Thursday, November 13, 2008

Pembentukan sesebuah negara

Pembentukan sesebuah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.

Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara.

Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Tetapi para pemerintah Timur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu.

City-state di Greece kuno merupakan yang pertama menubuhkan negara dimana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. Lihat demokrasi Athens.

Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para Greek dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rom pula.

Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karekter politik Eropah. Para "barbarian", iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniture ia menjadi tiga kerajaan kecil dengan Triti Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul.

Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung.

Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden.

Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun 1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan "mengikut kehendak paderi". Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus.

Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Barat di abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden.

Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasi kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformation memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusi-institusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, di kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestant.

Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tigapuluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Triti Wesphalia yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip "cuius regio, eius religio" yang dimeterai di Westphelia dan sebelumnya di Triti Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan.

Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil burukrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.

Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. "Tuntutan rakyat" menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. Lihat sistem politik dan sistem ekonomi.

No comments: