Salam kepada sahabat sahabat sekelian, sambungan daripada penyamun-penyamun yang mana rakyat Perak di 'APRIL FOOL' sepanjang tahun.
Mula-mula seperti artikel sebelum ini, penubuhan Yayasan Bina Upaya dan Institute Darul Ridzuan, Kali ini penubuhan Menteri Besar Incoperation atau lebih dikenali dengan MBI ( ini bukan MBI 'Majlis Bandaraya Ipoh' )
Persoaalan apakah tujuan GLC ini di tubuhkan? Bukankan banyak GLC-GLC kerajaan Negeri yang sedia Ada. Ini jelas menunjukkan mereka-mereka sudah berniaga dengan menggunakkan Kuasa yang mereka ada. Apa function MBI ini? Untuk makluman semua mulai sekarang semua pengurusan dan pembekalan pasir-pasir dan Tanah Merah kene melalui MBI. Maknanya rakyat yang berniaga pasir tidal boleh lagi memohon, permohonan yang dahulunya mudah sekarang sudah menjadi sudah, kerajaan Negeri seumpama menutup rezeki terutama orang-orang Melayu.
Apakah penubuhan MBI ini membantu Rakyat? Atau pun Mereka menyamun untuk diagih-agihkan kepada Penyamun-penyamun. Sudah cukup dengan Balak, Kuari dan pelbagai lagi diluluskan kepada ketiga tiga GLC yang di tubuhkan pada zaman Zambry ini, Apa sudah jadi dengan PKNP, Yayasan Perak, SADC? ( SADC ini Salimin SUPOL MB menjadi Lembaga Pengarah)
Jelas penyamun-penyamun yang berada di atas ini sekarang memperluaskan Empayar Perniagaan dan menidakkan hak-hak Rakyat Negeri Perak. Mereka ini pada PRU yang lepas berjanji kepada Rakyat until menjadi hamba kepada mereka dengan meminta undo pada rakyat. Apabila AMANAH yang di berikan mereka ini mementingkan DIRI SENDIRI dan Kroni-kroni yang sudah sememangnya kaya raya.
Wasalam
PS: kita menangkan BARISAN NASIONAL kita tolak pemimpin yang mementingkan diri mereka sendiri. PEMIMPIN YG PERLU DIUBAH BIKAN PARTI YANG PERLU DI UBAH..Diharap selepas PRU biar mereka-mereka ini duduk di putrajaya kita halau drp Negeri Perak ini.
Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya - ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:3Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:14Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air. (Kanzul Ummal 4:3Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma'uz Zawa'id 10:312)Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)Tarmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nakir di dalam kubur. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. Salam : Memelihara kita di dalam kubur. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
Dalam masa sekarang ini kepimpinan PAS tidak lagi memperjuangkan Agama, seperti PAS yang dahulu, sekarang ini mereka memperjuangkan Negara Berkebajikan, maklumlah ia nya sesuai dengan moto nyer " PAS FOR ALL". Pemahaman saya apabila " For All" maksud salam Bahasa Melayu nyer adalah "Untuk Semua" apakah untuk semua bangsa atau pun untuk semua LGBT? kits semua mahukan keterangan yang terperinci kerana ayatnyer Tergantung....
Sebab saya menyatakan adakah termasuk LGBT kerana Pemimpin pemimpin PAS seumpama menyokong program LGBT ini. Tiada tindakan yang selepas kebanyakannya Pemimpin Pemimpin berdiam diri apabila isu-isu seperti "Sexsualiti Merdeka" pemimpin PAS kebanyakan nyer berdiam diri, malah apa Paula pemimpin-pemimpin yang menyokong program itu secara langsung dan tidak langsung. Tetapi pujian tetap diberikan kepada Ketua Pemuda PAS Pusat, yang menentang program terse but, Tahniah..Nampaknya hanya Nasaruddin Tantawi sahaja hang berani menyuarakan kerana saya yakin kerana beliau membantah kerana berlandaskan hukum Agama Islam.
Ternyata PAS sudah terpesong jauh, bertaubatlah serta insaf kerana and a sedan menjual AGAMA......
Penyamun penyamun terus mengganas dengan terus menerus membuat empayar dengan tertubuhnya GLC Institut Darul Ridzuan atau IDR pula. Tujuan IDR ini adalah 'THINK TANK' kepada MB, ternyata IDR ini terdapat ramai juga kroni kroni dan projek projek daripada kerajaan terus disalurkan kepada mereka, ini bukan soal 'THINK TANK' yang di perkatakan tadi tetapi ianya untuk kepentingan kroni kroni supaya Judah menyamun harta bumi Perak ini, lagi sekali kits di April FOOL kan oleh mereka mereka yang tak bertanggungjawab ini.
IDR juga telah bayak mendapat dana Dana daripada kerajaan Negeri, Setahu saya berapa banyak wang diperuntukkan untuk Yayasan ini, mana gerak kerjanya? Siapa di salam IDR ini dan apakah tujuan sebenarnya? Pada hari ini masih ramai rakyat yang memerlukan bantun, mengapa tidak dibantu rakyat rakyat yang ramai susah, jangan kita perjudikan Nasib Agama dan Bangsa, BERHENTI dari pada menyamun, jika benar benar sayangkan Negara buang semua Pengkhianat pengkhianat yang Ada disekeliling, Pada hari ini rakyat semakin bijak menilai, bukan seperti dahulu. Sudah cukup mengAPRIL FOOL rakyat yang semakin hari semakin bijak
Salam sejahtera, Pertama pada hari ini janganlah ada di April Foolkan, jangan lah terkena seperti rakyat Perak yang sentiasa di APRIL FOOL kan sepanjang tahun. Pada hari ini rakyat yang sebelum ini mempunyai harapan yang amat tinggi kepada kerajaan supaya dapat membela nasib rakyat, tetapi malangnya rakyat masih diperkotak katikan oleh pemimpin pemimpin yang tak bertanggungjawab. Perak pernah diperintah oleh komunis selama 11 bulan, banyak harta-harta rakyat di agih-agihkan oleh komunis-komunis ini.
Tetapi sekarang ini semenjak peralihan kuasa kepada Barisan Nasional telah banyak perubahan yang berlaku pada mula-mulanya. Sekarang semuanya telah berubah apabila pengkhianat pengkhianat telah mula masuk kembali dan menjadi orang-orang kepercayaan, dan mula dilantik sebagai pegawai-pegawai yang memegang portfolio portfolio penting. Mereka mula menubuhkan YAYASAN BINA UPAYA, INSTITUD DARUL RIDZUAN dan yang terbaru MENTERI BESAR INCORPORATED. Apakah APRIL FOOL yang cuba di buktikan? Apa sudah jadi dengan GLC GLC yang sebelum ini? Apakah Penyamun Penyamun sudah mula tamak? YAYASAN PERAK, PKNP dan sebagainya apa sudah jadi? Pemimpin sudah mula menyamun harta-harta Negeri Perak untuk di agih-agihkan kepada penyamun penyamun
Penyamun yang melompat drp UMNO kpd PKR dan Lompat kembali kpd UMNO semuanya Kaya raya cth, HAMDAN TAHA, HANAFIAH MAN, PANGLIMA HITAM (MEOR) dan ramai lagi, yang peliknya dlm pertemuan Sulit (konon-kononnya sulit sangat lah) bersama Zambry, dia Ada menyentuh supaya dikalangan kita jangan Ada pengkhianat, tetapi pengkhianat yang di sekelilingnya itu bagai mana, salam mass yang sama juga beliau Ada menyatakan dlm Islam hukuman pengkhianat adalah mati, tetapi pengkhianat² seperti di atas bkn mati ttp dibelanya baik. Sebenar disebabkan merekalah BN menjadi lemah, mereka menfitnah prmimpin² yang menjaga rakyat, Hanafiah Man layakkah mengjaga War Room, jangan beliau menjual data² kepada x boss nya sudah.
Terang mereka menyamun harta rakyat, ayuh kits yang sayangkan Perjuangan, kepentingan rakyat Mari kita nyahkan mereka di muka bumi Perak ini, Kali ini jika BN kalah merekalah penyebab utama......
Kepimpinan Melalui Teladan? Kepimpinan di Perak ternyata Ramai yg mementingkan diri sendiri, ini juga telah di buktikan bahawa kepimpinan Perak tidak layak, mereka kebanyakanya menyamun harta² rakyat. Rakyat di pinggirkan harta yang sepatutnya diagihkan kpd kroni², pengkhianat² yg telah melompat drop PKR kaya raya. Sudah² menyamun, BN perlu menang dlm PRU yang akan datang ttp pemimpin Perak yg haprak kits singkirkan. Kerana mereka²lah yang tidak bertamadun, Hank rakyat perlu dikembalikan......... GAZ..........
KUALA LUMPUR 3 April – Tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu.
Ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dipetik daripada The Malaysian Insider.
Merdeka Centre telah melakukan tinjauan pada 11 hingga 27 Mac lalu melibatkan 883 pengundi berdaftar di Semenanjung bagi memperoleh maklum balas rakyat terhadap tuntutan Perkasa.
Ibrahim berkata, hasil tinjauan itu turut mendapati 61 peratus orang Melayu bersetuju bahawa Perkasa boleh membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya akan datang.
“Sokongan yang tinggi ini meletakkan Perkasa sebagai kumpulan yang mampu mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.
“Ini juga merupakan amaran kepada semua parti politik agar tidak memusuhi pertubuhan tersebut jika hendak memperoleh sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Beliau berkata, hasil tinjauan terhadap isu ‘kaum Cina akan merampas negara’ mendapati hanya 44 peratus orang Melayu bersetuju dengan kenyataan tersebut.
“Ini menunjukkan orang Melayu hanya menyokong Perkasa atas perjuangannya terhadap hak-hak Melayu dan tidak kepada isu selain daripada itu,” jelasnya.
Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, hasil sokongan itu Perkasa akan terus cergas berjuang membela orang Melayu.
Menurutnya, beliau cukup terharu dengan sokongan itu dan mahu orang Melayu sedar dan bangkit untuk mempertahankan hak dan kepentingan sendiri.
“Orang Melayu harus sedar ini bukan soal perjuangan Perkasa tetapi mengenai hak yang perlu dipertahankan,” katanya.
Pakatan pembangkang kita lihat pada hari ini hanya menati retak menanti belah, antara sebabnya, Sekarang ini kita lihat Hadi Awang agak kurang yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim, mungkin segala tembelang/permainana Anwar in sudah diketahwi oleh Presiden PAS, sehinggkan Anwar terpaksa menggunakan Mursidul Am PAS Nik Aziz untuk memecahbekahkan PAS. Sekarang ini PAS terdapat 2 golongan didalamnya 1 yang bersama Anwar (Adrogan) 2 golongan Ulamak.
Di Selangor kita lihat PAS Selangor mempunyai masalah dengan DAP, terdapat percangahan di dalam mentakbir kerajaan Selangor, ini sebenar berlainan idealogi politik parti. Mereka ini bersatu kerana mahu menumbangkan Kerajaan BN. Hanya 1 matlamat yang sama. Dalam masa yang sama Adun PRK daripada Perlabuhan Kelang telah keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Jika kita fikirkan balik mengapa sedangkan mereka memerintah Negeri sehinggkan ada seorang ADUN yang keluar daripada parti, mengapa?
Keadaan ini sama juga di Kedah kerana salah satu ADUN KULIM daripada PKR telah keluar parti menyertai bebas, dan juga adun daripada DAP juga telah keluar parti. Ini juga secara terang menunjukkan ada kepincangan didalam Pakatan Pembangkang. Baru-baru ini Anwar sudah dilantik sebagai penasihat Kewangan Negeri Selangor, mengapa Negeri Selangor sahaja bukankah Pembangkang memerintah 4 buah negeri lagi? Mengapa tidak Pulau Pinang, Kelantan & Kedah melantik Anwar sebagai penasihat kewangan? Dari sini kita lihat ada "udang di sebalik Mee"
Kita perlu sedar yang mana PAS & PKR mengadai maruah Melayu, memberi peluang kepada bangsa asing tidak menghormati Raja-Raja kita. Mereka ini sedah berani kerana apa? Kerana mereka mengunakan PAS & Melayu PKR menentang Raja-Raja kita. Kita ambil contoh di Perak, yang mana secara terang kita lihat di Kuala Kangsar semasa perlantikan Dr Zambry yg mana rata-rata yang hadir semua dalah dikalangan PAS & Melayu PKR. Perlu diingatkan bahawa kerusi DUN PAS di Perak hanya ada 6 kerusi yang mana DAP ada 17 Kerusi DUN. sepatutnya mereka perlu berjuang sama, tetapi mereka ini bijak kerana menyuruh PAS supaya menetang DYMM Sultan.
Hari demi hari kita lihat pembangkang sendiri tidak bersependapat, mana mungkin mereka ini bersatu. Mereka mempunyai 1 matlamat yang sama menjatuhkan UMNO/BN tetapi menifesto yang berbeza. Adakah berbaloi kita memperjudikan nasib untuk anak-anak kita, kita fikir-fikirkan kerana keputusan yang kita buat pada hari ini adalah untuk menjamin masa depan anak cucu kita.