Sunday, May 25, 2008

Demi Masa Depan Melayu Perak (Petikan daripada SuaraMalaysia)

Selepas satu satu natijah yang melanda rakyat Melayu di Perak. Tsunami politik mungkin melanda seluruh Malaysia, tetapi di Perak, bahnya tidak pernah surut. Bermula dengan rancangan pemulauan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar oleh YB Lim Kit Siang yang terang-terangan memperlihatkan ketidakpuasan hati beliau di atas perlantikan seorang Melayu sebagai Menteri Besar Perak. Dalam erti kata yang lain, mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Seterusnya adalah pengisytiharaan pemberian 60,000 geran tanah kepada rakyat Perak yang mana saya pasti 80% adalah untuk bangsa bukan Melayu. Kerajaan Pakatan Rakyat rakus memberikan hak milik tanah tanpa mengambilkira implikasi jangka masa panjangnya terhadap landskap bumi Perak dan budayanya.

Ditambah pula dengan perlantikan bukan Melayu sebagai speaker dan timbalan speaker di Dewan Undangan Negeri. Jatuhnya maruah Melayu Islam Perak apabila setiap Adun yang beragama Islam mengangkat sumpah sambil melafazkan ayat Al-Quran di depan seorang yang bukan beragama Islam! Namun Menteri Besarnya sedikit pun tidak merasa penghinaan ini, biarpun parti beliau parti PAS bermati-matian sebelum ini melaungkan slogan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Mempertahankan Islam dalam sebuah negeri pun PAS tidak mampu inikan pula sebuah negara.

Hakikatnya Datuk Seri Nizar tidak nampak langsung ke arah menjaga kebajikan Melayu di Perak, apalagi mempertahankan Islam. Buktinya adalah tindakan beliau selepas itu yang memecat Pengarah JAIP Perak Datuk Jamry Sury dalm tempoh 24 jam! Sebabnya kerana Jamry tidak memberi kerjasama yang diharapkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Datuk Seri Nizar bukan sahaja menindas bangsa seagamanya malahan membelakangkan Ketua Agama Islam negeri iaitu Sultan Perak.

Belum pun reda isu ini, YB Karpal Singh mangambil peranan sebagai hero kepada bukan Melayu dengan mempertikaikan keputusan Sultan Perak yang menitahkan Datuk Jamry kembali bertugas di JAIP. Nyata beliau lupa atau mungkin sengaja melupakan sejarah dan beliau PERLU DIINGATKAN iaitu sewaktu kemerdekaan hendak dicapai, satu persetujuan telah dicapai dikalangan bangsa Melayu, Cina dan India. Tuan Tanah Melayu bersetuju memberikan status kewarganegaraan kepada sahabat-sahabat Cina dan India.

DENGAN SYARAT-SYARAT BERIKUT:-

1) Agama Islam sebagai agama rasmi
2) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
3) Kuasa Raja-raja Melayu
4) Hak-hak istimewa Melayu

Hanya setelah mereka bersetujulah maka kewarganegaraan diberikan dan kemerdekaan dicapai. Tetapi hari ini sudah ada cakap cakap antara mereka terutamanya parti politik DAP yang nyata mahu memusnahkan perjanjian tersebut kerana amat jelas DAP melalui YB Karpal Singh memang biadap. Memang wajar laporan polis dibuat ke atas beliau di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan-kenyataan beliau yang cenderung ke arah permusuhan kaum dan sehingga hari ini tidak mahu melakukan permohonan maaf terhadap Sultan Perak dan kaum Melayu Perak.

Berikut adalah sebahagian daripada isi kandungan Akta Hasutan 1948: Kecenderungan menghasut

3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Nah, ternyata beliau memang sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang!!!

Namun apakah suara PAS mengenai hal ini? Datuk Seri Nizar mengunci mulut, tidak berani nak berkata apa-apa. Memang selama ini pun beliau tidak pernah berani berbuat apa-apa untuk kenyataan khususnya bangsa Melayu Perak! Melayu Parti Keadilan Rakyat juga menikus dan terbukti sama dayus. PKR Perak dan Penasihat mereka sedang dibuai mimpi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan mereka tak akan peduli hal-hal berkaitan agenda melayu khususnya di Perak.! Entah kenapa Melayu PAS dan PKR seperti telah dikenakan ubat guna-guna oleh DAP sehingga mengiakan sahaja segala tindakan mereka dan menurut sahaja apa kata mereka – tidak boleh berfikir sendiri, tidak berani membuat yang betul!
Inikah pemimpin yang kita mahukan di bumi Perak ini?

Pemimpin beginikah yang kita harapkan boleh membela Melayu Perak dan memartabatkan agama Islam? Sedangkan untuk mempertahankan kedaulatan Sultannya pun mereka tidak mampu!!! Satu demi satu martabat melayu ditelanjangkan oleh DAP. Adakah kita hendak membiarkan sahaja perkara ini? Inikah perubahan yang dijanjikan oleh Barisan Alternatif dalam kempen pilihanraya lalu? Inikah bentuk perubahan yang Melayu Perak impikan? Kalau dahulu mereka melaungkan JOM UBAH untuk memancing pengundi, hari ini penulis menyeru semua yang inginkan perubahan yang sebenar-benarnya, JOM UBAH BALIK!!! Masih belum terlambat untuk menyelamatkan Melayu Perak! Kepada penyokong PAS dan PKR, lakukan sesuatu untuk bangsamu. Tinggalkan sahaja pakatan yang tidak menguntungkan Melayu itu. Tinggalkan sahaja pakatan yang menindas Melayu itu.

Tunggu apa lagi? JOM UBAH BALIK!!!!

No comments: