerajaan bersikap profesional dalam membangunkan negeri ini dengan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakannya. Bernama