Wednesday, February 25, 2009

Karpal tarik balik perkataan "celaka" terhadap Pemuda Umno

Hmm. Singh is king.. No wonder dia mau saman Sultan..


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan
kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong hari ini,
wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang
dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan
Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.


"Barang kali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.


Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru
ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.


"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang
memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di
mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad
Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun
meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh
menyatakan sedemikian tanpa bukti.


"Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum
keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan
perkataan itu lagi. "Bukit Gelugor boleh terus ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini
sepatutnya tidak dipakai Yb," kata Wan Junaidi.


Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama
terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh
Wan Junaidi.


"Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya
beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal
mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.


Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar
sebagai ketua pakatan pembangkang.


Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh
(Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak
ada taring. BERNAMA

Monday, February 23, 2009

SIAPAKAH CALON YANG LAYAK UNTUK PARLIMEN BUKIT GANTANG

Bila kita bercakap tentang Pilihan Raya dan kita telah menyaksikan 2 pilihan raya kecil yang tidak memihak kepada kita. Kita kenalah mengambil iktibar daripadanya. Mengapadi diatas 2 pilihan raya kecil kemenangan tidak memihak kepada kita? Apakah faktor-faktornya? Terbaru in pilihan raya di Kuala Terangganu kita tewas tipis.

Jelas di Kuala Terangganu jentera kita tidak berkerja bersunguh-sunguh, ramai yang datang ke Kuala Terangganu untuk melobi Jawatan UMNO dan mereka ini menyaqlahkan orang lain(Calon). Jika di fikirkan dengan logik calon BN hanya kalah lebih kurang 2000 undi sahaja. Jikalau faktor calon majoriti unti tentu dapat melihatkan perbezaan yang ketara. Ini calon BN hanya kalah lebih kurang 2000 undi sahaja. Jadi mengapa kita salahkan calon?

Adalah lebih baik kita membuat bancian kepada penduduk tempatan Calon manakah yang layak? Khabarnya kita ada 3 calon Kamarulail antara tiga nama yang disebut-sebut telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantangd manakala dua orang lagi ialah naib ketua bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar dan bekas ketua penerangan bahagian, Ismail Saffian.

Mengapa kita per tetapkan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, ketua penerangan bahagian? Jika Ketua cawangan sekalipun jika ini di kenhedaki oleh penduduk tempatan kita berikan, ini lebih baik kerana pengundi di kawasan tersebut yang akan keluar mengundi. Bukan PM, TPM, dan sebagainya.

Sekarang ini pemimpin perlu mendengar kata-kata atau apa yang di kehendaki oleh mereka. Ini perlu diubah, jangan lagi pemimpin mendengar kata-kata orang disekeliling mereka, dengar kata grass root. Kuasa rakyat telah di buktikan dengan Pilihan Raya yang ke 12 tempoh hari. Ini juga amaran rakyat kepada BN, jika kita terus endah tak endah pada PRU yang ke 13, akan terkubur UMNO dan Barisan National.

Pilihan Raya kecil di bukut Gantang ini amatlah penting kerana, kita telah meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Ini juga akan menjadi sebagai medan pertempuran Politik (kayu rol) yang mana adakah UMNO itu relevan atau sebaliknya.

Jadi di peringatkan lagi kita beri ruang kepada rakyat untuk bersuara pula dengan calon BN biar mereka yang tentukan bukan lagi PM, TPM dan MT. Kita berharap ada perubahan dan BN menang di Pilihan Raya kecil di Bukit Gantang. Jika menang terbukti BN masih relevan di Perak lagi.

Thursday, February 19, 2009

Hang Tuah buat laporan SPRM terhadap Sivakumar

Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memintanya menyiasat tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan itu berkuatkuasa serta merta.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Perak Hang Tuah Din, yang membuat laporan itu, berkata tindakan Sivakumar itu berniat jahat, bermotif politik dan menyalahguna kuasa yang diamanahkan kepadanya selain menghina dan mencabar Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menurut Bernama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pula membuat laporan polis di Balai Polis Slim River berhubung tindakan Sivakumar itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa NGO di Perak akan membuat laporan kepada polis dan SPRM terhadap Sivakumar.

Katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Sivakumar mengikut Akta Hasutan.

Manakala laporan kepada SPRM dibuat atas dakwaan Sivakumar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker DUN Perak.

"Kita telah minta peguam Umno dan peguam kerajaan negeri untuk mengkajinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis dan SPRM," katanya dihubungi hari ini.

Beliau (foto) adalah salah seorang daripada enam exco yang digantung dan dilarang oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN.

Dr Zambry dan enam exconya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Ini ekoran aduan oleh Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Zainol, lima lagi anggota exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

'Keputusan tidak wajar'

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

"Kita juga akan mencabar keputusan speaker itu kerana tindakan itu adalah tidak wajar. Dia bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu," katanya.

Zainol berkata, keputusan melantik menteri besar dan anggota exco adalah keputusan Sultan Perak.

"Ini bermakna Sivakumar telah menderhaka kepada Sultan Perak dan beliau tidak memperakui titah Sultan," katanya.

Zainol berkata, Sivakumar telah memanggil menteri besar dan enam exco kerajaan negeri semalam.

"Menteri besar dan exco membuat bantahan kepada Speakaer terhadap tuduhan tersebut kerana sepatutnya beliau baca (tuduhan itu) dalam sidang dewan, tetapi mengapa beliau membuat keputusan sendiri.

"Selepas Dr Zambry dan anggota exco membantah tuduhan tersebut kepada Speaker, kami semua keluar dari bilik Sivakumar," katanya.

daripetikan MalaysiaKini......

Wednesday, February 18, 2009

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

daripetikan MalaysiaKini

Tuesday, February 17, 2009

KARPAL SINGH & NIZAR

17 FEB 2009

Kenayataan Karpal Singh pada baru-baru ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang menentang Kedaulatan Institusi Raja-Raja Berpelembangaan. Beliau denagan Kurang Ajar telah begitu barani mencabar Raja-Raja dan mencabar orang-orang melayu. Terang-terang belau menentang Islam sebagai agama rasmi.

Kita sebagai orang-orang melayu perlu bersatu walau pun berlainan idealogi Politik dan pastikan akan terus mentang PENDATANG YANG TAK DI UNDANG(Karpal Singh) ini. Janganlah kita berpecah belah lagi, kedudukan kita sekarang ini amat genting sehinggakan Raja-Raja kita sudah berani di Pertikaikan. Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu amat taat kepada Sultannya, perkara ini pernah berlaku yang mana Hang Jebat begitu setia kepda Hang Tuah, yang sanggup Derhaka kepada Sultan kerana Hang Tuah, Hang Tuah pula begitu setia kepada Sultan sehingga Hang Jebat mati di bunuh di tangan Hang Tuah. Apabila Derhaka kepada Sultan ianya tidak mengenal siapa. Sedangkan mereka ini membesar bersama, tiada terkata mereka ini lebih daripada sahabat.

Pada zaman morden kita tidak memerlukan JEBAT MORDEN, mantan MB Nizar ini pula begitu berani memohon derhaka. Adakah dia tahu apa yang dia telah lakukan. Selepas itnlah si Pendatang (Karpal Singh) pun begitu berani sehingga ingin menyaman Sultan. Mengapa si Pendatang ini berani? Sebab ada seorang Melayu kacukan yang BODOH berani menentang.

Kerana berlainan idealogi politik, kemarukan Kuasa dan berbagai-bagai lagi Nizar seperti sanggup mengadai hak-hak orang-orang Melayu dan Derhaka kepada Baginda Sultan. Sedarlah kita semua di Palestine mereka bermati-matian mempertahankan Tanah Air Mereka, sebaliknya Nizar pula menggadaikan pula atau dengan lebih tepat lagi memberi pula tanah-tanah pada pendatang-pendatang ini.

Cuba fikirkan apabila hak-hak orang-orang Melayu di berikan kepada pendatang-pendatang ini, apa lagi orang-orang Melayu nak pertahankan?

Kita sebagai orang-orang Melayu perlu mempertahankan Ketuanan Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.......

Saturday, February 7, 2009

NIZAR DERHAKA

7 Feb 2009, Ipoh,
Pada masa ini keadaan di Perak agak tenang,dalam dalam masa yang sama dimana Nizar (Mantan MB Perak) masih enggan melepaskan jawatan yang seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Pemimpim-pemimpim Pakatan Rakyat yang begitu angkuh sehingga sangup menhina dan mebelakangkan titah Tuanku. Sebelum ini orang-orang Melayu yang begitu taat denagan Titah Perintah Tuanku malagnya sekarang ini sedah berani DERHAKA, malah begitu biadap dengan memohon Derhaka.

Kita semua tahu bahawa Nizar adalah boneka kepada DAP, contoh apabila sesuatu berlaku Ngeh Koo Ham yang memberi keputusan dan pihak media pun tahu infomasi boleh terus pada Exco kanan itu dan dia yang buat keputusan.

Pihak DAP ini bijak dengan menggunakan orang-orang Melayu untuk bergaduh sesama Melayu. Di Kuala Kangsar yang kita lihat hanya Melayu melayu yang menyokong PAS. Hingga sanggup Derhaka Titiah Baginda Sultan.

Mereka harus ingat bahawa Kuasa Raja adalah melantik Menteri Besar, dan Nizar dahulu juga di perkenan oleh Baginda Sultan. Pihak DAP menggunakan Melayu yang BODOH menentang Baginda Sultan. DAP ini ingat sejarah pada 13 Mei 1969 dan tahu bahananya.

Sekarang ini mereka menggunakan Orang-orang melayu yang kurang Cerdik untuk menentang orang-orang melayu yang mempertahankan kedaulatan Raja-Raja. Ini juga boleh mencetus ketegangan dan membolehkan Rusuhan sesama Melayu, yang cerdik adalah DAP.

Jadi sedadrlah wahai bangsa ku jangan di peralatkan oleh DAP yang akan menggunakan bangsa ku......