Thursday, October 23, 2008

Musa: Umno perlukan pemimpin muda

Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua Umno yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam.

musa hitamKatanya, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan Umno, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan Umno yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih parti itu sepenuhnya.

"Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon presiden dan timbalan presiden, yang senior dan yang berpengalaman menjadi pilihan, tapi pada saya tidak mengapalah itu pilihan mereka, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu, saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian," katanya menurut laporan Bernama.

Musa berkata Umno harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.

"Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihanraya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.

"Orang sekarang bukan seperti dahulu, macam zaman saya, kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, jika imej mereka tidak diterima maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima," katanya.

Sementara itu, Musa turut mengulas mengenai proses pemilihan pemimpin yang sedang berjalan dan menyifatkan cara pemilihan calon yang dibuat berasaskan ukuran lama.

Setakat ini, katanya, tiada seorang pun calon yang hendak bertanding, dengan jelas menyebut jika dipilih, apakah mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani kesan akibat krisis ekonomi dunia.

Menurut Musa, ini membuktikan ahli Umno sibuk berebut kuasa untuk kepentingan diri sedangkan yang sepatutnya mereka fikirkan ialah masalah rakyat dan cara bagi mengatasinya.

Dari Petikan MalaysiaKini bertarikh Oct 22, 08 masa 7:54pm

Saturday, October 18, 2008

Mereka harus ingat!!!!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Diterima

Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.

British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.

Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.

Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.

Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.

Tidak Logik

Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.

Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).

Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.

Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.

Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.

Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.

'Tahan Khairy di bawah ISA'?????

Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

mca youth agm 171008 debater ting tai fookBeliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

khairy jamaluddin parliament pc 230608 04"Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu [...] Saya juga percaya Khairy,
pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Perwakilan dari Perak itu menegaskan bahawa kaum Cina bukan rakyat kelas dua atau hamba di negara ini.

Ting turut membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuduh beliau seorang pembohong kerana terus menerus mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan.

Nota kaki: Perwakilan ini tidak merhormati YB Khairy Jamalidin. Ini kritikal....Kaum cina diberi pembebasan di negari ini dan perlu ingat asal usul mu. Bercakap biarlah kena dengan masanya. Contoh di Perak, kaum cina menolak MCA sedangkan UMNO MENANG 27 kerusi DUN dan kalah hanya 7 kerusi. Manakala MCA hanya menang 1 kerusi DUN. Terbukti orang-orang Melayu di Perak masih mahukan UMNO memerintah negeri Perak. Janganlah kerana kesilapan diri sendiri lepas itu kita tunding kepada orang lain. Sebenarnya MCA lah yang tidak relevan sehingga kaum mereka sendiri tidak mengundi mereka kaum sendiri. Mungkun MCA di Perak sudah tidak relavan lagi. Sentimen Agama & kaum jangan di persendakan. Siapakah yang memulakan sentimen kaum ini? Hak keistimewaan orang-orang MELAYU Raja-Raja Melayu JANGAN DIPERTIKAIKAN (tiada kompromi)....Jangan cuba bermain dengan api......

Pemuda MCA: Kaji semula dominasi Umno dalam BN????

emuda MCA hari ini mahu kedudukan dominan Umno dalam Barisan Nasional dikaji semula.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini boleh dilakukan dengan menambah satu lagi jawatan timbalan pengerusi BN.

Pada masa ini, pengerusi Dewan Tertinggi BN ialah presiden Umno yang juga perdana menteri.

mca youth agm 2008 171008 02Manakala, kini hanya ada satu sahaja jawatan timbalan pengerusi BN, yang juga disandangkan timbalan presiden Umno.

Jawatan-jawatan utama yang lain seperti setiausaha agung, ketua Pemuda dan ketua Wanita turut dibolot oleh Umno.

Liow menyarankan, jawatan timbalan tambahan itu disandang oleh wakil dari MCA, sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.

Liow menyarankan demikian ketika berucap di perhimpunan agung Pemuda MCA ke-45, di ibunegara hari ini.

Liow tidak bertanding jawatannya kali ini dan ketua baru Pemuda MCA ialah Datuk Wee Ka Siong.

Liow yang sebelum itu berucap dalam bahasa Mandarin, kemudiannya mengulangi gesaaannya itu dalam bahasa Malaysia.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya, Khairy Jamaluddin.

Tindakan Liow dilihat satu langkah ketelusan kerana perkara itu tidak disebut langsung dalam teks asalnya dalam Bahasa Malaysia yang diedarkan kepada pihak media.

Menurut Liow lagi, sekiranya tidak ada MCA, maka tidak akan ada gabungan Perikatan yang dianggota oleh tiga parti - Umno, MIC dan MCA.

Jika tiada Periktan, katanya, maka tiadalah wujud BN hari ini

"Oleh itu, MCA sepatutnyalah memegang jawatan timbalan presiden BN

"Malah, setiausaha, bendahari BN boleh disandang oleh anggota dari parti komponen lain, tidak semestinya dari Umno sahaja," katanya.

Selain meminta proses pembuat keputusan distruktur semula, beliau juga menyarankan agar sumber-sumber BN supaya diagih secara sama rata.

"Dulu Umno mendominasi semua sumber BN, dari peringkat pusat hingga bahagian, ini perlu dibawa untuk berbincang dalam agenda BN.

"Hanya dengan itu, rakyat akan melihat bahawa BN komited dan bersedia untuk berubah," katanya.

Reaksi Hishammuddin

Sementara itu, Hishammuddin yang juga pengerusi Pemuda BN, berkata cadangan Pemuda MCA supaya BN mewujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua, perlu dikaji dan dibincangkan dengan mendalam oleh semua parti komponen BN.

"Saya baru dengar cadangan itu pagi tadi dan terpulanglah kepada saya untuk memutuskannya. Kita terbuka untuk semua. Kita telah dengar mengenai penyertaan terus bagi mereka yang tidak mahu menyertai mana-mana parti komponen, terus menganggotai BN dan kini cadangan ini.

"Kita sepatutnya membincangkan idea ini. Bagi saya tidak ada formula tertentu. Kita hendaklah dengar pandangan semua parti. Dalam beberapa bulan, perhimpunan agung Umno akan diadakan dan saya pasti ada juga cadangan daripada perwakilan dan pemimpin mengenai cara-cara untuk mengukuhkan BN," katanya kepada pemberita menghadiri majlis perasmian perhimpunan tersebut.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata jika cadangan itu akan diterima, ketika itulah BN akan melalui perubahan

"Tetapi saya hargai MCA. Mereka belum lagi mengatakan bahawa mereka akan keluar BN. Pada hakikatnya mereka komited kepada BN dan mahu BN lebih kuat. Sebab itu mereka buat cadangan ini.

"Ini juga menunjukkan dedikasi mereka kepada campuran. Mereka sedia menghadapi cabaran dengan BN dalam apa jua keadaan. Mereka dengan kita dalam keadan senang dan sukar," tambahnya.

Nota Kaki: Apakah agenda Politik MCA pada kali ini???? Fikir-fikirkan lah,

Friday, October 17, 2008

9 AJK Gelang Patah ancam letak jawatan

Sembilan orang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.

Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan dalam mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti.

"Aduan rasmi telah pun dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula."

"Jika mesyuarat perwakilan tidak diadakan semula, kami akan meletak jawatan," katanya yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Kangkar Pulai kepada Bernama di Johor Bahru, hari ini.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, kebanyakan perwakilan tidak berpuashati dengan proses pengiraan undi oleh pasukan penyelaras mesyuarat dari Pemuda Umno Bahagian Pulai yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Abdullah Yusof, yang dilakukan di dalam bilik hotel tanpa sebarang pengawasan daripada wakil-wakil calon.

"Bukan sahaja pengiraan undi dilakukan secara rahsia di dalam bilik hotel, tetapi apa yang memeranjatkan kami adalah ia (undi) dikira di atas katil bilik tersebut," dakwanya.

Faisal turut mempersoalkan tempoh lima jam yang diambil oleh pasukan penyelaras diketuai oleh Abdullah untuk mengira undi yang dilakukan oleh 146 perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah.

Proses pengiraan undi sepatutnya diadakan secara telus di hadapan para perwakilan dan wakil calon, katanya sambil menambah, Abdullah juga didakwa bersikap kasar terhadap anggota perwakilan Pemuda Bahagian.

Ketua Pemuda Umno Pulai itu, katanya, turut meninggalkan persidangan secara tergesa-gesa sejurus selepas Pengerusi Tetap Umno Bahagian mengumumkan keputusan pengundian dan pencalonan tanpa mengendahkan bantahan oleh perwakilan.

Malam tadi, kira-kira 100 anggota Pemuda Umno Bahagian hadir pada satu majlis untuk menyatakan sokongan kepada Faisal dan sembilan anggota jawatankuasa Pemuda bahagian itu.

Media minggu lepas melaporan kekecohan yang berlaku pada mesyuarat Pemuda Umno bahagian terbabit, berikutan ketidakpuashati perwakilan terhadap keputusan

pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian dan pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda pusat.

Kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Daripada Malaysia Kini

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

POH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor

Dari petikan Utusan Malaysia

Nota kaki/ Ini lah akibat apabila tanahair kita di jajah semula

Monday, October 13, 2008

13 MEI 1969



Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.



Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu petikan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.



Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.



Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.



Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Di mana Tunku?

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

TEORI RAHMAN


Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap “A” pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak jelas, sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat besar politik negara ini.

rahman theory malaysia prime ministerMalaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh seorang penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

“Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri,” katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

“(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad,” katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan Mahathir.

“Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

“(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

“Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu. Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman,” tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid, seorang guru di Simpang, Taiping, tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud “teori Rahman”, termasuk “mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri.”

Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai “penulis dari Semanggol” (Perak) memaklumkan bahawa “hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah.”

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

“Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara itu, penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an. Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya "teori Rahman" terjadi secara kebetulan sahaja.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."

Seperti pertikaian banyak pihak, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan nama Rahman.

Katanya, untuk perdana menteri pertama "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk meninggalkan sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Sedangkan secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," kata wartawan berpengalaman ini sebelum menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

DARIPETIKAN MALAYSIA KINI
Jimadie Shah Othman | Oct 13, 08 9:40pm

Anwar....Tiada Usul Tidak Pecaya kepada PM

Hari ini persidangan parlimen bersidang dan Ketua Pembangkang semacam tidak berminat untuk menukar Kerajaan melalui usul Undi tak percaya kepada Datuk Seri Abdulah Badawi di Dewan Rakyat yang bersidang hari ini.

Sebelum ini Persidangan Dewan Rakyat di tangguhkan lebih sebulan atas sebab Bulan Ramadan dan juga menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Dato seri Anwar Ibrahim lebih fokus kepada baget 2009 dan isu-isu ekonomi. Apakah permainan Anwar lagi?. Pada 16 September yang lalu telah menggegarkan Negara dengan berkata akan berlaku peralihan Kuasa yang membolehkan belaiu menjadi PM. Apa yang kita lihat ini semua permainan Anwar dan Apakah agenda Anwar?

Syabas YB Dato'Mukhriz

Syabas kita ucapkan kepada Mukhriz yang melayakan beliau bertanding untuk kerusi Ketua Pemuda Malaysia selepas mendapat 40 pencalonan dan melepasi kelayakan minimun.Calon jiga perlu mendapatkan 20% atau 38 pencalonan untuk melayakkan beliau bertanding.

Pencalonan itu daripada Bahagian Ipoh Barat, Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, etiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.


Manakala Khairy Jamaludin pula mendapat 19 pencalonan setakat tarikh 13 Okt 08. Bahagian yang mencalonkan Khairy ialah Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.

Ini juga menunjukkan bahawa Pemuda UMNO mahukan perubahan. Ini juga baik untuk perkembangan parti dan disamping itu perubahan ini juga menunjukkan bahawa ahli UMNO juga telah menyatakan pendirian mereka.Syabas kepada Mukhriz yang berjaya untuk bertanding Ketua Pemuda Malaysia.

Saturday, October 4, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Asalamualaikum kepada semua, saya Admin blog ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN,,,,