Bila kita bercakap tentang Pilihan Raya dan kita telah menyaksikan 2 pilihan raya kecil yang tidak memihak kepada kita. Kita kenalah mengambil iktibar daripadanya. Mengapadi diatas 2 pilihan raya kecil kemenangan tidak memihak kepada kita? Apakah faktor-faktornya? Terbaru in pilihan raya di Kuala Terangganu kita tewas tipis.
Jelas di Kuala Terangganu jentera kita tidak berkerja bersunguh-sunguh, ramai yang datang ke Kuala Terangganu untuk melobi Jawatan UMNO dan mereka ini menyaqlahkan orang lain(Calon). Jika di fikirkan dengan logik calon BN hanya kalah lebih kurang 2000 undi sahaja. Jikalau faktor calon majoriti unti tentu dapat melihatkan perbezaan yang ketara. Ini calon BN hanya kalah lebih kurang 2000 undi sahaja. Jadi mengapa kita salahkan calon?
Adalah lebih baik kita membuat bancian kepada penduduk tempatan Calon manakah yang layak? Khabarnya kita ada 3 calon Kamarulail antara tiga nama yang disebut-sebut telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantangd manakala dua orang lagi ialah naib ketua bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar dan bekas ketua penerangan bahagian, Ismail Saffian.
Mengapa kita per tetapkan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, ketua penerangan bahagian? Jika Ketua cawangan sekalipun jika ini di kenhedaki oleh penduduk tempatan kita berikan, ini lebih baik kerana pengundi di kawasan tersebut yang akan keluar mengundi. Bukan PM, TPM, dan sebagainya.
Sekarang ini pemimpin perlu mendengar kata-kata atau apa yang di kehendaki oleh mereka. Ini perlu diubah, jangan lagi pemimpin mendengar kata-kata orang disekeliling mereka, dengar kata grass root. Kuasa rakyat telah di buktikan dengan Pilihan Raya yang ke 12 tempoh hari. Ini juga amaran rakyat kepada BN, jika kita terus endah tak endah pada PRU yang ke 13, akan terkubur UMNO dan Barisan National.
Pilihan Raya kecil di bukut Gantang ini amatlah penting kerana, kita telah meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Ini juga akan menjadi sebagai medan pertempuran Politik (kayu rol) yang mana adakah UMNO itu relevan atau sebaliknya.
Jadi di peringatkan lagi kita beri ruang kepada rakyat untuk bersuara pula dengan calon BN biar mereka yang tentukan bukan lagi PM, TPM dan MT. Kita berharap ada perubahan dan BN menang di Pilihan Raya kecil di Bukit Gantang. Jika menang terbukti BN masih relevan di Perak lagi.
No comments:
Post a Comment