Monday, November 23, 2009

Retak Menanti Belah

Pakatan pembangkang kita lihat pada hari ini hanya menati retak menanti belah, antara sebabnya, Sekarang ini kita lihat Hadi Awang agak kurang yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim, mungkin segala tembelang/permainana Anwar in sudah diketahwi oleh Presiden PAS, sehinggkan Anwar terpaksa menggunakan Mursidul Am PAS Nik Aziz untuk memecahbekahkan PAS. Sekarang ini PAS terdapat 2 golongan didalamnya 1 yang bersama Anwar (Adrogan) 2 golongan Ulamak.

Di Selangor kita lihat PAS Selangor mempunyai masalah dengan DAP, terdapat percangahan di dalam mentakbir kerajaan Selangor, ini sebenar berlainan idealogi politik parti. Mereka ini bersatu kerana mahu menumbangkan Kerajaan BN. Hanya 1 matlamat yang sama. Dalam masa yang sama Adun PRK daripada Perlabuhan Kelang telah keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Jika kita fikirkan balik mengapa sedangkan mereka memerintah Negeri sehinggkan ada seorang ADUN yang keluar daripada parti, mengapa?

Keadaan ini sama juga di Kedah kerana salah satu ADUN KULIM daripada PKR telah keluar parti menyertai bebas, dan juga adun daripada DAP juga telah keluar parti. Ini juga secara terang menunjukkan ada kepincangan didalam Pakatan Pembangkang. Baru-baru ini Anwar sudah dilantik sebagai penasihat Kewangan Negeri Selangor, mengapa Negeri Selangor sahaja bukankah Pembangkang memerintah 4 buah negeri lagi? Mengapa tidak Pulau Pinang, Kelantan & Kedah melantik Anwar sebagai penasihat kewangan? Dari sini kita lihat ada "udang di sebalik Mee"

Kita perlu sedar yang mana PAS & PKR mengadai maruah Melayu, memberi peluang kepada bangsa asing tidak menghormati Raja-Raja kita. Mereka ini sedah berani kerana apa? Kerana mereka mengunakan PAS & Melayu PKR menentang Raja-Raja kita. Kita ambil contoh di Perak, yang mana secara terang kita lihat di Kuala Kangsar semasa perlantikan Dr Zambry yg mana rata-rata yang hadir semua dalah dikalangan PAS & Melayu PKR. Perlu diingatkan bahawa kerusi DUN PAS di Perak hanya ada 6 kerusi yang mana DAP ada 17 Kerusi DUN. sepatutnya mereka perlu berjuang sama, tetapi mereka ini bijak kerana menyuruh PAS supaya menetang DYMM Sultan.

Hari demi hari kita lihat pembangkang sendiri tidak bersependapat, mana mungkin mereka ini bersatu. Mereka mempunyai 1 matlamat yang sama menjatuhkan UMNO/BN tetapi menifesto yang berbeza. Adakah berbaloi kita memperjudikan nasib untuk anak-anak kita, kita fikir-fikirkan kerana keputusan yang kita buat pada hari ini adalah untuk menjamin masa depan anak cucu kita.

Tuesday, October 27, 2009

Provokasi Pemuda PAS pada 28 Oktober 2009 ini

Ada lapuran menyatakan pada 28 Okt 2009 ini, pemuda PAS akan digunakan sekali lagi oleh DAP, supaya menyamar menjadi Pemuda UMNO & menahan kenderaan yang dinaiki oleh pembangkang dan menyerang mereka pada hari tersebut. Pembangkang menyatakan kebingbangan mereka pada sidang DUN berlangsung mereka akan di apa-apakan oleh Adun BN. Kita mempunyai bukti bahawa pada sidang DUN yang lepas siapa yang bersikap seperti haiwan? Secara terang-terang Pembangkang sengaja membuat provokasi, seperti sengaja membiarakn diri mereka ditangkap dan sebagainya.

PAS amat terdesak kerana sehingga sanggup menyamar sabagai Pemuda UMNO. Kita semua sedia maklum bahawasa mereka-mereka ini ahukan menambah kebencian Rakyat kepada BN dan mereka berharap mendapat simpati Rakyat. PAS yang bodoh menjual maruah mereka & Parti mereka demi ingin berkongsi kuasa bersama DAP, walaupun mauah bangsanya digadai.

PAS yang sekarang ini hanya "Retak Menanti Belah" perbalahan bersama mereka sendiri demi kuasa, Mereka ini hanya baru memerintah beberapa negeri mereka sudah mula menunjukkan diri mereka sebenar. Jadi kita banyangkanlah jika mereka ini memerintah Malaysia, yang pasti Melayu akan menagih di negara sendiri.

Cukup kita sedah terlepas Singapura, ini satu kesilapan besar yang dilakukan oleh kita dahulu, Ingat "SEJARAH AKAN BERULANG KEMBALI" Lim Kit Siang dahulu adalah setiausaha kepada PAP, sekarang ini menerajui DAP, lambang parti mereka ini pun seakan sama. Melayu singapura merintih di Nagara sendiri, ini sudah berlaku, dimanakah bangsa pri bumi singapura? Hanya melayu-melayu Singapura bertaraf bangsa yang ketinggalan. Adakah ini kita mahu berlaku sekali lagi di Malaysia?

Sidang DUN pada 28 Okt 09 adalah medan pertempuran sebenarnya tetapi tidak menggunakan senjata akan tetapi menggunakan akal. Ini juga JIHAD yang perlu di titik berat oleh orang-orang yang memperjuangkan ALIF, BAA & TAA... DAP memang mahukan bangsa Melayu berpecah supaya mereka senang untuk memerintah, Melayu jika bersatu kita amat Kuat, akan tetapi dalam masa yang sama ada Melayu yang sanggup menggadaikan bangsanya demi Kepentingan peribadi tampa memeikirkan nasip bangsanya.

Adakan kita akan bertindak sehingga tiada lagi rezeb tanah perkuburan Melayu? Orang-orang melayu yang mati perlu dibakar? Sebab ketika itu melayu tiada Kuasa lagi. Saat itu sudah terlambat, tidak guna penyesalan. PAS & PKR adalah pengkhianat bangsa yang sanggup memperjuangkan "SAMA RATA, SAMA RASA" DEPAN BELAKANG SAMA SAHAJA.

Jadi saya menyeru kepada rakan-rakan seagama bersama menentang dan berjuang untuk mempertahankan hak tinggalan Tok Nenek kita, Jangan kita biarkan PAS yang menjual maruah Agama & Bangsa, Kita perlu HARAMKAN PARTI PAS INI KERANA MEMCAHBELAHKAN ORANG_ORANG MELAYU........ Haramkan Parti Mereka........PAS= PARTI AJARAN SESAT

Monday, October 19, 2009

28 Oktber 2009 Kemungkinan Di Perak kecon lagi..

Kemungkinan besar pada 28 Oktober 2009 in pembambentangan buget negeri Perak akan diadakan terdapat perkabaran yang mana Nizar the 3 star akan membuat kecoh pada hari tersebut bertujuan mengeliruakan rakyat & menghuru harakan sewaktu pembentangan buget Negeri 2010.

Wednesday, September 2, 2009

SPIKER HARAM SIVAKUMAR MEMANGIL SIDANG DUN HARAM


2hb Nov 2009

Pada hari ini speaker HARAM Sivakumar memanggil sidang DUN HARAM. Apa yang kita litat disini adalah Pakatan Penipu ingin mengelirukan rakyat negeri Perak khususnya. Pada pagi ini Pakatan Penipu berkumpul untuk membuat provokasi dan membuat rakyat di Negeri ini keliru. Tindakan mereka ini ingin menjejaskan kestabilan politik di Negeri ini dan mereka mereka ini menunjukkan tidak hormat ke atas institusi Raja Raja. Berlakunya peristiwa ini kita dapat lihat bahawa mereka tidak mendapat sambutan daripada rakyat Perak khususnya kerana rakyat sudah jelak dan tidak lagi simpati pada mereka ini.

Apa yang berlaku pada pagi tadi mereka sengaja membantah pihak berkuasa dan mendatang huru hara di Negeri ini. Pada pagi tadi juga Nizar agak terkejut dengan gelombang Kuning yang melaungkan 'DAULAT TUANKU' dan mereka menjadi panik dan tidak menyangka yang tindakan mereka ini ditentang oleh sebilangan rakyat Perak. Gelombang kuning, yang mana terdiri daripada Makkal Sakati, Suara Anak Muda Perak dan beberapa NGO NGO yang menyokong kerajaan.

Tindakan Pakatan PENIPU yang dilitah "GILA KUASA' dan tidak dapat menerima bahawasanya mereka ini tidak lagi memerintah. Apabila perarakan mereka ditahan oleh pihak berkuasa, sidang DUN HARAM mereka teruskan dan berpindah lokasi di Heritage Hotel di Jalan Raja Dihilir. Intipati sidang DUN HARAM itu Nizar pengkhianat mengusurkan satu jawatankuasa hak kebebasan, Sivakumar Spiker Haram, Chang Ming Kai, Lo0k Chee Yan, Sam Cheok Leng didapati sesuai menjadi AJK. Usul tergempar Nga Ko Meng mangusulkan mengutuk sekeras kerasnya pihak berkuasa dan UMNO yang menghalang ahli ahli YB bersiadang. Dalam masa persidangan DUN HARAM HOTEL itu mereka menyatakan semasa kepimpinan Dato Seri Najib kadar jenayah meningkat terutama kes Rogol. Mereka juga menuduh kedaulatan undang undang telah dicabul dan dihina oleh pihak berkuasa.

Jelas sudah siapa yang mencabul siapa, siapa yang menghina kedaulatan siapa. Mereka ini bagaikan gila Talak, Nizar Pengkuanat juga seperti anjing DAP. Kita lihat ini semua angkara DAP yang mahu berkuasa. PAS hanya menjadi anjing suruhan DAP. PKR juga cacai suruhan DAP. Kita lihat betapa bodohnya Nizar Pengkianat ini dipergunakan.

Tuesday, September 1, 2009

Raja Perlis bimbang ancaman perosak perpaduan


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan ancaman golongan yang mengamalkan dasar "pecah dan perintah" kerana ia boleh menggugat perpaduan rakyat.

Menurut baginda, walaupun golongan itu tidak banyak namun ia tetap berbahaya kepada negara yang kini sedang memberi tumpuan kepada gagasan 1Malaysia.


Ketika melancarkan sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perlis malam tadi, baginda bertitah dasar pecah dan perintah pernah diperkenalkan oleh penjajah negara ini suatu ketika dahulu.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Dewan 2020 itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Yang hadir sama pada majlis yang turut disekalikan dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Baginda bertitah, sejak akhir-akhir ini dasar yang memberi kejayaan kepada penjajah bagi merosakkan keharmonian rakyat telah diberi nafas baru oleh golongan tertentu di negara ini demi menjayakan agenda politik sempit mereka.

'Penting diri sendiri'

"Mereka suka melagakan rakyat, memain isu sensitif, menimbulkan prejudis agama dan persoal kontrak sosial. Jauhi golongan terbabit kerana mereka tidak beri faedah kepada sesiapa," titah baginda.

Menurut baginda, golongan itu hanya memikirkan kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masa depan negara.


Baginda turut mengimbas tragedi hitam 13 Mei 1969 yang mana perpecahan kaum telah menggugat keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan ia mengambil masa yang begitu panjang untuk dipulihkan.

"Ibarat luka yang dah sembuh dan tidak lagi sakit namun parut tetap
kelihatan dan setiap kali lihat parut, ada rasa yang terguris," titah baginda.

Menurut baginda, peristiwa itu telah merugikan semua kaum akibat kehilangan nyawa, kerosakan dan kemusnahan harta benda manakala para pelabur juga bimbang untuk memasuki negara ini.

Sambil berharap peristiwa itu tidak berulang lagi melalui angkara kumpulan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah itu, baginda berharap rakyat berusaha menjayakan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.


"Setiap kaum perlu bersatu padu, hormat menghormati dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang negara," titah baginda.

Raja Perlis juga mahu rakyat turut berusaha mencapai cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"Masa ada sekitar 10 tahun lagi dan tempoh itu semakin dekat. Saya pun dah jadi Raja Perlis sembilan tahun lebih dan saya rasa masa berlalu begitu cepat. Masa sepuluh tahun lagi juga akan tiba dengan cepat," titah baginda.

Bimbang Perlis ketinggalan

Bagaimanapun, baginda melahirkan kebimbangan dengan pencapaian pembangunan di Perlis yang disifatkan baginda masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Saya ambil contoh bandar Arau yang masih lembab pembangunannya dan pembaharuan yang wujud hanya ada deretan kedai yang sedang dibina," tambah baginda.

Baginda mahu setiap pegawai kerajaan bersikap profesional dalam membangunkan negeri ini dengan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakannya. Bernama

Friday, August 7, 2009

Rakyat diingatkan 7 wasiat Raja-raja Melayu

Petikan dari UTusan


KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :


Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);


Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;


Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;


Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;


Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;


Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;


Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi.” “Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

“Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat,” titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

“Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram,” titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

— BERNAMA

Monday, June 1, 2009

Singapura Sudah Melampau


Hubungan Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus. Hubungan Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati. Hubungan Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.


Secara ilmiahnya, kajian hubungan antarabangsa adalah mengenai interaksi politik dan sosial antara negara, aktor bukan negara dan individu (Griffiths, O’Callaghan & Roach 2008:vii). Konsep hubungan antarabangsa pula merujuk kepada hubungan antara negara-bangsa. Tetapi, oleh kerana negara adalah aktor utama hubungan antarabangsa, pelbagai wacana oleh majoriti sarjana klasik mempersetujui bahawa hubungan antarabangsa adalah hubungan antara negara (Viotti & Kauppi 1999:26). Sementara itu, Millar (1969) pula menegaskan, dasar luar adalah dasar yang mempunyai dampak kepada hubungan sebuah negara dengan negara lainnya.

Berikutan lawatan rasmi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ke Singapura semalam, apa agaknya diskripsi yang paling sesuai untuk menghuraikan hubungan Malaysia-Singapura? Bagai menanam tebu di bibir, di mana dengan wajah manis pemimpin besar Singapura menolak ide pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor? Umpama madu dan racun di mana Malaysia yang membekalkan berjuta-juta gelen air mentah ke Singapura setiap hari, tidak langsung dihormati sehingga menyebabkan Singapura enggan memahami matlamat Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor? Atau seperti melepaskan anjing tersepit, di mana Singapura yang amat memerlukan bekalan air diberikan bekalan air secukupnya, dan Singapura yang memerlukan ruang bumi baru-baru ini disediakan Iskandar Malaysia sebagai taman permainannya yang baru di bumi Malaysia, tetapi republik itu tidak langsung rasa terhutang budi walaupun setitik nilainya kepada Malaysia?

Dasar luar Malaysia memang berasaskan teori realisme di mana kelangsungan, kepentingan, kedaulatan dan keselamatan negara adalah nilai-nilai teras utamanya. Tetapi, proses evolusi menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan luar yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa. Oleb sebab itu Malaysia mengamalkan dasar luar yang digandingkan dengan teori interdependensi terhadap jiran tetangganya. Malaysia melaksanakan dasar luar untuk memperkayakan jiran tetangganya. Malaysia percaya kepada dasar luar yang digabungkan dengan teori keamanan. Ini bermakna, ciri-ciri resalisme yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia sentiasa digabungkan dengan teori interdependensi dan keamanan semata-mata untuk mewujudkan peaceful co-existence atau kehidupan bersama secara aman.

Tetapi, bagaimana dengan dasar luar Singapura? Mungkinkah Republik pulau itu akan terus tidak berganjak dengan dasar luarnya, iaitu realis-independen, tanpa sebarang ruang kompromi dan bertolak ansur dengan jiran tetangganya? Jika begitu hakikatnya, mungkinkah Malaysia akan mengkaji semula dasar luarnya dengan Singapura supaya sesuai dengan fahaman realis-independen yang dianuti oleh republik tersebut? Jika itulah hakikatnya, wajarkah Malaysia bertegas dengan Singapura bila satu daipada perjanjian airnya dengan Malaysia mansuh tempohnya pada 2011? Jika begitu hakikatnya, mustahilkah untuk Malaysia mengkaji seluruh hubungan dua halanya dengan republik itu supaya selaras dengan fahaman realis-dependen yang dipegang teguh oleh Singapura?

Pandangan di atas adalah cetusan minda peribadi saya selaku rakyat biasa Malaysia. Saya mencetuskan pandangan ini kerana saya beranggapan Singapura sejak era kepimpinan Abdullah Badawi seolah-olah tidak langsung mahu bertolak ansur dengan Malaysia. Silap siapa, saya tidak mampu untuk memastikannya. Tetapi, silap Malaysia paling ketara adalah sikap kita yang sentiasa mahu menjaga hati jiran tetangga tanpa mengira hakikat dan realiti pihak yang berjiran dengan kita.

Berasaskan cetusan pendapat ini, fikirkanlah semasak-masaknya berita ini yang saya petik daripada halaman N6 akhbar The Star bertarikh 21 Mei 2009 seperti berikut:

JOHOR BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore firing range.

The range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and aircraft including helicopter gunships.

There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away.

Banyak persoalan strategik timbul daripada berita di atas. Mengapa jadi begitu? Silap siapa? Atas nasihat siapa? Mengapakah sesuatu perancangan besar di kawasan sempadan tidak melalui kajian impak keselamatan yang menyeluruh?

Berasaskan cetusan pandangan ini juga saya ingin bertanya, jika Malaysia hendak membina jambatan ketiga merentangi Sulat Tebeau, di manakah lokasinya? Adakah lokasinya adalah lokasi yang sudah dikenalpasti oleh Singapura, iaitu lokasi yang betul-betul mengarah ke Nusajaya? Jika itulah lokasinya, bukankah satu syarikat swasta pernah membuat satu presentation di sebuah hotel lima bintang di Singapura kira-kira tiga tahun lalu, mengenai hasrat Singapura mahu membina sebuah jambatan raya atau superbridge yang kalis bom menuju ke Nusajaya? Jika itulah lokasinya, benarkah jambatan itu akan dibina mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura?

Waspadalah Malaysia. Ibu negeri Johor Darul Takzim kini berada dalam jarak bedilan kereta kebal dan kapalterbang berpeluru milik Singapura. Jika jambatan ketiga yang mahu dibina kelak adalah jambatan yang mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura menuju ke Nusajajaya, perbetulkanlah keadaan ini dengan serta merta.

Dengan Singapura, hubungan Malaysia tidak perlu lagi berlembut atau berkasar. Tetapi, hubungan Malaysia-Singapura cukuplah sekadar untuk berhubungan tanpa pihak di pulau itu beranggapan Malaysia adalah negara yang boleh dipermainkan, dimanipulasi atau tidak perlu dihormati kedaulatan dan kemerdekaannya. Fikir-fikirkanlah!

Tuesday, May 26, 2009

PAS PUASA KERANA APA?

Adakah PAS berpuasa kerna nak bubarkan DUN? Inilah terang-terang memperalatkan Agama sebangai Perjuangan Politik. Sampai sanggup mempersendakan Ibadat PUASA.

Inilah setan yang pandai berkata-kata. Memutar belitkan. Apa lagi Nizar 3star.... Apabila tidak mempercayai kudrat dan irodat dan kebesaran ALLAH. Golongan yang tidak boleh menerima hakikat yang mana ALLAH tidah menyebelahi mereka ini kerana begitu zalim memperbodohkan rakyat.

Puasa untuk siapa? DAP komunis ni mogok lapar si nizar 3star ni plak nk ikut-ikut dengan berpuasa? Baguslah PAS berpuasa bukan kerana ALLAH tetapi kerana nak BUBARKAN DUN. Siapa yang menyokong pun dapat satu pangku. Berkattttt Selamattttt, syabas kepada PAS....

NAHUZUBILLAHMINZALIK.......

Saturday, May 23, 2009

MOGOK LAPAR SUPAYA DUN PERAK DIBUBARKAN.



Si nizar bintang 3 ni nak buat mogok lapar pada hari selasa bersamaan 27hb Mei 09 hingga 29hb Mei 09 untuk mendesak pembubaran DUN di Perak.Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar HARAM Nizar Bintang 3.

Kalu nak mogok biar sampai mampus senang. Aku cukup tak paham deme ni, dah suara miniriti, cakap banyak pulak, oi kome mampus lagi senang la, bikin rakyat Perak dalam keadaan keliru.

Bukak selepas tiga hari nah makan binatang kat atas tu, sempoy..... Alah si Nizar Bintang 3 darah benatang tu jugak, kan mak dia Cina..... Kata PAS memperjuangkan ISLAM, yang sampai nak mogok lapo ni pasai pa bodo depa ni, takda akai.

LU PIKIR LA SENDIRI

BOODOO

Dato Seri Dr Zamry Menang...



Terbukti kewibawaan DYMM Sultan Perak amat bijak mengaturkan kerajaan beliau, dengan kemenangan ini terbukti DYMM Sultan amat bijak mengandalikan kerajaan beliau. Harus di ingat Nizar Bintang 3 ni pun du sultan yang memilih dia untuk menerajui kerajaan Perak, Bile sudah hilang kepercayaan daripada ahli DUN, si Nizar bintang 3 ni buat kerja pelik.

Yoep buat apa kita layan si Nizar bintang 3 ni lagi, buat Bodo je, jangan kita dengar suara MINORITI, buang masa. Sekarang ini masa untuk berkerja untuk Rakyat bukan buat kacau dan memutarbelitkan Rakyat. Maklum la Pakatan Rakyat, Siapa yang bagi depa ni mewakilkan rakyat? depa bagi kelirukankan 5rakyat ada la. Jangan kita jadi bodo cam si Nizar Bintang 3 ni.

Kepada Dato Seri Dr Zamry selamat bertugas dengan seamanahnya, bagaimana yang diamanahkan oleh Rakyat Perak....

Syabas....

Monday, May 18, 2009

PKR lancar kempen kembalikan hak rakyat Perak? dan Anwar Ke Amerika?

PKR (Parti Kelirukan Rakyat)akan melancarkan kempen penerangan konon "Kembalikan pada Rakyat"pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS).

Diberitakan DSAI akan mengetuai ceramah tersebut. Mereka mereka ini tidak sedar jika 19 September 2008 berlaku adakah DSAI akan juga bubarkan Parliment, bile colik MP-MP kite tak ngape ek?

Pembangkang perlu akur dengan DYMM Sultan Perak, Bubarkan dun bukan 1 jalan penyelesayan. Macam yang kita sedia maklum

UMNO =27 kerusi DUN
DAP =17 Kerusi DUN
PKR = 6 Kerusi DUN
PAS = 6 Kerusi DUN
MCA = 1 Kerusi DUN
BebaS = 3 Kerusi DUN (yang menyokong BN)

Apa pembangkang ni tak tau kira ke? Apasal depa ni BODOH sangat, bile kita sebut ja Politik cam kata orang Putih "IT ALL ABOUT NUMBERS". Pada sesiapa yang akan mengikuti depa ni BODO, ikut telunjuk Cina, Lagi BODOH si DSAI. Melayu bodo yang nak jadi PM konon-konon.

Amik Datuk Anifah Aman dah pecah lobang yang mana si DSAI pun dah pernah offer dia sebagai Timbalan Perdana Menteri,dan dah dengar khabar si DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, nak terangkanlah kat Amerika ni. Al-maklumla LOBANG DAH PECAH.

KIembali kepada kemelut di Perak, diatas tu terang dan jelas bahawa daripada perkiraan UMNO adalah parti yang mendapat sokongan lebih daripada Rakyat Perak. Kalu nak bubar DUN, bubar sekali kat Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, baru steady. Ini hal Perak orang-orang bukan negeri Perak pulak nak tentukan SIAPA DEPA NI. Orang Perak ke? Adakan kita orang-orang Perak pernah menggangu Negeri depa ni, yang sebok kat Perak ni kenapa. oiiii kome jaga la Negeri kome JANGAN LA SEBOK-SEBOK HAL-HAL KAT PERAK NI.

Saturday, May 16, 2009

Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan

Petikan dari MStar

Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan

WASHINGTON: Menteri Luar Datuk Anifah Aman membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apaapa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di sini,semalam.

Sebelum ini, Anwar telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 Sept lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.

"Dia cuba memujuk ahliahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) timbalan perdana menteri.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya.

Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

"Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah," katanya. BERNAMA

Anwar ni banyak bagi tahu negara-negara luar yang mana Malaysia ni huru hara. Apa yang di ni cuba buktikan?

PEMILIHAN PAS TERLIBAT DENGAN RASUAH

Haaa dah terbukti PAS juga terlibat dengan Pilitik Wang. Ini membuktikan mereka ini berlandaskan perjuangan Islam, adakan Politik Wang ini berlandaskan Islam? Jangan kita mempermainkan Agama sebagai untuk mendapat sokongan rakyat.

brother lu pikir la sendiri.....

Friday, May 15, 2009

Gempar - Pendedahan Eksklusif tentang Camry

"TQ for adding me.... Cuma nak kongsi citer pasal musang berbulu ayam tu...Saya dari toyota yg cuma 2 org jer melayu sebagai sales kat sini nak inform tentang pembelian camry tu...pada awal stage last year bulan 6 saya yg menguruskan pembelian di pihak toyota..tetapi pada akhir bulan 11 mereka telah meminta seorang sales chinese yg handle atas arahan pihak atasan...disini saya ingin maklumkan yang Datuk Jamalludin al almini memang bersekongkol dlm hal ini...saya bukannyer bersifat racial tetapi bila merka buat ia bersifat neutral tapi kalau lwan sikit dia kata kita racial pula..dan dioffice toyota ni sume chinese disini org kuat di DAP mengutuk kerajaan tapi bila pembelian kerajaan dia sapu gak...itu melambangkan kerajaan tidak memilih..tetapi org melayu tu beringatla sikit kalau nak beli kenderaan tu jeling2 sikit kat org kita tu coz diaorang takdenyer nak cakap kamu bagus lagi menipu dan mulut manis kat org melayu lagi ada...saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat biasa saje.."

"opsss lupa lak lagi satu pembelian camry tu sepatut ada inspection puspakom tetapi memandangkan jamaludin al amini bekas pengarah jpj la katakan ia tak melalui puspakom maklumla skil tinggi...jangan lupa musang berbulu ayam seorang lagi kat situ batman jamaluddin al amni..saudara Hasnol..melayu berjiwa cina..patut ditukar ajer ke ulu.."

DI ATAS ITU ADALAH PENDEDAHAN DARI SEORANG HAMBA ALLAH YANG TAHU AKAN HAL PEMBELIAN CAMRY! SAYA TAK BOLEH NAK DEDAH LEBIH2 SANGAT! DEMI KESELAMATAN ORANG BERKENAAN!

by ParpuKari

MENGAPA KITA PERLU BUBARKAN DUN? IKUT TELUNJUK DAP?

Asalamualaikum & Salam sejahtera

Adakah tindakan pembangkang yang ingin mengbubarkan Dun adalah tindakan yang bijak? Apa yang kita lihat ini adalah satu lagi taktik pembangkang khusus kepada DAP yang mahukan Tempat MENTERI BESAR di kalangan parti DAP. Jika pembubaran Dun Nizar Bintang 3 sudah pasti tidak akan menjdi MB, yang pasti DAP akan meletakkan calon Melayu bertanding di atas tiket DAP,

Maka si Nizar ini pula yang sudah HABIS MADU SEPAH DIBUANG. Si Nizar bintang 3 sudah tidak berguna lagi. Mengapa pula kita mahu mengikut telunjuk mereka-mereka ini? Sedangkan huru hara yang berlaku di Perak ini datang dfaripada mereka. PAS juga yang menjadi BODOH mengikut telunjuk DAP.

Jika kita bubarkan DUN maka telah mengikut telunjuk mereka dan kita DERHAKA KEPADA DYMM SULTAN kita. Sultan adalah tonggak kepada orang-orang Melayu akan tetapi DAP telah mengajak PAS & PKR untuk menghina raja-raja kita. Kita jangan mengikut telunjuk DAP ini kerana mereka sendiri tidah menghormati Raja-Raja kita.

Apakah melayu-melayu didalam PAS & PKR buta & bodoh, sehingga sanggup mengikut telunjuk Cina & India ini? Mereka ini asalnya pendatang yang hanya menjadi KULI kepada orang-orang Melayu. Si Cina yang datang ke Tanah Melayu ini asalnya Melombong & berdagang, yang si India nio pula yang kita suruh berkerja di Estet. Mengapa kita memperjudikan Maruah Bangsa & Raja-Raja kita.

Contoh kitra lihat di Negara Jiran kita Thailand, rakyat mereka begitu hormat dengan Raja mereka sehinggakan Gambar Raja mereka tidak boleh ditunjuk dengan jari, Kita boleh di tangkap oleh pihak berkuasa mereka jika berbuat demikian.

Jika kita perhatikan Pcahan parti-parti yang menang dalam pilihan raya yang lalu

UMNO 27 kerusi
DAP 18
PKR 7
PAS 6
MCA 1

Dalam kedudukan diatas parti manakan yang mendapat sokongan rakyat? Cuba kita fikir-fikirkan. ALLAH mengurniakan kita dengan akal yang di terletak di dalam kepala bukan di kepala lutut. Jadi dalam geraf di atas siapakah yang anda rasa layak memerintah?

Mengapa kita perlu bubarkan DUN? Ini juga satu pembaziran WANG RAKYAT dan sudah pasti jika kita ikutkan telunjuk DAP ini dalam masa 20 tahun MALAYSIA INI AKAN JADI REPUBLIK OF MALAYSIA. Se4lamatkan kan Malaysia dari pada cengkaman DAP, DAP (Komunis Morden) ini juga akan menghancurkan bangsa melayu, yang terus layu jika tidak dipertahankan....

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI UMNO KE-63

63 tahun yang lalu, pada 11hb. Mei 1946, setelah melalui beberapa pertemuan dan perbincangan, pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai persatuan dari seluruh tanahair telah bersepakat untuk menyatukan seluruh perjuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang selama ini terpisah-pisah atas faktor primordial dan parochial.

Perjuangan orang Melayu yang pernah dijajah ratusan tahun hanya berjaya apabila ianya disatukan dibawah satu wadah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau UMNO.

Sebelum itu Melayu berjuang secara terpisah-pisah kerana mementingkan semangat kesukuan dan kedaerahan. Melayu Kelantan berjuang untuk orang Kelantan. Melayu Perak berjuang untuk orang Perak. Begitu juga Melayu dari negeri-negeri yang lain termasuk Melayu Johor.

Lahirlah bermacam-macam persatuan seperti API (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan Melayu Muda), PETA (Pembela Tanahair), LKMJ (Lembaga Kesatuan Melayu Johor), PMSJ (Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu untuk menentang penjajahan Inggeris, tetapi mereka terpisah kerana semangat negatif, yang mengecilkan perjuangan mereka iaitu semangat kesukuan dan kedaerahan.

Dato Onn Jafar adalah tokoh pemimpin Melayu yang telah berjaya menyatu dan memperkasakan perjuangan Melayu melalui satu sahaja wadah Perjuangan iaitu UMNO.

Walaupun UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946, masih ada persatuan Melayu seperti SABERKAS dan Persetiaan Melayu Kelantan yang masih berdegil dan enggan membenarkan ahlinya menjadi ahli UMNO secara terus.

Dengan kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, melalui sebuah ucapannya pada tarikh 27hb Disember 1947, beliau telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kesilapan ini dan perjuangan Melayu dapat disatukan melalui parti UMNO yang unggul.

Kesannya, hanya sepuluh tahun sahaja kemudian daripada itu, iaitu pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya setelah melalui zaman penjajahan yang penuh keperitan dan penghinaan kira-kira selama 450 tahun. Peringatan Dato Onn ini kepada orang Melayu telah dilafaskannya kira-kira 63 tahun yang lalu.

Hari ini terdapat juga dari kalangan kita yang berjuang dengan mengajak dan menyeru orang Melayu khususnya Ahli UMNO agar kembali semula ke era atau zaman kelemahan perjuangan Melayu. Mereka ini berusaha untuk melemahkan UMNO. Mereka mengajak orang Melayu berundur kebelakang. Mereka mengajak orang Melayu membongkar kubur pejuang-pejuang kesukuan dan kedaerahan yang telah lama dikuburkan oleh UMNO dan cuba menghidupkan tulang-tulang yang telah reput itu.

Menyentuh tentang mereka ini, saya teringat akan sebuah pesanan Lukmanul Hakim yang terkenal itu kepada anaknya. Lukmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya : “wahai anakku, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang boleh menahan ikan dari menjadi busuk, maka janganlah sekali-kali kamu menjadi langau yang akan mempercepatkan lagi ikan itu menjadi busuk.

Moral atau pengajaran yang boleh kita dapat dari pesanan Lukman Hakim itu adalah : Jika kita tidak dapat untuk menyumbang kepada memastikan UMNO terus utuh dan kuat bagi menjayakan agenda perjuangan bangsa Melayu, maka janganlah pula kita menjadi orang yang beria-ia dan bersungguh-sungguh berusaha untuk merosak dan menjahanamkan UMNO yang keramat ini. Mudah-mudahan, kita akan mendapat pengajaran dari pesanan yang sungguh amat bermakna ini.

Dalam setiap langkah perjuangan UMNO, ianya hanya boleh berjaya jika ia terus diberikan sokongan, khususnya oleh orang-orang Melayu. Lagi ramai orang Melayu menyokong UMNO, lagi pantas, lagi mudah dan lagi cepat UMNO bergerak, untuk memberi pembelaan dan perjuangan kepada orang-orang Melayu.

Orang Melayu tidak menyokong UMNO hanya kerana nama pertubuhan kita adalah UMNO. Orang Melayu akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada UMNO, hanya jika kita sentiasa berjuang untuk memelihara kekuasaan politik, kesejahteraan ekonomi dan martabat sosial serta mempertingkatkan kesucian agama islam dan keagongan bangsa kita.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu telah menunjukkan bahawa, ada tanda-tanda bahawa orang Melayu khususnya generasi muda, telah mula hilang kepercayaan kepada parti kita UMNO. Selain Kelantan, kini Kedah, Perak (dapat kita tawan kembali), Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya ditawan oleh Parti Pembangkang. Negeri Johor yang terkenal selama ini sebagai kubu kuat UMNO, juga telah berjaya dicerobohi oleh pihak pembangkang.

Lanjutan dari kemerosotan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu, telah menyebabkan kegawatan dalam parti kita UMNO. Begitu juga dalam parti-parti komponen BN yang lain. Masing-masing cuba menuding jari menyalahkan pihak yang lain.

Tindakan menyalahkan pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi, melainkan kita sendiri harus mengkaji semula kelemahan dan kesilapan diri kita, seterusnya mengambil jalan secepat mungkin, untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan tersebut. Masa terus berjalan. Jika kita lambat bertindak dan terus menyalahkan pihak lain, kemungkinan untuk bangkit semula dalam Pilihanraya Umum yang akan datang menjadi semakin tipis.

Kesan dari keputusan PRU12 yang lalu juga, telah menyebabkan orang-orang Melayu yang merasa cemas dan tergugat, mula mengambil tindakan menubuhkan bermacam-macam pertubuhan. Dalam keadaan kita mahu menyatukan Orang Melayu yang telah mula berpecah, tindakan ini tentunya tidak akan membantu. Malah tindakan menubuhkan lebih banyak pertubuhan ini akan menambahkan lagi perpecahan kepada Orang Melayu.

Namun bagi saya, keadaan ini juga sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan, bahawa sudah ada tanda-tanda Orang Melayu mula merasakan bahawa mereka tidak boleh lagi mengharapkan Parti UMNO untuk menjamin dan membela nasib mereka. Orang Melayu mula merasa tidak selamat lagi.

Banyak seminar, banyak forum dan perbincangan telah diadakan untuk mengkaji apa yang sebenarnya telah terjadi kepada UMNO dan Barisan Nasional, pada PRU12 yang lalu. Maka begitu banyak sebab telah kenal pasti sebagai punca kepada keadaan ini. Banyak juga cadangan yang telah diterima oleh UMNO untuk dilaksanakan, bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan pengundi kepada parti kita.

Apa yang pasti, persepsi atau pandangan masyarakat dan pengundi terhadap parti kita telah banyak merosot dan berubah. Ahli UMNO kini dilihat mementingkan diri sendiri berbanding melaksanakan tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ahli UMNO jugai dilihat lebih gemar mengejar jawatan bagi kepentingan diri dan kumpulan mereka sendiri. Ahli UMNO kini dilihat malah dituduh sebagai orang yang rasuah.

Ahli UMNO juga digambarkan sebagai gila kuasa sehingga sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menyogok dan merasuah bagi mendapatkan jawatan tertentu dalam parti.

Bermacam-macam persepsi buruk yang telah dilabelkan kepada UMNO. Semua ini tidak boleh kita ambil dan pandang ringan kerana semua inilah yang menentukan kemenangan atau kejayaan parti kita pada masa depan.

Samada kita suka atau tidak dengan setiap persepsi mahupun label buruk yang telah diberikan kepada parti kita, rakyat atau pengundi telah membuat keputusan di peti-peti undi pada PRU12 yang lalu.

Samada kita menerimanya atau menafikannya, kita telah kehilangan 4 buah lagi negeri pada PRU12 yang lalu. Adakah kita sanggup kehilangan beberapa buah negeri lagi pada PRU13 yang akan datang.

Jika kita terus berbalah dan menyalahkan pihak lain serta tidak cepat bertindak, kita malah mungkin akan menerima kekalahan yang lebih teruk lagi, dan mungkin juga akan terus kehilangan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan. Adakah kita sanggup perkara ini terjadi kepada parti kita.

Tidak ada maknanya jawatan dalam parti yang kita perolehi dengan menggunakan sogokan itu, sekiranya parti kita telah kehilangan kuasa untuk memerintah.

Justeru itu, marilah kita bermuhasabah diri. UMNO tidak boleh kalah dalam pilihanraya. UMNO tidak mampu untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya.

UMNO yang keramat ini mempunyai tanggungjawab besar kepada kelangsungan dan masa depan Bangsa Melayu. UMNO, parti keramat yang banyak berjasa ini, memikul amanah yang sungguh besar bagi memartabatkan Bangsa Melayu.

Kepada UMNO diletakkan harapan yang tinggi untuk memastikan Bangsa melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang lain. Dan kepada UMNO jugalah diharapkan menjadi benteng kepada ketinggian syiar Islam di Negara bertuah ini.

Maka pada hari ini, bersempena dengan ulangtahun ke-63 kelahiran parti Keramat UMNO, saya ingin menyeru kepada semua ahli dan pemimpin UMNO, marilah kita bersatu memulih dan mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan rakyat kepada parti kita. Marilah kita berganding bahu menyelamat dan menguatkan semula parti kita yang telah banyak berjasa ini. UMNO telah berusia 63 tahun.

Jika diibaratkan seperti kenderaan, UMNO telah ditunggangi oleh Orang Melayu selama 63 tahun. UMNO telah tua. UMNO perlu dipulihkan dan diberikan tenaga semula. UMNO perlu diREMAJAkan semula agar parti kita ini dapat terus diterima, dipercayai dan diberikan sokongan tidak berbelah bahagi oleh Orang Melayu.

UMNO perlu diremajakan semula agar dapat terus berkhidmat kepada masyarakat dan orang Melayu. UMNO perlu diremajakan semula agar Bangsa Melayu terus berkuasa di Negaranya sendiri. UMNO perlu diremajakan semula kerana Orang Melayu belum mampu untuk hidup tanpa kuasa politik UMNO.

Sebagai generasi muda dan generasi pelapis yang akan mewarisi UMNO, marilah kita mulakan langkah untuk meremajakan UMNO. Marilah kita tingkatkan azam dan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada masyarakat melalui UMNO.

Marilah kita mengukuhkan kesatuan kita. Marilah kita menunjukkan sifat prihatin kita terhadap segala permasalahan yang sedang berlaku dalam masyarakat. Marilah kita buangkan sifat-sifat dan prilaku buruk yang telah menyebabkan masyarakat dan pengundi memandang serong kepada parti kita.

Marilah kita mendekati semula masyarakat yang mungkin telah kita tinggalkan suatu masa dahulu kerana kesibukkan kita. Marilah kita menunjukkan contoh dan imej yang baik kepada masyarakat, kerana sebagai pemimpin dan ahli parti, diri, peribadi dan perlakuan kita adalah cerminan kepada parti kita. Baik pandangan masyarakat kepada kita, insyaAllah baiklah juga pandangan mereka kepada parti kita UMNO.

Sebaliknya, jika buruk pandangan mereka kepada kita, maka buruk jugalah pandangan mereka kepada parti kita UMNO.

Marilah kita mengembalikan semula persepsi dan keyakinan masyarakat supaya mudah-mudahan, UMNO akan kembali diterima dan menjadi satu-satunya parti yang mampu menjadi pembela kepada nasib dan masa depan Bangsa Melayu seperti dahulu.

"Sayangkan Bangsa adalah 'Roh' kepada perjuangan UMNO selama 63 tahun ini. Hanya dengan memiliki perasaan Sayangkan kepada Bangsa Melayu akan memastikan kita akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik dan menghindarkan sesuatu yang buruk dari menimpa kepada bangsa kita"

Selamat Hari UMNO yang ke 63 tahun. Bersama kita memperkasa dan memelihara UMNO agar dapat kita wariskan kegemilangannya kepada generasi akan datang, InsyaAllah.

Salam Perjuangan,

MataHatiBangsa

Pengerusi,
Kelab Penyokong UMNO Facebook (KPUMaya)

(DaripetikanKelab Penyokong UMNO)

UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA DATO SERI DR ZAMRY MENTERI BESAR PERAK

Massage daripada Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, Serta ahli Exco dan Ahli Dewan BN, bersama 3 ahli bebas yang Menyokong BN, ingin merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia kerana turut sama mendoakan kejayaan sidang dewan pada 7hb Mei 2009, walaupun ada usaha terancang pihak PAS, DAP & PKR untuk membatalkan sidang dun pada hari itu, mereka membuktikan diri mereka dalam kelompok yang terdesakdan tidak mempunyai etika sebagai ahli yang mewakili rakyat. Hasrat mereka jelas untuk membatalkan sidang dewan dengan berbagai keadah termasuk MENYEKAT DULI YANG MAHA MULIA RAJA MUDA PERAK, bertitah, tetapi mereka terlupa kekuasaan ALLAH yg menentukan siapa yang untuk di serahkan amanah menjaga Rakyat, negeri dan Negara.

Selama lebih 5 jam ahli BN bersabar, walaupun mereka(Pembangkang) memaki hamun, menghina dan memcerca termasuk menyentuh soal peribadi dan KAUM, dalam keadaan tegang begitu pun Dato Seri Dr Zamry tetap tenang. Hari ini juga membuktikan kesemua ahli dewan BN dan bebas bersatu, berkerja sama senada dan seiringan mereka berpadu tenaga untuk menjayakan.Walau pun kita berjaya bukanlah perli diraikan secara berlebihan, ambillah 7hb Mei 2009 sebagai sejarahdan pengajaran betapa sukarnya kita mempertahankan kuasa yang oernah hilang. Kita perlu BERSATU, KUATKAN JENTERA, TERUSKAN BERKERJA,berikan kesedaran kepada keluarga, rakan-rakan. Kejayaan pada 7 Mei 2009itu bukan kejayaan UMNO atau BN, bukan juga kejayaan alhi dewan BN, tetapi kejayaan kita semua, yang cintakepada Islam, yang cinta pada keamanan, terima kasih kepada semua juga kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengawal keselamatan pada waktu bersidang.
Terima Kasih
(forward daripada Hamdan Taha Pegawai Khas Kepada Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir).

Friday, May 8, 2009

KENYATAAN AKHBAR YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR

KENYATAAN AKHBAR

YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

7hb Mei 2009

Saya ingin menjelaskan beberapa insiden yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. Pihak Yang DiPertua Dewan YB R. Ganesan terpaksa memanggil bantuan polis dan kakitangan kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Ketua Polis Negeri serta lain-lain kakitangan kerajaan yang terlibat ke dalam.

Pada hari ini sidang Dewan telah bermula pada pukul 10.15 pagi, bagimanapun sidang Dewan tidak dapat berjalan dengan lancar disebabkan Adun-adun Pembangkang telah mengganggu perjalanan sidang Dewan.

Mereka meninggalkan tempat duduk mereka dan secara “biadap” menyerang Adun-adun Barisan Nasional serta Bebas dengan mewujudkan suasana haru biru dan tidak terkawal.

YB Sivakumar juga telah mengarahkan saya dan Exco-Exco serta 3 Adun Bebas keluar dari dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah - perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Adun-adun Pembangkang juga cuba menghalang Adun-adun Barisan Nasional menjalankan tugas kami sebagai ahli-ahli Dewan Negeri Perak. Sidang Dewan hari ini telah terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan di dalam Dewan tersebut.

Pada jam 2 petang Dewan kembali bersidang dan Yang DiPertua YB R. Ganesan, telah mengarahkan YB Sivakumar untuk mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN yang biasa.

YB Sivakumar tidak mengendahkan arahan Speaker walaupun telah diberi amaran oleh Yang DiPertua YB R. Ganesan. Yang DiPertua YB R. Ganesan kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk mengiringi YB Sivakumar kembali ke tempat duduk ADUN biasa dan tidak diperdulikan beliau.

Bentara kemudiannya telah dikasari oleh beberapa ADUN Pembangkang dan berlaku pergelutan.

Yang DiPertua YB R. Ganesan tidak mempunyai pilihan lain utuk mengawal keamanan di dalam Dewan kecuali dengan mengarahkan pihak PDRM untuk membantu Bentara menjalankan tugasnya mematuhi arahan Yang DiPertua Dewan.

Ini termaktub di bawah Perkara 90 Perintah-perintah Tetap, yang menyebut “semua perkara yang tidak diperuntukkan dengan khususnya dalam perintah-perintah tetap hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan perintah-perintah tetap ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang DiPertua dari masa ke semasa.”

Dalam kejadian tadi tuan Yang DiPertua telah sedaya upaya menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan YB Sivakumar dari tempat duduk Yang DiPertua bagi melaksanakan tanggungjawab beliau.

Bagaimanapun YB Sivakumar tidak memberi kerjasama apabila Yang DiPertua YB R. Ganesan, mengarahkan beliau mengosongkan tempat duduk speaker dan pulang ke tempat duduk beliau sebagai Adun biasa.

Arahan ini telah diberikan dua kali, dan amaran juga telah tidak diendahkan oleh YB Sivakumar.

Yang DiPertua kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk melaksanakan tugasnya untuk mengosongkan kerusi speaker. Bagaimanapun Bentara telah dihalang dan dikasari dengan ditolak berkali-kali oleh Adun pakatan pembangkang sehingga pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk DYTM bertitah pecah.

Oleh itu secara waras Yang DiPertua tidak ada cara lain untuk mengamankan keadaan di dalam Dewan kecuali meminta sokongan dari pihak Polis DiRaja Malaysia untuk membanru Bentara melaksanakan tugasnya.

Yang DiPertua R. Ganesan telah bersabar sejak 10.30am, iaitu selama lebih empat jam, dan menangguhkan Dewan sebanyak dua kali sebelum mengambil tindakan ini.

Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya terhadap barisan pembangkang yang bertindak biadap dan kurang ajar di dalam dewan. Mereka bertindak menggunakan “undang-undang rimba”, serta tidak menghormati peraturan.

Mereka juga gagal menghormati institusi Raja kerana menyebab DYTM Raja Muda Perak terpaksa menunggu kerana menghalang YangDiPertua YB R. Ganesan menjalankan tugasnya dan menjemput Baginda untuk merasmikan sidang Dewan.

Pakatan pembangkang juga gagal meletakkan taraf Dewan sebagai institusi yang mulia kerana menjerit dan mengherdik ketika ia bersidang.

Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya setelah Yang DiPertua, menjemput DYTM Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan baginda, keadaan menjadi terkawal dan aman.

Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterimakasih atas sokongan padu seluruh rakyat negeri Perak.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli YB Barisan Nasional kerana bersabar dengan karenah pembangkang. Terima kasih saya juga kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sekian.

BISIKAN TUANKU YM RAJA NAZRIN KEPADA NIZAR(PROKSI) DAN NGAR KHOO MENG (TOKEY)

Titan Raja nazrin kepada Ketua Pembangkang dan Ngah Koo Meng atau lebih kepada TOKEY dan Proksi dalam bahasa Inggeria "I don't want to get involve in this. I just want to give my speech, so respect my speech when i'm giving it. YOU UNDERSTAND THAT? If you want to work with me in further, you have to respect my speech UNDERSTAND? SO GO TELL PAKATAN RAKYAT TO ASSEMBLE.

Ini lah kata-kata YM Raja Nazrin pada mereka ini yang langsung tidak menghormati institusi Raja-Raja. Mereka ini tidak layak bergelar Wakil Rakyat. Inikah wakil-wakil mereka, Kita kene ingat kuasa MUTLAK ADALAH KUASA SULTAN yang hanya melindungi orang-orang Melayu,

Wednesday, May 6, 2009

Himpunan Berpakayan Hitam?

Pakatan pembangkang telah menyeru pengikut-pengikutnya memakai pakayan serba Hitam untuk memprotes atau tidak membenarkan sidang Dun Perak berlangsung. Dalam masa yang sama pihak berkuasa telah menahan Mat Sabu di Kuala Lumpur supaya mengelak perhimpunan haram untuk membatalkan Sidang DUN di Perak.

Kita perlu taat kepada pemerintah kerana semasa Pakatan Pembangkang memerintah BN akur dengan titah DYMM Sultan. Saya mengajak umat Islam seluruh Perak serta seluruh Malaysia mendoakan Kejayaan sidang DUN Perak berjalan dengan tenang, kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT, kejayaan yang di pimpin oleh Dato Seri Dr Zamry Abdul Khadir, bukan kerana Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir mewakili BN, tetapi kerna ini lah Kerajaan Umat Islam, Dato Seri Zamry Abdul Khadir mewakili 29 Ahli Dewan yang mewakili suara umat Islam, dua bukan Islam, berbanding Dato Seri Nizar yang mewakili 7 Ahli Dewan umat Islam, 21 bukan Islam, Jika kita mengaku Umat Islam adalah Wajib dan tangungjawab kita menyokong dan mendoakan Kerajaan pimpinan Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir terus menerajui Kerajaan Negeri Perak, marilah kita melakukan solat Hajat dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT , kerana ini tugas kita bersama, Jika runtuh kerajaan ini, maknanya runtuhlah Kerajaan Islam Perak. Ini adalah ujian bukan kepada Dato Seri Dr Zamry sahaja tetapi ujian kepada kita juga. Semoga ALLAH SWT bersama kita , bersama kerajaan Islam ini. Marilah bersatu kuatkan tekat, untuk keamanan umat Islam Perak.

Kita perlu bangkit daripada pengacau Parti-parti pembangkang ini, jangan sampai orang-orang luar datang ke Perak ini untuk derhaka dengan Sultan kita, kita tidak pernah mengganggu Sultan mereka, Halau mereka- mereka ini jika mahu huru harakan bumi bertuah ini.

Monday, May 4, 2009

PENTING!!!

Pada 7 hb ini dijangkakan Pakatan Pembangkang (PAS,PKR,DAP) akan turun beramai - ramai sedaya mungkin membuat kekacauan bagi membatalkan Persidangan DUN yang akan berlangsung pada hari tersebut.Saya menyeru kepada semua Saudara Seperjunangan agar turun beramai - ramai ke Bangunan SUK dengan ikhlas hati mempertahankan kedaulatan dan maruah AGAMA,BANGSA, dan TANAHAIR dari kekacauan dan HURUHARA Pihak PEMBANGKANG pada jam 7.30 pagi pada hari Khamis bersamaan 7/5/2009..sila Panjangkan..

Wednesday, February 25, 2009

Karpal tarik balik perkataan "celaka" terhadap Pemuda Umno

Hmm. Singh is king.. No wonder dia mau saman Sultan..


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan
kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong hari ini,
wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang
dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan
Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.


"Barang kali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.


Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru
ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.


"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang
memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di
mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad
Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun
meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh
menyatakan sedemikian tanpa bukti.


"Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum
keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan
perkataan itu lagi. "Bukit Gelugor boleh terus ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini
sepatutnya tidak dipakai Yb," kata Wan Junaidi.


Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama
terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh
Wan Junaidi.


"Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya
beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal
mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.


Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar
sebagai ketua pakatan pembangkang.


Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh
(Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak
ada taring. BERNAMA

Monday, February 23, 2009

SIAPAKAH CALON YANG LAYAK UNTUK PARLIMEN BUKIT GANTANG

Bila kita bercakap tentang Pilihan Raya dan kita telah menyaksikan 2 pilihan raya kecil yang tidak memihak kepada kita. Kita kenalah mengambil iktibar daripadanya. Mengapadi diatas 2 pilihan raya kecil kemenangan tidak memihak kepada kita? Apakah faktor-faktornya? Terbaru in pilihan raya di Kuala Terangganu kita tewas tipis.

Jelas di Kuala Terangganu jentera kita tidak berkerja bersunguh-sunguh, ramai yang datang ke Kuala Terangganu untuk melobi Jawatan UMNO dan mereka ini menyaqlahkan orang lain(Calon). Jika di fikirkan dengan logik calon BN hanya kalah lebih kurang 2000 undi sahaja. Jikalau faktor calon majoriti unti tentu dapat melihatkan perbezaan yang ketara. Ini calon BN hanya kalah lebih kurang 2000 undi sahaja. Jadi mengapa kita salahkan calon?

Adalah lebih baik kita membuat bancian kepada penduduk tempatan Calon manakah yang layak? Khabarnya kita ada 3 calon Kamarulail antara tiga nama yang disebut-sebut telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantangd manakala dua orang lagi ialah naib ketua bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar dan bekas ketua penerangan bahagian, Ismail Saffian.

Mengapa kita per tetapkan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, ketua penerangan bahagian? Jika Ketua cawangan sekalipun jika ini di kenhedaki oleh penduduk tempatan kita berikan, ini lebih baik kerana pengundi di kawasan tersebut yang akan keluar mengundi. Bukan PM, TPM, dan sebagainya.

Sekarang ini pemimpin perlu mendengar kata-kata atau apa yang di kehendaki oleh mereka. Ini perlu diubah, jangan lagi pemimpin mendengar kata-kata orang disekeliling mereka, dengar kata grass root. Kuasa rakyat telah di buktikan dengan Pilihan Raya yang ke 12 tempoh hari. Ini juga amaran rakyat kepada BN, jika kita terus endah tak endah pada PRU yang ke 13, akan terkubur UMNO dan Barisan National.

Pilihan Raya kecil di bukut Gantang ini amatlah penting kerana, kita telah meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Ini juga akan menjadi sebagai medan pertempuran Politik (kayu rol) yang mana adakah UMNO itu relevan atau sebaliknya.

Jadi di peringatkan lagi kita beri ruang kepada rakyat untuk bersuara pula dengan calon BN biar mereka yang tentukan bukan lagi PM, TPM dan MT. Kita berharap ada perubahan dan BN menang di Pilihan Raya kecil di Bukit Gantang. Jika menang terbukti BN masih relevan di Perak lagi.

Thursday, February 19, 2009

Hang Tuah buat laporan SPRM terhadap Sivakumar

Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memintanya menyiasat tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan itu berkuatkuasa serta merta.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Perak Hang Tuah Din, yang membuat laporan itu, berkata tindakan Sivakumar itu berniat jahat, bermotif politik dan menyalahguna kuasa yang diamanahkan kepadanya selain menghina dan mencabar Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menurut Bernama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pula membuat laporan polis di Balai Polis Slim River berhubung tindakan Sivakumar itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa NGO di Perak akan membuat laporan kepada polis dan SPRM terhadap Sivakumar.

Katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Sivakumar mengikut Akta Hasutan.

Manakala laporan kepada SPRM dibuat atas dakwaan Sivakumar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker DUN Perak.

"Kita telah minta peguam Umno dan peguam kerajaan negeri untuk mengkajinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis dan SPRM," katanya dihubungi hari ini.

Beliau (foto) adalah salah seorang daripada enam exco yang digantung dan dilarang oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN.

Dr Zambry dan enam exconya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Ini ekoran aduan oleh Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Zainol, lima lagi anggota exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

'Keputusan tidak wajar'

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

"Kita juga akan mencabar keputusan speaker itu kerana tindakan itu adalah tidak wajar. Dia bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu," katanya.

Zainol berkata, keputusan melantik menteri besar dan anggota exco adalah keputusan Sultan Perak.

"Ini bermakna Sivakumar telah menderhaka kepada Sultan Perak dan beliau tidak memperakui titah Sultan," katanya.

Zainol berkata, Sivakumar telah memanggil menteri besar dan enam exco kerajaan negeri semalam.

"Menteri besar dan exco membuat bantahan kepada Speakaer terhadap tuduhan tersebut kerana sepatutnya beliau baca (tuduhan itu) dalam sidang dewan, tetapi mengapa beliau membuat keputusan sendiri.

"Selepas Dr Zambry dan anggota exco membantah tuduhan tersebut kepada Speaker, kami semua keluar dari bilik Sivakumar," katanya.

daripetikan MalaysiaKini......

Wednesday, February 18, 2009

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

daripetikan MalaysiaKini

Tuesday, February 17, 2009

KARPAL SINGH & NIZAR

17 FEB 2009

Kenayataan Karpal Singh pada baru-baru ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang menentang Kedaulatan Institusi Raja-Raja Berpelembangaan. Beliau denagan Kurang Ajar telah begitu barani mencabar Raja-Raja dan mencabar orang-orang melayu. Terang-terang belau menentang Islam sebagai agama rasmi.

Kita sebagai orang-orang melayu perlu bersatu walau pun berlainan idealogi Politik dan pastikan akan terus mentang PENDATANG YANG TAK DI UNDANG(Karpal Singh) ini. Janganlah kita berpecah belah lagi, kedudukan kita sekarang ini amat genting sehinggakan Raja-Raja kita sudah berani di Pertikaikan. Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu amat taat kepada Sultannya, perkara ini pernah berlaku yang mana Hang Jebat begitu setia kepda Hang Tuah, yang sanggup Derhaka kepada Sultan kerana Hang Tuah, Hang Tuah pula begitu setia kepada Sultan sehingga Hang Jebat mati di bunuh di tangan Hang Tuah. Apabila Derhaka kepada Sultan ianya tidak mengenal siapa. Sedangkan mereka ini membesar bersama, tiada terkata mereka ini lebih daripada sahabat.

Pada zaman morden kita tidak memerlukan JEBAT MORDEN, mantan MB Nizar ini pula begitu berani memohon derhaka. Adakah dia tahu apa yang dia telah lakukan. Selepas itnlah si Pendatang (Karpal Singh) pun begitu berani sehingga ingin menyaman Sultan. Mengapa si Pendatang ini berani? Sebab ada seorang Melayu kacukan yang BODOH berani menentang.

Kerana berlainan idealogi politik, kemarukan Kuasa dan berbagai-bagai lagi Nizar seperti sanggup mengadai hak-hak orang-orang Melayu dan Derhaka kepada Baginda Sultan. Sedarlah kita semua di Palestine mereka bermati-matian mempertahankan Tanah Air Mereka, sebaliknya Nizar pula menggadaikan pula atau dengan lebih tepat lagi memberi pula tanah-tanah pada pendatang-pendatang ini.

Cuba fikirkan apabila hak-hak orang-orang Melayu di berikan kepada pendatang-pendatang ini, apa lagi orang-orang Melayu nak pertahankan?

Kita sebagai orang-orang Melayu perlu mempertahankan Ketuanan Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.......

Saturday, February 7, 2009

NIZAR DERHAKA

7 Feb 2009, Ipoh,
Pada masa ini keadaan di Perak agak tenang,dalam dalam masa yang sama dimana Nizar (Mantan MB Perak) masih enggan melepaskan jawatan yang seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Pemimpim-pemimpim Pakatan Rakyat yang begitu angkuh sehingga sangup menhina dan mebelakangkan titah Tuanku. Sebelum ini orang-orang Melayu yang begitu taat denagan Titah Perintah Tuanku malagnya sekarang ini sedah berani DERHAKA, malah begitu biadap dengan memohon Derhaka.

Kita semua tahu bahawa Nizar adalah boneka kepada DAP, contoh apabila sesuatu berlaku Ngeh Koo Ham yang memberi keputusan dan pihak media pun tahu infomasi boleh terus pada Exco kanan itu dan dia yang buat keputusan.

Pihak DAP ini bijak dengan menggunakan orang-orang Melayu untuk bergaduh sesama Melayu. Di Kuala Kangsar yang kita lihat hanya Melayu melayu yang menyokong PAS. Hingga sanggup Derhaka Titiah Baginda Sultan.

Mereka harus ingat bahawa Kuasa Raja adalah melantik Menteri Besar, dan Nizar dahulu juga di perkenan oleh Baginda Sultan. Pihak DAP menggunakan Melayu yang BODOH menentang Baginda Sultan. DAP ini ingat sejarah pada 13 Mei 1969 dan tahu bahananya.

Sekarang ini mereka menggunakan Orang-orang melayu yang kurang Cerdik untuk menentang orang-orang melayu yang mempertahankan kedaulatan Raja-Raja. Ini juga boleh mencetus ketegangan dan membolehkan Rusuhan sesama Melayu, yang cerdik adalah DAP.

Jadi sedadrlah wahai bangsa ku jangan di peralatkan oleh DAP yang akan menggunakan bangsa ku......

Monday, January 12, 2009

Urgent help needed for medicine and relief items






KUALA LUMPUR: The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) is appealing for donations to finance the purchase of medicine and relief items for victims of the Israeli attack in the Gaza Strip.

The Palestine Red Crescent Society made an emergency appeal for US$6.8mil (RM23.86mil), to also cover post rehabilitation and recovery projects to the MRCS International Relief Fund, MCRS said in a statement.

It added that it donated US$10,000 (RM35,087) to the Palestine Red Crescent Society in an immediate response to the appeal.

The Palestine Red Crescent Society had been working round the clock to provide extra staff to the hospitals, while volunteers and workers had been helping to evacuate the dead and the wounded from damaged or destroyed buildings since the beginning of the Israeli offensive, it noted.

“MRCS will mobilise a team to support the Palestine Red Crescent Society. The team will comprise a medical doctor and relief and logistic personnel. Another team would be readied for deployment if extra assistance is needed,” it said.

Donors can send their cheques to: Malaysian Red Crescent Society National Headquarters, 32, Jalan Nipah off Jalan Ampang, 55000-Kuala Lumpur.

The cheques should be made out to the “MRCS International Relief Fund”, with “Gaza City” written on the back.

Donations can also be banked into the MRCS’ Maybank account number 5144 2210 2657.

Sunday, January 11, 2009

Agony over Gaza assault and young casualties


KUALA LUMPUR: It is heartbreaking for Datuk Dr Jemilah Mahmood to watch from across the Egyptian border the bombings of Gaza and see children being brought out with sniper shots in the head.

“A lot of kids are getting hurt. We can see the bombings clearly from where we are. Yesterday, we counted 20 bombings in just a matter of 15 to 20 minutes. After that, we stopped counting,” said the Mercy Malaysia president when contacted yesterday from Rafah.

“We saw at least 10 kids being brought out with gunshot wounds to the head.”

Rafah is a Palestinian town on the Egyptian side of the border and the only crossing between the Gaza Strip and Egypt.

Mercy Malaysia’s three-member logistics team arrived at the border on Dec 31 to assess the situation and send US$100,000 (RM360,000) worth of medical supplies.

Dr Jemilah, who is part of the team, said Mercy had so far managed to send 50 tonnes of medical supplies.

Mercy had set aside RM500,000 from its humanitarian fund for Gaza but the amount was insufficient.

She hoped the Malaysian Government’s pledge of US$1mil (RM3.6mil) would be given to Mercy quickly so that they could despatch the much-needed aid fast.

“Public response has been slow but their (the Palestinians) need is urgent,” she said.

She said Mercy had no plans for now to cross the border into Palestine because it was too dangerous and the situation uncertain.

Mercy was also getting volunteers from the 8,000 Malaysian students in Egypt, she said, adding that six or seven Malaysian medical students were currently helping out the team.

Meanwhile, the International Committee for the Red Cross (ICRC) said in a statement that the water supply situation at the Gaza Strip was alarming.

ICRC water and sanitation coordinator Javier Cordoba said 10 of the 45 wells in the city were no longer functioning because of damage to four power lines that normally bring electricity from Israel to Gaza City.

Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the movement would mobilise all levels of the Malaysian society including schools and non-governmental organisations to protest the invasion.

“I appeal to everyone to be united in condemning the atrocities committed by the Israeli regime.

“We will organise demonstrations, seminars and conferences together with holding product boycotts and initiate a humanitarian fund,” he said in a statement.

Hishammuddin said an international conference on youth and violence would be held in Kuala Lumpur next month.

Copy write from the The Star