Wednesday, February 25, 2009

Karpal tarik balik perkataan "celaka" terhadap Pemuda Umno

Hmm. Singh is king.. No wonder dia mau saman Sultan..


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan
kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong hari ini,
wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang
dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan
Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.


"Barang kali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.


Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru
ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.


"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang
memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di
mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad
Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun
meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh
menyatakan sedemikian tanpa bukti.


"Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum
keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan
perkataan itu lagi. "Bukit Gelugor boleh terus ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini
sepatutnya tidak dipakai Yb," kata Wan Junaidi.


Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama
terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh
Wan Junaidi.


"Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya
beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal
mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.


Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar
sebagai ketua pakatan pembangkang.


Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh
(Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak
ada taring. BERNAMA

No comments: