Tuesday, September 9, 2008

CADANGAN KEMAS KINI PENGURUSAN PARTI

CADANGAN KEMAS KINI PENGURUSAN PARTI


Di dalam sebuah PARTI yang besar dan lama usianya kadang2 kita agak terleka dengan penstrukturan PARTI. Di peringkat Parlimen mungkin kita telah terbiasa dengan pelantikan kabinet dan di antara mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan menteri. Manakala di Peringkat Undangan Negeri pelantikan Exco2 di kalangan ahli dewan undangan negeri. Ini semua adalah asas kepada satu struktur bagi memudahkan pengurusan. Di dalam kemelut salah- menyalahkan di antara pemimpin parti pada hari ini saya lebih berminat kepada kaedah mendidik ahli2 parti dan memberi kefahaman kepada tugas asas seorang ketua di dalam PARTI (ketua di peringkat cawangan hingga ke bahagian ) Sejak saya menyertai UMNO saya dapati kebanyakan cawangan tidak menjalankan pengurusan secara profesional. Pelantikan di kalangan ahli cawangan ke jawatankuasa cawangan adalah semata- mata untuk memenuhi carta organisasi cawangan. Dan lebih menyedihkan Ketua Cawangan sendiri terpaksa menyiapkan buku laporan tahunan walaupun seorang setiausaha telah di lantik. Perkara ini bagi pendapat saya adalah berpunca daripada pengurusan yang tidak cekap dan tidak mengikut tatacara.
Kadang2 terdapat juga di dalam mesyuarat cawangan kehadiran tidak menepati syarat kuorum diperlukan sedangkan ahli yang berbayar yuran melebihi 200 orang. Namun demikian apabila ada pertandingan kebiasaannya kuorum lebih daripada mencukupi dan kebiasaannya kuorum2 ini terdiri daripada pengundi2 hantu yang perlu di bayar selepas selesai mesyuarat.( yang menghairankan ialah pengundi2 hantu ini tidak pula diserapkan di dalam parti selepas selesai persidangan dan terus menjadi pengundi hantu untuk setiap kali ada pemilihan dijalankan maka UMNO bukan lagi Parti KERAMAT tetapi Parti BERHANTU) Dan akhirnya apabila perkara ini berleluasa maka ahli2 UMNO tidak diperlukan lagi di dalam menghadiri mesyuarat tahunan dan ahli2 ini kebiasaannya akan berpindah ke cawangan lain atau ke parti lain. Bagi ahli yang telah berpindah ke parti lain, namanya masih lagi terdapat pada senarai keahlian UMNO (DAN NAMA MEREKA DIGUNAKAN BAGI PEMBAYARAN YURAN UNTUK MEMENUHKAN QUOTA SUPAYA CAWANGAN BOLEH MENGHANTAR PERWAKILAN ) Maka maklumat mengatakan keahlian UMNO melebihi 3juta orang ahli perlu diselidiki. Untuk itu saya menyarankan agar pihak kepimpinan perlu memberi kefahaman kepada setiap ketua2 cawangan berkenaan pengurusan parti agar mereka dapat mengurus dengan baik dan tidak memalukan parti. Di sini saya gariskan serba sedikit tugas asas pengurusan agar setiap ketua cawangan dan bahagian dapat jadikan sebagai panduan.

KETUA merupakan orang yang berusaha untuk menjalankan dan menyempurnakan ideologi parti melalui orang bawahannya. Ia perlu menggabungkan sumber manusia (yakni ahli2 parti ), kewangan dan segala bahan yang di perlukan dan di gunakan sebagai jentera untuk mencapai matlamat yang di gariskan oleh Parti. (Dalam hal ini matlamat Parti sebenarnya di tentukan oleh ahli2 parti sendiri dan sekiranya matlamat parti tidak menepati kehendak ahli maka ahli2 perlulah mencari alternatif lain.)


Tugas Asas seorang Ketua Cawangan yang di perlukan oleh PARTI

1.Ketua perlu membentuk satu suasana kerja di mana para ahli PARTI berusaha dan bekerja dengan rela untuk mencapai matlamat PARTI.

2.Ketua perlu menggerakkan sesuatu aktiviti supaya berlaku dan dilaksanakan.
Ahli2 PARTI perlu diberi kemahiran dalam hal2 kepartian supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dan berupaya menghasilkan kejayaan.

3.Ketua perlu memahami potensi ahli2 kerana ahli2 adalah sumber yang amat penting dalam menjamin kejayaan matlamat PARTI. Ahli2 yang berpotensi perlu di bentuk dan dikembangkan keupayaan mereka supaya khidmat mereka dapat di manfaatkan.

4.Ketua perlu mampu untuk menjawab segala kemusykilan ahli PARTI. Paling tidak ketua perlu menyalurkan masalah itu kepada pihak atasannya agar persoalan itu dapat di jawab.

5.Ketua perlu lebih arif atau bijak daripada orang bawahannya supaya sesuatu matlamat itu dapat di sempurnakan. ( Arif dan bijak ini diperolehi hasil daripada pergaulan dan pengalaman dan Ijazah tidak mencukupi.)

6.Ketua perlu mempunyai pembantu2 yang dapat menterjemahkan kehendak PARTI ( bukan kehendak peribadi ) apabila menjalankan tugas.


Tugas yang paling mencabar bagi seorang ketua ialah mengarahkan orang
bawahan nya ke arah kebaikan dan mencegah ke arah keburukan. Kerana
ia akan memberi kesan di dalam pemilihan dirinya sebagai ketua. Ketua
kebiasaannya akan menyekat kemasukan ahli baru dan lebih selesa
dengan ahli2 lama yang pasti menyokongnya. Keahlian hanya dibuka jika
ia pasti sokongan diberi kepadanya. Ini merupakan satu virus yang
hanya mewujudkan ahli2 yang tidak setia dan tidak sanggup bekerja demi
parti. Sekiranya ahli merajuk dengan ketua tersebut maka ia akan keluar
parti. Dan kebiasaannya ia akan beranggapan pemimpin UMNO yang lain
adalah serupa dengan ketuanya itu.


Yang amat di perlukan oleh PARTI ialah seorang Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang dapat menguruskan dengan baik dan mempunyai empat elemen berikut:

1.Merancang
Ia berkaitan dengan membuat keputusan tentang apa yang hendak di buat, menetapkan dasar PARTI, menentukan strategi dan memilih pelan2 tindakan yang perlu diambil. Perancangan amat penting kerana ia memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat PARTI. Oleh itu beberapa strategi perlu digunakan di dalam membuat perancangan berkaitan dengan operasi, belanjawan, meramal jangka pendek dan panjang dan seterusnya membuat dasar2 yang menyenangkan hati ahli2. Yang berlaku hanyalah perancangan di lakukan semata2 untuk menentukan calon2 ketua bahagian, wanita, pemuda dan puteri.

2.Mengorganisasi
Mengorganisasi adalah berkaitan dengan pengkhususan kerja, pemusatan dan pemencaran ( pembahagian ) kuasa. Dalam hal ini seorang ketua perlu berhati2 di dalam memberi kuasa kepada jawatankuasa nya supaya halatuju dan dasar PARTI tercapai dan kuasa tidak di salahguna. Dan setiap pegawai dilantik perlu benar2 menjalan tugas yang memang wujud tugas itu, dan bukan semata2 di atas kertas.

Apa yang berlaku hari ini ialah ketua2 cawangan lebih berminat untuk meletakkan keluarga mereka di dalam hiraki pentadbiran. Misalnya anak diletakkan sebagai ketua pemuda atau puteri manakala isteri sebagai ketua wanita walaupun ada ahli yang lebih layak dan bijak.

3.Mengarah
Seorang Ketua perlu ada satu skil untuk mengarah, ini amat penting agar segala perancangan aktiviti dan dasar yang di susun dapat diarahkan kepada orang bawahan dan dilaksanakan dengan lancar, bersemangat dan relahati. Bagi memudahkan arahan sentiasa dapat diikuti maka seorang Ketua yang prihatin perlu sentiasa memberi motivasi kepada orang bawahannya. Yang berlaku hari ini ialah ketua2 tidak mempunyai skil untuk mengarah melainkan arahan supaya menyekat individu tertentu yang mungkin boleh mencabarnya demi kepentingan peribadi.

4.Mengawal
Bagi memudahkan tugas kawalan maka seorang ketua perlu meletakkan satu standard kepada setiap orang bawahannya yang memegang jawatan. Ketua perlu sentiasa memeriksa dan menilai pelaksanaan tugas untuk mengetahui sejauh mana orang bawahannya menjalankan tugas. Pada asasnya seorang ketua perlu mengetahui aktiviti2 orang bawahannya bagi memastikan aktiviti mereka membangun dan bukan meruntuhkan. Pengawalan bergantung pada bijaksana ketua sama ada tegas mahupun lembut dan bergantung juga kepada suasana semasa.


Dan yang berlaku hari ini ialah tiada satu aktiviti pun dijalankan oleh
cawangan yang dapat memberi imej baik kepada rakyat. Dan ketua sendiri
tidak perlu mengawal apa2 melainkan menjadi pengawal kepada ketua2
yang berada di atas mereka. Tugas pengawal juga memastikan tiada
kemasukan ahli2 baru yang boleh menggugat mereka.

Asas pengurusan amat penting bagi seorang ketua bagi mentadbir cawangan atau
bahagian. Tanpa asas ini sebahagian ketua2 cawangan yang ada hari ini
diibaratkan hanyalah merupakan sekawan kambing yang perlu dipelihara oleh
ketua2 bahagian dan ketua2 bahagian pula merupakan sekawan ketua2 kambing
yang perlu dipelihara oleh mereka yang berada lebih atas. Maka akhirnya UMNO
akan melahirkan beberapa ekor kambing yang berkawan- kawanan dengan tujuan
untuk mencari makan. Apabila kambing2 ini kekurangan makanan maka kambing2
ini akan menyalahkan Tuannya. Dan perkara ini akan terus berlaku tidak kira
siapa tuannya. Dan akhirnya mereka akan mencari Tuan yang Baru.

PILIHLAH……WAHAI Perwakilan
Tidak kira siapa, pastikan berharga

Bagi pemimpin yang kaya
Kita perlukan bantuan mereka

Bagi pemimpin yang berkebolehan
Kita perlukan pimpinan mereka

Bagi pemimpin yang berkuasa
Kita perlukan perlindungan mereka

Bagi pemimpin yang berjuang
Kita perlukan keberanian mereka

Pilihlah Wahai Perwakilan
Pilihlah…..
Menangis hari ini kerana masa depan
Atau…
menderita hari ini tiada masa depan.



DULU KINI SELAMANYA
YANG BENAR
GERAKAN PEMUDA INSAF
SAYWAR.....

No comments: