Pakatan pembangkang telah menyeru pengikut-pengikutnya memakai pakayan serba Hitam untuk memprotes atau tidak membenarkan sidang Dun Perak berlangsung. Dalam masa yang sama pihak berkuasa telah menahan Mat Sabu di Kuala Lumpur supaya mengelak perhimpunan haram untuk membatalkan Sidang DUN di Perak.
Kita perlu taat kepada pemerintah kerana semasa Pakatan Pembangkang memerintah BN akur dengan titah DYMM Sultan. Saya mengajak umat Islam seluruh Perak serta seluruh Malaysia mendoakan Kejayaan sidang DUN Perak berjalan dengan tenang, kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT, kejayaan yang di pimpin oleh Dato Seri Dr Zamry Abdul Khadir, bukan kerana Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir mewakili BN, tetapi kerna ini lah Kerajaan Umat Islam, Dato Seri Zamry Abdul Khadir mewakili 29 Ahli Dewan yang mewakili suara umat Islam, dua bukan Islam, berbanding Dato Seri Nizar yang mewakili 7 Ahli Dewan umat Islam, 21 bukan Islam, Jika kita mengaku Umat Islam adalah Wajib dan tangungjawab kita menyokong dan mendoakan Kerajaan pimpinan Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir terus menerajui Kerajaan Negeri Perak, marilah kita melakukan solat Hajat dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT , kerana ini tugas kita bersama, Jika runtuh kerajaan ini, maknanya runtuhlah Kerajaan Islam Perak. Ini adalah ujian bukan kepada Dato Seri Dr Zamry sahaja tetapi ujian kepada kita juga. Semoga ALLAH SWT bersama kita , bersama kerajaan Islam ini. Marilah bersatu kuatkan tekat, untuk keamanan umat Islam Perak.
Kita perlu bangkit daripada pengacau Parti-parti pembangkang ini, jangan sampai orang-orang luar datang ke Perak ini untuk derhaka dengan Sultan kita, kita tidak pernah mengganggu Sultan mereka, Halau mereka- mereka ini jika mahu huru harakan bumi bertuah ini.
No comments:
Post a Comment