Oleh : Uzumaki Naruto
Sejarah telah membuktikan UMNO telah berjaya menyatukan bangsa Melayu yang dulu nya di pisahkan oleh semangat kenegerian dan semangat suku kaum masing- masing.
Sejarah juga telah membuktikan UMNO berjaya menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama dan akur kepada kepimpinan Melayu.
Namun demikian kesemua kejayaan itu pasti akan tinggal menjadi SEJARAH sekiranya keputusan Pilihanraya yang lepas dijadikan sandaran.
Rata- rata rakyat berbilang kaum seolah- olah memberi isyarat iaitu mereka menolak Barisan Nasional. Dan lebih malang lagi parti- parti komponen meletakkan kesalahan kepada UMNO apabila parti mereka kalah di dalam pilihanraya.
Dari segenap sudut UMNO di persalahkan dan terus di persalahkan. Pemimpin- pemimpin mereka semakin lantang mempertikaikan hak istimewa Melayu dan kaum bumiputra. Mereka sengaja membiarkan NGO-NGO menghentam dan menghina Pemimpin- pemimpin UMNO. Apabila pemimpin UMNO mempertahankan Bangsa Melayu mereka akan menuduh kita sengaja meniup api perkauman dan meminta pemimpin kita di tahan di bawah akta ISA. Dan mereka mengambil kesempatan untuk mengugut kita dengan meminta berbagai- bagai hak dan kuasa.
Contohnya apa yang telah berlaku semasa persidangan Pemuda MCA yang lalu dimana seorang perwakilan pemudanya yang berasal dari Perak yang mahukan kerajaan mengambil tindakan ISA keatas Naib Ketua Pemuda Malaysia dimana waktu itu Saudara Khairy Jamaludin dan Dato Hishamudin adalah tetamu jemputan. Ini telah melanggar adab kesopanan kerana tidak menghormati tetamu.
Dalam persidangan yang sama juga Ketua Pemuda MCA di waktu itu, meminta supaya Jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional perlu di kongsi bersama dengan MCA.
Satu pertubuhan haram yang bernama Hindraf yang di dokong oleh satu parti pembangkang telah berkali- kali mencabar kerajaan.
Mereka mengadakan beberapa siri demonstrasi yang menekan kerajaan supaya akur kepada kehendak mereka.
Tidak cukup dengan itu sahaja, mereka juga menggunakan anak- anak kecil dan wanita sebagai benteng menghalang daripada tindakan pihak berkuasa.
Pemimpin- pemimpin mereka memburukkan kerajaan kepada negara2 luar.
Dan yang lebih membakar hati kita ialah apabila mereka dengan sikap yang begitu biadab telah memalukan Perdana Menteri semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri baru- baru ini.
Hari ini pihak pembangkang seolah- olah cuba menjadikan kontrak sosial sebagai isu ketidak adilan kerajaan. Pemuda amat hairan, mungkin mereka ini lupa kerana pada kurun ke 15 sewaktu Kerajaan Melaka memerintah hak orang- orang Melayu adalah seratus peratus. Tidak timbul langsung kaum- kaum lain mahukan hak atau kuasa seperti hari ini.
Perkara ini mula berlaku semasa British terpaksa tunduk dengan desakan UMNO untuk mencapai kemerdekaan, dan orang- orang Melayu sedia memberi hak kewarganegaraan kepada kaum- kaum lain yang tinggal di Negara ini. Dan selepas kejadian 13 Mei kita telah memberi hak ekonomi sebanyak 70% kepada mereka dan kita cuma mengambil sebanyak 30%. Rupa- rupanya sifat pemurah kita tidak di hargai langsung.
Nampaknya kuota 70% yang kita persetujui didalam kontrak sosial yang lepas tidak mencukupi bagi mereka. Mereka mahukan 30% hak bumiputra yang terpaksa kita kongsi bersama dengan Iban, Kadazan, orang asli, melayu dan lain- lain kaum bumiputra.
Nampaknya hak kita semakin lama semakin mengecil dan akhirnya kita pula terpaksa meminta belas kasihan dari mereka untuk hidup di bumi bertuah ini.
Dengan ujian- ujian ini Pemuda amat merasa insaf dan teruji. Kita tidak mampu untuk menghalang kerana Pemuda terikat dengan budaya UMNO pada hari ini yang terlalu menjaga hati. Pemuda tidak menyalahkan sesiapa tetapi Pemuda sedar bahawa sesuatu perlu di lakukan. Pemuda berpendapat Parti UMNO ini akan hanya di hormati sekiranya kita benar- benar kuat. Didalam keadaan lemah apa sahaja boleh berlaku.
Dan hari ini Pemuda terpaksa memikul satu beban yang amat berat dimana beban ini hanya akan menjadi ringan sekiranya mendapat kerjasama dari ketua- ketua2 cawangan dan ketua2 bahagian dan Pemimpin atasan. Pemuda amat mengharapkan supaya setiap cawangan menambah sebanyak mungkin ahli- ahli di peringkat remaja untuk persediaan PRU 13. Kita perlu membuat penambahan ahli- ahli kerana pihak pembangkang masih berterusan memujuk anak- anak muda melayu untuk menyertai parti mereka.
Pemuda juga merayu supaya ahli- ahli menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas. Ahli- ahli perlu meluahkan pendapat dan ketidak puasan hati mereka melalui mesyuarat cawangan masing- masing agar pucuk pimpinan tahu masalah mereka. Jangan di biarkan ketidak puasan hati ini mereka simpan sehingga menyepikan diri dari parti. Ahli- ahli juga perlu berkempen supaya dapat meraih sokongan kembali kepada UMNO.
Janganlah kita di dalam parti ini saling salah menyalahkan. Yang silap di perbetulkan dan yang salah di maafkan. Dalam buku sejarah juga banyak persoalan yang tidak terjawab sehingga hari ini.
Persoalan nya ialah SIAPAKAH YANG BERSALAH.
Salah kah Tuah membunuh sahabatnya Jebat kerana taat kepada raja?
Salahkah Jebat menderhaka kepada Raja kerana mempertahan kan Tuah?
Salahkah Raja yang menghukum Tuah kerana terpedaya dengan fitnah pembesar- pembesarnya?
Salahkah pembesar- pembesar cemburu kepada Tuah apabila Raja terlalu melebih- lebihkan Tuah?
Dan kenapa Bendahara Tun Perak tidak pernah dipersalahkan kerana menyembunyikan Tuah walaupun arahan Raja ialah Tuah di hukum bunuh.
Dan jawapannya bergantung kepada ideologi dan perjuangan kita sendiri.
Percayalah, hanya dengan pengorbanan kita sahaja Agama, Bangsa dan Negara kita berada didalam keadaan bermaruah.
No comments:
Post a Comment