Wednesday, May 7, 2008

Isu Karpal pertikai hak sultan - Boleh didakwa menghasut

PUTRAJAYA 6 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya yang mempertikaikan tindakan Sultan Perak boleh dianggap melaga-lagakan rakyat dan pihak istana.

Peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan di bawah akta itu boleh diambil sekiranya ramai orang Melayu dan pemimpinnya terluka dan marah dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu.

Tegas beliau, terdapat tiga perkara yang melibatkan Raja-Raja Melayu yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan. Antaranya individu terbabit tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sultan dan raja sekiranya ungkapan itu berbau hasutan.

Dua lagi perkara ialah hak istimewa orang Melayu dan agama Islam yang mana raja adalah penjaga mutlak kedua-duanya.

“Bagaimanapun perkara ini terserah kepada Peguam Negara (AG) dan jika beliau berpendapat, kenyataan Karpal itu mengandungi unsur hasutan, beliau boleh didakwa.

“Kalau hanya membuat teguran, ia tidak boleh dianggap satu kesalahan tetapi jika melampaui batas sehingga mengakibatkan ramai orang Melayu marah, maka ia boleh dianggap berbau hasutan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai implikasi kenyataan Karpal semalam yang mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar negeri itu menarik balik arahan pertukaran Jamry yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja- raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

Pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata:

“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini.”

Dalam hal ini, Karpal berpendapat, kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.

“Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.

“Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” kata Karpal.

PENGERUSI DAP, Karpal Singh boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya yang mempertikaikan tindakan Sultan Perak dalam isu arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) boleh dianggap melaga-lagakan rakyat dan istana.

Peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata semalam, tindakan boleh diambil sekiranya orang Melayu terluka dan marah dengan kenyataan Karpal.

Tegas beliau, terdapat tiga perkara yang melibatkan raja-raja Melayu yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan antaranya individu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sultan dan raja sekiranya ungkapan itu berbau hasutan.

Dua lagi perkara ialah hak istimewa orang Melayu dan agama Islam yang mana raja adalah penjaga mutlak kedua-duanya.

“Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.

“Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar).

No comments: