Thursday, November 13, 2008

Pembentukan sesebuah negara

Pembentukan sesebuah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.

Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara.

Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Tetapi para pemerintah Timur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu.

City-state di Greece kuno merupakan yang pertama menubuhkan negara dimana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. Lihat demokrasi Athens.

Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para Greek dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rom pula.

Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karekter politik Eropah. Para "barbarian", iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniture ia menjadi tiga kerajaan kecil dengan Triti Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul.

Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung.

Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden.

Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun 1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan "mengikut kehendak paderi". Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus.

Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Barat di abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden.

Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasi kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformation memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusi-institusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, di kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestant.

Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tigapuluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Triti Wesphalia yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip "cuius regio, eius religio" yang dimeterai di Westphelia dan sebelumnya di Triti Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan.

Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil burukrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.

Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. "Tuntutan rakyat" menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. Lihat sistem politik dan sistem ekonomi.

Tuesday, November 11, 2008

Permohonan M.Kula untuk tukar nama Jalan Silibin di Luluskan

M.Kula, permohonan pertukaran Jalan Silibin kepada nama lain telah di Luluskan. Ini menurut sumber-sumber yang di percayai. UMNO Bahagian Ipoh barat akan bermesyuarat AJK & ketua-ketua Cawangan yang kali pertama akan di adakan pada Hari Selasa bersamaan dengan 12hb November 2008 ini akan bermesyuarat tentang perkara ini. Sehubungan itu Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat telah bermesyuarat pada Ahad lepas bersamaan dengan 10hb November 2008 memutuskan akan menunggu keputusan daripada Bahagian.

Pemuda juga akan menentang habis-habisan dan cuba mengekalkan kepada nama Jalan Silibin. Perkara ini akan di putuskan dan menunggu keputusan daripada Bahagian yang akan bermesyuarat esok.

Thursday, November 6, 2008

Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula mahu tukar nama Jalan Silibin?

Baru-baru orang-orang DAP telah turun ke di jalan Silibin, yang di hadiri oleh AHLI PARLIMEN Ipoh Barat M. Kula, yang mana mahukan Jalan Silibin namanya ditukar kepada alan P.Pato. Mendiang P.Pato ini pernah menentang Dato Samy Vellu di Sg.Siput dan P.Pato ini kalah di Sg.Siput.Kita semua sedia maklum nama Jalan Silibin ini menggunakan nama Jalan Tempatan bukan menggunakan nama colonial atau nama-nama Jalan Inggeris. Apabila soalan ini di tanyakan kepadanya beliau tidak dapatmenjawab persoalan saya.

Lalu mereka terus beredar daripada situ.Mereka ini melawat kedai-kedai yang berada di Jalan Silibin dan mahu mendapatkan persetujuan mereka yang mahukan pertukaran nama Jalan.

Apakah perlunya nama Jalan ini ditukar? Siapakah P.Pato ini? Apakah jasa-jasa beliau sehingga Ahli Parlimen M.Kula sanggup turun padang untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk sepanjang Jalan Silibin. Ini juga berlaku di kawasan lain yang tidak pasti, tetapi yang pasti mereka ini bukan sekadar mencuba di Jalan Silibin sahaja maha berlaku di kawasan yang lain, berdasarkan daripada laporan orang-orang DAP yang bersama Ahli Parlimen M.Kula pada ketika itu. Mereka ini ada terlepas cakap bahawasanya mereka ini ada membuat percobaan di kawasan lain yang mana Lokasinya tidak di ketahwi.

Inilah akibat apabila kita cuai,bangsa lain memerintah negeri yang kita cintai ini, sehingga DAP begitu berani datang dan ingin menukar nama Jalan dan sebagainya. Mereka ini sekarang masih menguji tahap kesabaran orang-orang Melayu. Ini pada pandangan saya keadaan ini adalah kritikal apabila hak kita dicabul dan di rogol. Apabila kita mempertahankan hak-hak kita mereka kata kita memainkan isu-isu sensitif. SIAPA YANG BERMAIN DENGAN API? INGAT API BILA KECIL IANYA MENJADI KAWAN, TETAPI BILA BESAR IANYA MENJADI LAWAN. Contoh Dato Ahmad Ismail, dia menceritakan sejarah yang lampau,ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan perkara ini benar-benar berlaku. Beliau hanya mempertahankan SEJARAH....Akan tetapi kita korban seorang pejuang yang kononnya mempermainkan isu-isu sensitif. Siapa yang mulakan? Mereka ini tidak sedarkan diri hanya menumpang di Negara Orang. Mereka Ini sebenarnya bukan rakyat Malaya pada satu ketika dahulu, mereka ini rakyat British. Kerana kerajaan sebelum Merdeka yang membawa mereka ini.

Isu-Isu nama-nama jalan ini di mulakan di Pulau Pinang. DAP sewenang-wenangnya meukar papan tanda tulisan Jawi ke tulisan Bahasa Cina. Kemudian di ikuti dengan Selangor Teresa Kok begitu berani menukar tulisan Jawi ke Tulisan Cina. Sekarang ini Perak pula malahan lagi teruk dengan ingin menukar Nama Jalan pula.

Ini amat menyedihkan apabila MB daripada kalangan Parti PAS yang hanya boneka kepada DAP.(AL-Maklum yang sebenarnya memerintah Perak ini adalah Anak Cina, Ibunda MB Ir Nizar adalah daripada keturunan Cina.)

Kita semua tahu calon-calon daripada kalangan UMNO di Perak ini,tidak kalah, UMNO hanya kalah 7 kerusi DUN dan MENANG 28 Kerusi DUN, manakala MCA hanya dapat 1 SAHAJA kerusi DUN, MIC kalah, Gerakan pun Kalah. Sebenarnya MEREKA INI YANG KALAH......Mereka ini gagal menawan hati bangsa mereka. Akan tetapi apabila kita berada di satu bendera (BN) kita bersama bertanggungjawab di atas kekalah BN Perak dan tidak menunding jari kepada sesiapa. Tetapi sekarang ini mereka menunding jari kepada kita pulak walhal kita menang.

Jadi bersatulah BANGSA KU.....Insyallah kita akan cermerlang jika kita bersatu Hati...

DARAH DAN MARUAH........DARAH PEMUDA, MARUAH BANGSA..........

Hidup MELAYU
Hidup MALAYA...

Wednesday, November 5, 2008

Pindaan bahasa perlu perkenan Raja




Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah, sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah - merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak - perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.

sultan azlan shah 02Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

"Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan," titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.

Menurut laporan Bernama, turut berangkat ialah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.

Dalam titah tersebut, baginda mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

"Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

"Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu," titah baginda.


dari petikan MalaysiaKini Nov 5, 08 3:31pm

UMNO Larut tetap tolak Hamzah

Daripada UTUSAN MALAYSIA

IPOH 4 Nov. - UMNO Bahagian Larut tetap dengan keputusan menolak pencalonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin untuk bertanding Ketua UMNO bahagian berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar berkata, ia bagi mematuhi pekeliling yang dikeluarkan Ibu Pejabat UMNO yang mensyaratkan sebarang pertukaran keahlian perlu dibuat sebelum akhir 2007.

Beliau berkata, keputusan tersebut akan dipertahankan sebelum satu kata putus diberikan tentang kedudukan pencalonan Hamzah oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

''Apa yang kita tahu, pertukaran keahlian Hamzah berlaku pada April lalu yang dikatakan didaftar melalui cawangan Sungai Bayur dan ia di luar pengetahuan bahagian.

"Macam mana masuk kejap dalam bahagian ini boleh bertanding?

''Bantahan kita ini bukan dibuat baru-baru ini malah ia dibuat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi datang ke Ipoh dan Hamzah sendiri ada menyatakan bahawa dia tidak bertanding dalam pemilihan parti kali ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

UMNO Bahagian Larut sebelum ini sebulat suara menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian itu setelah mendapati Hamzah tidak layak bertanding kerana menjadi ahli UMNO bahagian selepas 31 Disember 2007, sekali gus melanggar pekeliling yang dikeluarkan oleh UMNO Pusat.

Raja Ahmad berkata, untuk menyelesaikan kemelut ini, beliau memohon penangguhan persidangan perwakilan UMNO bahagian ke tarikh baru yang akan ditetapkan kemudian.

Bagaimanapun katanya, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Larut tetap mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing Sabtu ini.

Tuesday, November 4, 2008

Darah pemuda, maruah bangsa

Oleh : Uzumaki Naruto

Sejarah telah membuktikan UMNO telah berjaya menyatukan bangsa Melayu yang dulu nya di pisahkan oleh semangat kenegerian dan semangat suku kaum masing- masing.

Sejarah juga telah membuktikan UMNO berjaya menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama dan akur kepada kepimpinan Melayu.

Namun demikian kesemua kejayaan itu pasti akan tinggal menjadi SEJARAH sekiranya keputusan Pilihanraya yang lepas dijadikan sandaran.

Rata- rata rakyat berbilang kaum seolah- olah memberi isyarat iaitu mereka menolak Barisan Nasional. Dan lebih malang lagi parti- parti komponen meletakkan kesalahan kepada UMNO apabila parti mereka kalah di dalam pilihanraya.

Dari segenap sudut UMNO di persalahkan dan terus di persalahkan. Pemimpin- pemimpin mereka semakin lantang mempertikaikan hak istimewa Melayu dan kaum bumiputra. Mereka sengaja membiarkan NGO-NGO menghentam dan menghina Pemimpin- pemimpin UMNO. Apabila pemimpin UMNO mempertahankan Bangsa Melayu mereka akan menuduh kita sengaja meniup api perkauman dan meminta pemimpin kita di tahan di bawah akta ISA. Dan mereka mengambil kesempatan untuk mengugut kita dengan meminta berbagai- bagai hak dan kuasa.

Contohnya apa yang telah berlaku semasa persidangan Pemuda MCA yang lalu dimana seorang perwakilan pemudanya yang berasal dari Perak yang mahukan kerajaan mengambil tindakan ISA keatas Naib Ketua Pemuda Malaysia dimana waktu itu Saudara Khairy Jamaludin dan Dato Hishamudin adalah tetamu jemputan. Ini telah melanggar adab kesopanan kerana tidak menghormati tetamu.

Dalam persidangan yang sama juga Ketua Pemuda MCA di waktu itu, meminta supaya Jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional perlu di kongsi bersama dengan MCA.

Satu pertubuhan haram yang bernama Hindraf yang di dokong oleh satu parti pembangkang telah berkali- kali mencabar kerajaan.

Mereka mengadakan beberapa siri demonstrasi yang menekan kerajaan supaya akur kepada kehendak mereka.

Tidak cukup dengan itu sahaja, mereka juga menggunakan anak- anak kecil dan wanita sebagai benteng menghalang daripada tindakan pihak berkuasa.

Pemimpin- pemimpin mereka memburukkan kerajaan kepada negara2 luar.

Dan yang lebih membakar hati kita ialah apabila mereka dengan sikap yang begitu biadab telah memalukan Perdana Menteri semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri baru- baru ini.

Hari ini pihak pembangkang seolah- olah cuba menjadikan kontrak sosial sebagai isu ketidak adilan kerajaan. Pemuda amat hairan, mungkin mereka ini lupa kerana pada kurun ke 15 sewaktu Kerajaan Melaka memerintah hak orang- orang Melayu adalah seratus peratus. Tidak timbul langsung kaum- kaum lain mahukan hak atau kuasa seperti hari ini.

Perkara ini mula berlaku semasa British terpaksa tunduk dengan desakan UMNO untuk mencapai kemerdekaan, dan orang- orang Melayu sedia memberi hak kewarganegaraan kepada kaum- kaum lain yang tinggal di Negara ini. Dan selepas kejadian 13 Mei kita telah memberi hak ekonomi sebanyak 70% kepada mereka dan kita cuma mengambil sebanyak 30%. Rupa- rupanya sifat pemurah kita tidak di hargai langsung.

Nampaknya kuota 70% yang kita persetujui didalam kontrak sosial yang lepas tidak mencukupi bagi mereka. Mereka mahukan 30% hak bumiputra yang terpaksa kita kongsi bersama dengan Iban, Kadazan, orang asli, melayu dan lain- lain kaum bumiputra.

Nampaknya hak kita semakin lama semakin mengecil dan akhirnya kita pula terpaksa meminta belas kasihan dari mereka untuk hidup di bumi bertuah ini.

Dengan ujian- ujian ini Pemuda amat merasa insaf dan teruji. Kita tidak mampu untuk menghalang kerana Pemuda terikat dengan budaya UMNO pada hari ini yang terlalu menjaga hati. Pemuda tidak menyalahkan sesiapa tetapi Pemuda sedar bahawa sesuatu perlu di lakukan. Pemuda berpendapat Parti UMNO ini akan hanya di hormati sekiranya kita benar- benar kuat. Didalam keadaan lemah apa sahaja boleh berlaku.

Dan hari ini Pemuda terpaksa memikul satu beban yang amat berat dimana beban ini hanya akan menjadi ringan sekiranya mendapat kerjasama dari ketua- ketua2 cawangan dan ketua2 bahagian dan Pemimpin atasan. Pemuda amat mengharapkan supaya setiap cawangan menambah sebanyak mungkin ahli- ahli di peringkat remaja untuk persediaan PRU 13. Kita perlu membuat penambahan ahli- ahli kerana pihak pembangkang masih berterusan memujuk anak- anak muda melayu untuk menyertai parti mereka.

Pemuda juga merayu supaya ahli- ahli menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas. Ahli- ahli perlu meluahkan pendapat dan ketidak puasan hati mereka melalui mesyuarat cawangan masing- masing agar pucuk pimpinan tahu masalah mereka. Jangan di biarkan ketidak puasan hati ini mereka simpan sehingga menyepikan diri dari parti. Ahli- ahli juga perlu berkempen supaya dapat meraih sokongan kembali kepada UMNO.

Janganlah kita di dalam parti ini saling salah menyalahkan. Yang silap di perbetulkan dan yang salah di maafkan. Dalam buku sejarah juga banyak persoalan yang tidak terjawab sehingga hari ini.

Persoalan nya ialah SIAPAKAH YANG BERSALAH.

Salah kah Tuah membunuh sahabatnya Jebat kerana taat kepada raja?

Salahkah Jebat menderhaka kepada Raja kerana mempertahan kan Tuah?

Salahkah Raja yang menghukum Tuah kerana terpedaya dengan fitnah pembesar- pembesarnya?

Salahkah pembesar- pembesar cemburu kepada Tuah apabila Raja terlalu melebih- lebihkan Tuah?

Dan kenapa Bendahara Tun Perak tidak pernah dipersalahkan kerana menyembunyikan Tuah walaupun arahan Raja ialah Tuah di hukum bunuh.

Dan jawapannya bergantung kepada ideologi dan perjuangan kita sendiri.

Percayalah, hanya dengan pengorbanan kita sahaja Agama, Bangsa dan Negara kita berada didalam keadaan bermaruah.

Menurut HARAKAT.'Orang PM' turut disisihkan Umno Perak


Jika mereka masih berkuasa, menang dalam pilihan raya lalu, mustahil perkara seperti ini berlaku. Lebih menarik, beberapa ketua bahagian, tewas di bahagian masing-masing.

Terbaru, hasrat bekas Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat, Dato' Hamzah Zainuddin mahu bertanding di Larut, kempunan.

Setakat ini, bahagian Beruas, Gopeng, Bagan Serai, Bukit Gantang, Ipoh Barat dan Taiping sudah bertukar ketua bahagian.

Dalam kes Hamzah dengan Umno Bahagian Larut, jika Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali 'memainkan' peranan, ia tidak menjadi buntu begini. Bukan sekali, ketua bahagian berpindah bahagian dan banyak kes boleh dirujuk, jika ada inisiatif.

Soalnya, hubungan Hamzah dengan Tajol Rosli dikatakan tidak 'mesra' menyebabkan urusan ini menjadi isu besar.

Hamzah juga sepatutnya sedar, ketika dia diberi peluang bertanding di Larut, sepatutnya dia tidak jadikan 'peluang' itu sebagai langkah hendak 'menghambat keluar' pemimpin-pemimpin Umno Larut dari menerajui Umno bahagian itu.

Penyandang jawatan ketua bahagian sekarang, Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mungkin terkenang peristiwa bagaimana dia mengambil alih kepimpinan bahagian itu dari bekas ketua bahagian dahulu, Dato' Ali Md Isa.

Satu contoh yang perlu juga Hamzah fikirkan ialah, tidak perlu berpindah dari Ipoh Barat ke Larut. Bukannya jauh mana dari kawasan lamanya ke tempat dia menjadi Ahli Parlimen. Untuk apa dia berpindah?

Tajol Rosli mungkin 'tidak berminat' untuk membantu Hamzah. Peristiwa Hamzah tidak dapat bertanding dalam pilihan raya umum 2004, mungkin menyebabkan Tajol Rosli-Hamzah masih 'terluka'.

Hamzah mungkin 'syak' Tajol Rosli yang menjadi penghalang kepadanya untuk bertanding, manakala Tajol Rosli mempunyai cerita sendiri mengapa Hamzah tidak boleh diletakkan bertanding kerana karenah Hamzah sendiri.

Jika Raja Ahmad meletakkan kepentingan parti yang memberinya banyak peluang menjadi Adun-MP-Adun semula, kedatangan Hamzah ke Larut sepatutnya disambut dengan 'karpet merah'.

Barangkali Raja Ahmad nampak, Hamzah tidak panjang hayat politiknya, memandangkan mentor Hamzah, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah nampak pintu keluar yang boleh membawa Hamzah 'terkeluar' sama.

Inilah Umno sebenarnya. Ketika pemimpin-pemimpin mereka bercakap soal perpaduan, tolak ansur dan membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin baru, sekat-menyekat dan haling-menghalang tetap berlaku.

Raja Ahmad mungkin tidak mampu untuk turun menjadi timbalan, jika Hamzah diterima memimpin bahagian kerana kekuatan kepada penyandang timbalan sekarang, Dato' Mohd Daud Mohd Yusoff juga perlu diambil kira.

Dalam persaingan mendapatkan pencalonan, Mohd Daud mendapat lebih pencalonan dari Hamzah dan Raja Ahmad.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara Mohd Daud-Raja Ahmad-Hamzah Zainuddin, belum tentu Mohd Daud tewas, walaupun Hamzah adalah Timbalan Menteri Persekutuan sekarang dan Ahli Majlis Tertinggi (yang dilantik).

Menurut laporan media, Raja Ahmad sudah menyampaikan aduannya menolak Hamzah dari menyertai pertandingan ketua bahagian kepada Badan Perhubungan Umno Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Umno di Ibu Pejabat, tetapi kes seperti ini sebenarnya 'kes kecil' yang sengaja tidak mahu diselesaikan kerana Hamzah adalah 'orang Abdullah' yang mereka lihat, sudah tidak perlu dilayan lagi.

"Habis tempoh Abdullah menjadi Presiden Umno, habislah hayat politik Hamzah," kata seorang pemerhati politik dari Ipoh.

Saturday, November 1, 2008

PM: Umno T'ganu tidak boleh sekat calon bertanding...

Jimadie Shah Othman | Oct 31, 08 7:13pm MalaysiaKini

Badan Perhubungan Umno Terengganu tidak boleh mengeluarkan arahan melarang exco kerajaan negeri daripada bertanding merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan Umno sekarang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

"Arahan itu tidak boleh dikeluarkan, sebenarnya salah," kata presiden Umno dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

"Kita tidak boleh halang sesiapa yang berhak dan layak untuk bertanding...," tambahnya.

Perdana menteri menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bahawa beberapa exco negeri akan digugurkan kerana membelakangkan arahan kepemimpinan Umno negeri supaya tidak bertanding jawatan utama dalam pemilihan bahagian.

Seorang daripada mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang memenangi jawatan ketua bahagian Marang baru-baru ini.

Beliau menewaskan penyandang jawatan tersebut, Datuk Abdul Rahman Bakar pada 25 Oktober lalu, dengan kelebihan majoriti 198 undi.

Ahmad juga dilaporkan berkata, Yahya akan diminta meletak jawatan exco berikutan 'kedegilannya' mengingkari nasihat beliau supaya tidak menentang ketua bahagian sedia ada.

Selain Yahya, Ahmad Said yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri mengesahkan bahawa dua lagi ahl exo akan digugurkan pada rombakan Exco yang akan dilakukannya pada pertengahan bulan depan.

Katanya, beliau sebelum ini menjangkakan semua exco akur nasihat badan perhubungan Umno negeri.

Thursday, October 23, 2008

Musa: Umno perlukan pemimpin muda

Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua Umno yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam.

musa hitamKatanya, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan Umno, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan Umno yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih parti itu sepenuhnya.

"Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon presiden dan timbalan presiden, yang senior dan yang berpengalaman menjadi pilihan, tapi pada saya tidak mengapalah itu pilihan mereka, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu, saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian," katanya menurut laporan Bernama.

Musa berkata Umno harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.

"Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihanraya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.

"Orang sekarang bukan seperti dahulu, macam zaman saya, kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, jika imej mereka tidak diterima maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima," katanya.

Sementara itu, Musa turut mengulas mengenai proses pemilihan pemimpin yang sedang berjalan dan menyifatkan cara pemilihan calon yang dibuat berasaskan ukuran lama.

Setakat ini, katanya, tiada seorang pun calon yang hendak bertanding, dengan jelas menyebut jika dipilih, apakah mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani kesan akibat krisis ekonomi dunia.

Menurut Musa, ini membuktikan ahli Umno sibuk berebut kuasa untuk kepentingan diri sedangkan yang sepatutnya mereka fikirkan ialah masalah rakyat dan cara bagi mengatasinya.

Dari Petikan MalaysiaKini bertarikh Oct 22, 08 masa 7:54pm

Saturday, October 18, 2008

Mereka harus ingat!!!!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Diterima

Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.

British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.

Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.

Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.

Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.

Tidak Logik

Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.

Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).

Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.

Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.

Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.

Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.

'Tahan Khairy di bawah ISA'?????

Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

mca youth agm 171008 debater ting tai fookBeliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

khairy jamaluddin parliament pc 230608 04"Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu [...] Saya juga percaya Khairy,
pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Perwakilan dari Perak itu menegaskan bahawa kaum Cina bukan rakyat kelas dua atau hamba di negara ini.

Ting turut membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuduh beliau seorang pembohong kerana terus menerus mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan.

Nota kaki: Perwakilan ini tidak merhormati YB Khairy Jamalidin. Ini kritikal....Kaum cina diberi pembebasan di negari ini dan perlu ingat asal usul mu. Bercakap biarlah kena dengan masanya. Contoh di Perak, kaum cina menolak MCA sedangkan UMNO MENANG 27 kerusi DUN dan kalah hanya 7 kerusi. Manakala MCA hanya menang 1 kerusi DUN. Terbukti orang-orang Melayu di Perak masih mahukan UMNO memerintah negeri Perak. Janganlah kerana kesilapan diri sendiri lepas itu kita tunding kepada orang lain. Sebenarnya MCA lah yang tidak relevan sehingga kaum mereka sendiri tidak mengundi mereka kaum sendiri. Mungkun MCA di Perak sudah tidak relavan lagi. Sentimen Agama & kaum jangan di persendakan. Siapakah yang memulakan sentimen kaum ini? Hak keistimewaan orang-orang MELAYU Raja-Raja Melayu JANGAN DIPERTIKAIKAN (tiada kompromi)....Jangan cuba bermain dengan api......

Pemuda MCA: Kaji semula dominasi Umno dalam BN????

emuda MCA hari ini mahu kedudukan dominan Umno dalam Barisan Nasional dikaji semula.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini boleh dilakukan dengan menambah satu lagi jawatan timbalan pengerusi BN.

Pada masa ini, pengerusi Dewan Tertinggi BN ialah presiden Umno yang juga perdana menteri.

mca youth agm 2008 171008 02Manakala, kini hanya ada satu sahaja jawatan timbalan pengerusi BN, yang juga disandangkan timbalan presiden Umno.

Jawatan-jawatan utama yang lain seperti setiausaha agung, ketua Pemuda dan ketua Wanita turut dibolot oleh Umno.

Liow menyarankan, jawatan timbalan tambahan itu disandang oleh wakil dari MCA, sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.

Liow menyarankan demikian ketika berucap di perhimpunan agung Pemuda MCA ke-45, di ibunegara hari ini.

Liow tidak bertanding jawatannya kali ini dan ketua baru Pemuda MCA ialah Datuk Wee Ka Siong.

Liow yang sebelum itu berucap dalam bahasa Mandarin, kemudiannya mengulangi gesaaannya itu dalam bahasa Malaysia.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya, Khairy Jamaluddin.

Tindakan Liow dilihat satu langkah ketelusan kerana perkara itu tidak disebut langsung dalam teks asalnya dalam Bahasa Malaysia yang diedarkan kepada pihak media.

Menurut Liow lagi, sekiranya tidak ada MCA, maka tidak akan ada gabungan Perikatan yang dianggota oleh tiga parti - Umno, MIC dan MCA.

Jika tiada Periktan, katanya, maka tiadalah wujud BN hari ini

"Oleh itu, MCA sepatutnyalah memegang jawatan timbalan presiden BN

"Malah, setiausaha, bendahari BN boleh disandang oleh anggota dari parti komponen lain, tidak semestinya dari Umno sahaja," katanya.

Selain meminta proses pembuat keputusan distruktur semula, beliau juga menyarankan agar sumber-sumber BN supaya diagih secara sama rata.

"Dulu Umno mendominasi semua sumber BN, dari peringkat pusat hingga bahagian, ini perlu dibawa untuk berbincang dalam agenda BN.

"Hanya dengan itu, rakyat akan melihat bahawa BN komited dan bersedia untuk berubah," katanya.

Reaksi Hishammuddin

Sementara itu, Hishammuddin yang juga pengerusi Pemuda BN, berkata cadangan Pemuda MCA supaya BN mewujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua, perlu dikaji dan dibincangkan dengan mendalam oleh semua parti komponen BN.

"Saya baru dengar cadangan itu pagi tadi dan terpulanglah kepada saya untuk memutuskannya. Kita terbuka untuk semua. Kita telah dengar mengenai penyertaan terus bagi mereka yang tidak mahu menyertai mana-mana parti komponen, terus menganggotai BN dan kini cadangan ini.

"Kita sepatutnya membincangkan idea ini. Bagi saya tidak ada formula tertentu. Kita hendaklah dengar pandangan semua parti. Dalam beberapa bulan, perhimpunan agung Umno akan diadakan dan saya pasti ada juga cadangan daripada perwakilan dan pemimpin mengenai cara-cara untuk mengukuhkan BN," katanya kepada pemberita menghadiri majlis perasmian perhimpunan tersebut.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata jika cadangan itu akan diterima, ketika itulah BN akan melalui perubahan

"Tetapi saya hargai MCA. Mereka belum lagi mengatakan bahawa mereka akan keluar BN. Pada hakikatnya mereka komited kepada BN dan mahu BN lebih kuat. Sebab itu mereka buat cadangan ini.

"Ini juga menunjukkan dedikasi mereka kepada campuran. Mereka sedia menghadapi cabaran dengan BN dalam apa jua keadaan. Mereka dengan kita dalam keadan senang dan sukar," tambahnya.

Nota Kaki: Apakah agenda Politik MCA pada kali ini???? Fikir-fikirkan lah,

Friday, October 17, 2008

9 AJK Gelang Patah ancam letak jawatan

Sembilan orang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.

Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan dalam mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti.

"Aduan rasmi telah pun dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula."

"Jika mesyuarat perwakilan tidak diadakan semula, kami akan meletak jawatan," katanya yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Kangkar Pulai kepada Bernama di Johor Bahru, hari ini.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, kebanyakan perwakilan tidak berpuashati dengan proses pengiraan undi oleh pasukan penyelaras mesyuarat dari Pemuda Umno Bahagian Pulai yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Abdullah Yusof, yang dilakukan di dalam bilik hotel tanpa sebarang pengawasan daripada wakil-wakil calon.

"Bukan sahaja pengiraan undi dilakukan secara rahsia di dalam bilik hotel, tetapi apa yang memeranjatkan kami adalah ia (undi) dikira di atas katil bilik tersebut," dakwanya.

Faisal turut mempersoalkan tempoh lima jam yang diambil oleh pasukan penyelaras diketuai oleh Abdullah untuk mengira undi yang dilakukan oleh 146 perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah.

Proses pengiraan undi sepatutnya diadakan secara telus di hadapan para perwakilan dan wakil calon, katanya sambil menambah, Abdullah juga didakwa bersikap kasar terhadap anggota perwakilan Pemuda Bahagian.

Ketua Pemuda Umno Pulai itu, katanya, turut meninggalkan persidangan secara tergesa-gesa sejurus selepas Pengerusi Tetap Umno Bahagian mengumumkan keputusan pengundian dan pencalonan tanpa mengendahkan bantahan oleh perwakilan.

Malam tadi, kira-kira 100 anggota Pemuda Umno Bahagian hadir pada satu majlis untuk menyatakan sokongan kepada Faisal dan sembilan anggota jawatankuasa Pemuda bahagian itu.

Media minggu lepas melaporan kekecohan yang berlaku pada mesyuarat Pemuda Umno bahagian terbabit, berikutan ketidakpuashati perwakilan terhadap keputusan

pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian dan pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda pusat.

Kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Daripada Malaysia Kini

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

POH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor

Dari petikan Utusan Malaysia

Nota kaki/ Ini lah akibat apabila tanahair kita di jajah semula

Monday, October 13, 2008

13 MEI 1969



Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.



Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu petikan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.



Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.



Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.



Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Di mana Tunku?

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

TEORI RAHMAN


Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap “A” pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak jelas, sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat besar politik negara ini.

rahman theory malaysia prime ministerMalaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh seorang penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

“Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri,” katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

“(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad,” katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan Mahathir.

“Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

“(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

“Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu. Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman,” tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid, seorang guru di Simpang, Taiping, tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud “teori Rahman”, termasuk “mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri.”

Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai “penulis dari Semanggol” (Perak) memaklumkan bahawa “hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah.”

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

“Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara itu, penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an. Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya "teori Rahman" terjadi secara kebetulan sahaja.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."

Seperti pertikaian banyak pihak, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan nama Rahman.

Katanya, untuk perdana menteri pertama "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk meninggalkan sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Sedangkan secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," kata wartawan berpengalaman ini sebelum menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

DARIPETIKAN MALAYSIA KINI
Jimadie Shah Othman | Oct 13, 08 9:40pm

Anwar....Tiada Usul Tidak Pecaya kepada PM

Hari ini persidangan parlimen bersidang dan Ketua Pembangkang semacam tidak berminat untuk menukar Kerajaan melalui usul Undi tak percaya kepada Datuk Seri Abdulah Badawi di Dewan Rakyat yang bersidang hari ini.

Sebelum ini Persidangan Dewan Rakyat di tangguhkan lebih sebulan atas sebab Bulan Ramadan dan juga menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Dato seri Anwar Ibrahim lebih fokus kepada baget 2009 dan isu-isu ekonomi. Apakah permainan Anwar lagi?. Pada 16 September yang lalu telah menggegarkan Negara dengan berkata akan berlaku peralihan Kuasa yang membolehkan belaiu menjadi PM. Apa yang kita lihat ini semua permainan Anwar dan Apakah agenda Anwar?

Syabas YB Dato'Mukhriz

Syabas kita ucapkan kepada Mukhriz yang melayakan beliau bertanding untuk kerusi Ketua Pemuda Malaysia selepas mendapat 40 pencalonan dan melepasi kelayakan minimun.Calon jiga perlu mendapatkan 20% atau 38 pencalonan untuk melayakkan beliau bertanding.

Pencalonan itu daripada Bahagian Ipoh Barat, Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, etiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.


Manakala Khairy Jamaludin pula mendapat 19 pencalonan setakat tarikh 13 Okt 08. Bahagian yang mencalonkan Khairy ialah Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.

Ini juga menunjukkan bahawa Pemuda UMNO mahukan perubahan. Ini juga baik untuk perkembangan parti dan disamping itu perubahan ini juga menunjukkan bahawa ahli UMNO juga telah menyatakan pendirian mereka.Syabas kepada Mukhriz yang berjaya untuk bertanding Ketua Pemuda Malaysia.

Saturday, October 4, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Asalamualaikum kepada semua, saya Admin blog ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN,,,,

Tuesday, September 23, 2008

BUBARKAN SEMUA PARTI PERKAUMAN?

Bubarkan parti perkauman dan digantikan dengan Parti Pelbagai bangsa? Ini lah kata-kata Pemuda Pas Wilayah Persekutuan."Ini juga Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi"

Apakah ini semua adakah ini yang kita mahu? Sedangkan kita telah buktikan bahawa Perkonsian Kuasa dengan bangsa lain. Di Malaysia ini kita adalah peribumi disini menjadi menjadi kelaziman apabila peribumi di Negara ini untuk memerintah. Contoh di Negara China bolehkah bangsa asing memerintah Negara Mereka? Apabila di sini mereka sudah mula lupa dan menjadi lebih agrasif apabila Laungan Azan sudah begitu berani "DIPERTIKAIKAN" (Terissa Kok). Sedangkan cukup dengan kebebasan Beragama di Negara ini. HAK SEORANG ISLAM JANGAN DI PERTIKAIKAN.JANGAN BERMAIN DENGAN API.

Sekarang ini pula MCA sudah berani mempersoalkan tentang Hak Hak orang-orang Melayu. Benar kata-kata Ketua Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail. Pada sebelum kemerdekaan kaum-kaum yang lain hanya menumpang Kemerdekaan Melayu. JANGANLAH JADI KACANG LUPAKAN KULIT sedarlah asal usul mu.

Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British.


Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara………. - PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM

Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi…….

Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain….”

Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”

Friday, September 19, 2008

GENTING

Asalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Pada kali ini apa yang kita lihat daripada 16 September 2008 yang lepas Dato Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mewarwarkan bahawa beliau akan mjenjadi Perdana Menteri Malaysia yanmg ke 6. Detik debaran ini berlaku dan seluruh dunia menyaksikan kepincangan Pilitik di Malaysia.

Ini semua berlaku apabila kita tidak berwaspada menjaga kepentingan Bangsa kita, dan ini adalah akibat daripada kecuaian kita dan perpecahan orang-orang Melayu khususnya. Dalam kita berada dalam keadaan selesa kita lupa menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Contoh di Perak kuasa telah djatuh ke tangan bangsa asing (bukan Melayu) yang ada dalam kerajaan sekarang ini terdapat 2 Melayu (Exco) pun telah terlibat dalam Rasuah. Semasa kita memerintah adakan kita ingat semua ini akan berlaku? Kita memandang rendah orang-orang Melayu apabila dapat Projek atau sesuatu Kurnian Kerajaan Negeri pada waktu itu berikan atau JUAL kepada bangsa asing.

16 September 2008 ini jika berlaku kita akan melihat Bangsa Melayu Di Jatuhkan. Kita agak bernasib baik kerana 16 September 2008 tidak berlaku.. Akan tetapi satu pengajaran dan panduan kepada kita agar ORANG-ORANG MELAYU PERLU BERSATU. Raja-Raja kita telah terbukti masih sayangkan bangsanya. Contoh di Perak Hanya Orang Melayu sahaja yang boleh menjadi Menteri Besar. Tetapi sayang Menteri Besar sekarang seolah-olah boneka kepada bangsa asing, yang mana tidak dapat membuat sebarang Keputusan melainkan dapat kebenaran daripada Ahli-Ahli Exco. Di PKNP sebarang keputusan bukan perlu mendapat MB Consern akan tetapi EXCO Consern. Adakan Menteri Besar benar-benar berkuasa?

Di manakah yang di katakan seorang yang memperjuangkan ISLAM? Ini lah masanya untuk kita bersatu padu, berganding bahu untuk BANGSA, AGAMA DAN NEGARA YANG KITA CINTAI....

Tuesday, September 9, 2008

CADANGAN KEMAS KINI PENGURUSAN PARTI

CADANGAN KEMAS KINI PENGURUSAN PARTI


Di dalam sebuah PARTI yang besar dan lama usianya kadang2 kita agak terleka dengan penstrukturan PARTI. Di peringkat Parlimen mungkin kita telah terbiasa dengan pelantikan kabinet dan di antara mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan menteri. Manakala di Peringkat Undangan Negeri pelantikan Exco2 di kalangan ahli dewan undangan negeri. Ini semua adalah asas kepada satu struktur bagi memudahkan pengurusan. Di dalam kemelut salah- menyalahkan di antara pemimpin parti pada hari ini saya lebih berminat kepada kaedah mendidik ahli2 parti dan memberi kefahaman kepada tugas asas seorang ketua di dalam PARTI (ketua di peringkat cawangan hingga ke bahagian ) Sejak saya menyertai UMNO saya dapati kebanyakan cawangan tidak menjalankan pengurusan secara profesional. Pelantikan di kalangan ahli cawangan ke jawatankuasa cawangan adalah semata- mata untuk memenuhi carta organisasi cawangan. Dan lebih menyedihkan Ketua Cawangan sendiri terpaksa menyiapkan buku laporan tahunan walaupun seorang setiausaha telah di lantik. Perkara ini bagi pendapat saya adalah berpunca daripada pengurusan yang tidak cekap dan tidak mengikut tatacara.
Kadang2 terdapat juga di dalam mesyuarat cawangan kehadiran tidak menepati syarat kuorum diperlukan sedangkan ahli yang berbayar yuran melebihi 200 orang. Namun demikian apabila ada pertandingan kebiasaannya kuorum lebih daripada mencukupi dan kebiasaannya kuorum2 ini terdiri daripada pengundi2 hantu yang perlu di bayar selepas selesai mesyuarat.( yang menghairankan ialah pengundi2 hantu ini tidak pula diserapkan di dalam parti selepas selesai persidangan dan terus menjadi pengundi hantu untuk setiap kali ada pemilihan dijalankan maka UMNO bukan lagi Parti KERAMAT tetapi Parti BERHANTU) Dan akhirnya apabila perkara ini berleluasa maka ahli2 UMNO tidak diperlukan lagi di dalam menghadiri mesyuarat tahunan dan ahli2 ini kebiasaannya akan berpindah ke cawangan lain atau ke parti lain. Bagi ahli yang telah berpindah ke parti lain, namanya masih lagi terdapat pada senarai keahlian UMNO (DAN NAMA MEREKA DIGUNAKAN BAGI PEMBAYARAN YURAN UNTUK MEMENUHKAN QUOTA SUPAYA CAWANGAN BOLEH MENGHANTAR PERWAKILAN ) Maka maklumat mengatakan keahlian UMNO melebihi 3juta orang ahli perlu diselidiki. Untuk itu saya menyarankan agar pihak kepimpinan perlu memberi kefahaman kepada setiap ketua2 cawangan berkenaan pengurusan parti agar mereka dapat mengurus dengan baik dan tidak memalukan parti. Di sini saya gariskan serba sedikit tugas asas pengurusan agar setiap ketua cawangan dan bahagian dapat jadikan sebagai panduan.

KETUA merupakan orang yang berusaha untuk menjalankan dan menyempurnakan ideologi parti melalui orang bawahannya. Ia perlu menggabungkan sumber manusia (yakni ahli2 parti ), kewangan dan segala bahan yang di perlukan dan di gunakan sebagai jentera untuk mencapai matlamat yang di gariskan oleh Parti. (Dalam hal ini matlamat Parti sebenarnya di tentukan oleh ahli2 parti sendiri dan sekiranya matlamat parti tidak menepati kehendak ahli maka ahli2 perlulah mencari alternatif lain.)


Tugas Asas seorang Ketua Cawangan yang di perlukan oleh PARTI

1.Ketua perlu membentuk satu suasana kerja di mana para ahli PARTI berusaha dan bekerja dengan rela untuk mencapai matlamat PARTI.

2.Ketua perlu menggerakkan sesuatu aktiviti supaya berlaku dan dilaksanakan.
Ahli2 PARTI perlu diberi kemahiran dalam hal2 kepartian supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dan berupaya menghasilkan kejayaan.

3.Ketua perlu memahami potensi ahli2 kerana ahli2 adalah sumber yang amat penting dalam menjamin kejayaan matlamat PARTI. Ahli2 yang berpotensi perlu di bentuk dan dikembangkan keupayaan mereka supaya khidmat mereka dapat di manfaatkan.

4.Ketua perlu mampu untuk menjawab segala kemusykilan ahli PARTI. Paling tidak ketua perlu menyalurkan masalah itu kepada pihak atasannya agar persoalan itu dapat di jawab.

5.Ketua perlu lebih arif atau bijak daripada orang bawahannya supaya sesuatu matlamat itu dapat di sempurnakan. ( Arif dan bijak ini diperolehi hasil daripada pergaulan dan pengalaman dan Ijazah tidak mencukupi.)

6.Ketua perlu mempunyai pembantu2 yang dapat menterjemahkan kehendak PARTI ( bukan kehendak peribadi ) apabila menjalankan tugas.


Tugas yang paling mencabar bagi seorang ketua ialah mengarahkan orang
bawahan nya ke arah kebaikan dan mencegah ke arah keburukan. Kerana
ia akan memberi kesan di dalam pemilihan dirinya sebagai ketua. Ketua
kebiasaannya akan menyekat kemasukan ahli baru dan lebih selesa
dengan ahli2 lama yang pasti menyokongnya. Keahlian hanya dibuka jika
ia pasti sokongan diberi kepadanya. Ini merupakan satu virus yang
hanya mewujudkan ahli2 yang tidak setia dan tidak sanggup bekerja demi
parti. Sekiranya ahli merajuk dengan ketua tersebut maka ia akan keluar
parti. Dan kebiasaannya ia akan beranggapan pemimpin UMNO yang lain
adalah serupa dengan ketuanya itu.


Yang amat di perlukan oleh PARTI ialah seorang Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang dapat menguruskan dengan baik dan mempunyai empat elemen berikut:

1.Merancang
Ia berkaitan dengan membuat keputusan tentang apa yang hendak di buat, menetapkan dasar PARTI, menentukan strategi dan memilih pelan2 tindakan yang perlu diambil. Perancangan amat penting kerana ia memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat PARTI. Oleh itu beberapa strategi perlu digunakan di dalam membuat perancangan berkaitan dengan operasi, belanjawan, meramal jangka pendek dan panjang dan seterusnya membuat dasar2 yang menyenangkan hati ahli2. Yang berlaku hanyalah perancangan di lakukan semata2 untuk menentukan calon2 ketua bahagian, wanita, pemuda dan puteri.

2.Mengorganisasi
Mengorganisasi adalah berkaitan dengan pengkhususan kerja, pemusatan dan pemencaran ( pembahagian ) kuasa. Dalam hal ini seorang ketua perlu berhati2 di dalam memberi kuasa kepada jawatankuasa nya supaya halatuju dan dasar PARTI tercapai dan kuasa tidak di salahguna. Dan setiap pegawai dilantik perlu benar2 menjalan tugas yang memang wujud tugas itu, dan bukan semata2 di atas kertas.

Apa yang berlaku hari ini ialah ketua2 cawangan lebih berminat untuk meletakkan keluarga mereka di dalam hiraki pentadbiran. Misalnya anak diletakkan sebagai ketua pemuda atau puteri manakala isteri sebagai ketua wanita walaupun ada ahli yang lebih layak dan bijak.

3.Mengarah
Seorang Ketua perlu ada satu skil untuk mengarah, ini amat penting agar segala perancangan aktiviti dan dasar yang di susun dapat diarahkan kepada orang bawahan dan dilaksanakan dengan lancar, bersemangat dan relahati. Bagi memudahkan arahan sentiasa dapat diikuti maka seorang Ketua yang prihatin perlu sentiasa memberi motivasi kepada orang bawahannya. Yang berlaku hari ini ialah ketua2 tidak mempunyai skil untuk mengarah melainkan arahan supaya menyekat individu tertentu yang mungkin boleh mencabarnya demi kepentingan peribadi.

4.Mengawal
Bagi memudahkan tugas kawalan maka seorang ketua perlu meletakkan satu standard kepada setiap orang bawahannya yang memegang jawatan. Ketua perlu sentiasa memeriksa dan menilai pelaksanaan tugas untuk mengetahui sejauh mana orang bawahannya menjalankan tugas. Pada asasnya seorang ketua perlu mengetahui aktiviti2 orang bawahannya bagi memastikan aktiviti mereka membangun dan bukan meruntuhkan. Pengawalan bergantung pada bijaksana ketua sama ada tegas mahupun lembut dan bergantung juga kepada suasana semasa.


Dan yang berlaku hari ini ialah tiada satu aktiviti pun dijalankan oleh
cawangan yang dapat memberi imej baik kepada rakyat. Dan ketua sendiri
tidak perlu mengawal apa2 melainkan menjadi pengawal kepada ketua2
yang berada di atas mereka. Tugas pengawal juga memastikan tiada
kemasukan ahli2 baru yang boleh menggugat mereka.

Asas pengurusan amat penting bagi seorang ketua bagi mentadbir cawangan atau
bahagian. Tanpa asas ini sebahagian ketua2 cawangan yang ada hari ini
diibaratkan hanyalah merupakan sekawan kambing yang perlu dipelihara oleh
ketua2 bahagian dan ketua2 bahagian pula merupakan sekawan ketua2 kambing
yang perlu dipelihara oleh mereka yang berada lebih atas. Maka akhirnya UMNO
akan melahirkan beberapa ekor kambing yang berkawan- kawanan dengan tujuan
untuk mencari makan. Apabila kambing2 ini kekurangan makanan maka kambing2
ini akan menyalahkan Tuannya. Dan perkara ini akan terus berlaku tidak kira
siapa tuannya. Dan akhirnya mereka akan mencari Tuan yang Baru.

PILIHLAH……WAHAI Perwakilan
Tidak kira siapa, pastikan berharga

Bagi pemimpin yang kaya
Kita perlukan bantuan mereka

Bagi pemimpin yang berkebolehan
Kita perlukan pimpinan mereka

Bagi pemimpin yang berkuasa
Kita perlukan perlindungan mereka

Bagi pemimpin yang berjuang
Kita perlukan keberanian mereka

Pilihlah Wahai Perwakilan
Pilihlah…..
Menangis hari ini kerana masa depan
Atau…
menderita hari ini tiada masa depan.



DULU KINI SELAMANYA
YANG BENAR
GERAKAN PEMUDA INSAF
SAYWAR.....

Wednesday, August 20, 2008

Permatang Pauh Oh Permatang Pauh.....

Permatang Pauh adakah tempat ini menjadi MEDAN UNTUK PERPECAHAN OERANG-ORANG MELAYU? Apa yang saya lihat keganasan penyokong Parti Pembangkang yang mana memaki hamun bangsa sendiri hanya kerana perbezaan Parti dan ini amat menyedihkan. Dahulu datuk nenek kita bersama sama menentang Penjajahan Inggeris dan apa yang berlakau hari ini kita sesama bangsa bertelagah.

Kita semua tahu bahawa orang-orang Melayu yang dahulunya bersatu dan apa yang berlaku pada hari ini kita bertelagah sesama sendiri. Apabila ini berlaku orang-orang Melayu amat lemah. Apabila ini berlaku ERA PENJAJAHAN MORDEN berlaku. Sekarang ini dimana kita lihat kedudukan bangsa kita?

Apa yang perlu orang-orang MELAYU perlu bersatu padu untuk mempertahankan keMERDEKAan yang mana tok nenek perjuangkan. Tugas orang-orang Melayu bukan untuk berpecah belah akan tetapi mempertakankan keMERDEKAan yang di kecapi pada 51 tahun lalu.

Kita sebagai bangsa Majoriti di Malaysia ini perlu mempertahankan Bangsa, Agama dan Tanah Air.

Sekian untuk renungan kita semua di harap kita semua dapat bersatu padu demi bangsa yang kita cintai..

Wasalam........

Wednesday, August 13, 2008

Khalid jual Melayu – Ali Rustam (Daripetikan Malaysia Today on 13 Aug 2008)

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melabelkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diumpamakan sebagai "Melayu jual Melayu" kerana mencadangankan agar kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Beliau berkata ianya amat jelas menunjukkan Khalid ingin memancing pengundi bukan Melayu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Ali Rustam turut memaklumkan cadangan untuk membuka UiTM kepada bukan bumiputera adalah bertentangan dengan dasar universiti tersebut yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam bidang pendidikan. ''Nampaknya Khalid cuba menggadai Melayu untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di Permatang Pauh. Ia umpama Melayu jual Melayu. Selama ini bukan Melayu tidak pernah meminta agar kuota UiTM dibuka kepada mereka, sebaliknya seorang pemimpin Melayu yang berbuat demikian,"

Friday, June 20, 2008

Kesahihan Titah Dan Kebijaksanaan Sultan Perak

Tindakan ahli Parlimen Bukit Gelugor (Karpal Singh) yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Secara ilmiah, terdapat dua perkara penting yang perlu kita ketahui apabila kita membicarakan isu ini.

Pertama, dari segi undang-undang.

Kedua, dari segi sosio-psikologi

Segi Undang-undang

Kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Manakala negeri-negeri beraja pula mempunyai doktrin perundangan negeri masing-masing.

Negeri Perak pula mempunyai sistem yang istimewa dipanggil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak

Majlis tersebut tertakluk kepada enakmen-enakmen negeri yang telah diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak. Enakmen-enakmen ini juga dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

Jika kita merujuk Bahagian 1, (perenggan 3) di dalam Enakmen tersebut (pindaan 1993)

3. Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa istimewa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Perak Darul Ridzuan sebagaimana yang ditetap dan dinyatakan dalam Fasal VI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Perenggan di atas begitu jelas menerangkan kedudukan dan kuasa Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam.

Jika kita merujuk kepada Bahagian II (Perenggan 6)

1) Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan Agama Islam, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubung dengan pentadbiran, keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Perak Darul Ridzuan selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan,kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.

Perenggan di atas telah menerangkan bahawa prosedur kepada semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam mesti melalui Sultan Perak sendiri dan hanya akan diterimapakai setelah mendapat perkenan baginda.

Jawatankuasa Majlis yang terdiri daripada Yang Dipertua (dilantik oleh Sultan setelah berunding dengan Menteri Besar), Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Polis Negeri, Mufti, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan lain-lain, secara adabnya boleh membantu dan menasihati Sultan berkenaan perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam.

Titah Sultan Perak agar Yang Dipertua dilantik semula dan bekerja sehingga akhir tempoh perlantikannya, jelas menunjukkan kearifan dan kebijaksanaan baginda.

Walaupun baginda mempunyai hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa istimewa untuk tidak mempedulikan suara-suara sumbang yang kedengaran, tindakan Sultan Perak masih juga merujuk dan di dalam skop perundangan negeri.

Jika kita merujuk Bahagian II (perenggan 5)

(5) Seseorang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Yang Dipertua atau ahli Majlis yang dilantik di bawah Enakmen 1965 hendaklah tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Yang Dipertua atau ahli Majlis sehingga tamat tempoh perlantikannya atau sehingga perlantikan di bawah Enakmen ini dibuat mengikut mana yang terdahulu.

Dalam konteks di atas, titah Sultan Perak adalah sahih dan tidak boleh dikaitkan sebagai campurtangan di dalam urusan kerajaan negeri Perak.

Baginda hanya menggunapakai perenggan di atas agar Yang Dipertua sedia ada bertugas sehingga tamat tempoh perlantikannya.

Malah, tidak ada klaus di dalam undang-undang negeri Perak yang membenarkan seseorang Menteri Besar itu berhak melucut jawatan Yang Dipertua tanpa persetujuan dan membelakangi Sultan Perak.

Yang ada hanyalah di dalam Bahagian II (perenggan 12) iaitu Sultan Perak boleh membatalkan perlantikan Yang Dipertua atau mana-mana ahli majlis di atas beberapa perkara yang termaktub di dalam enakmen itu.

Segi Sosio-psikologi

Sungguh memalukan apabila setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka, masih ada warganegara kita yang masih tidak dapat memahami adat budaya, tatatertib dan kesensitifan kaum-kaum lain di Malaysia.

Lebih-lebih lagi apabila kecetekan ilmu berkawan itu datangnya daripada seorang pemimpin tertinggi parti DAP yang lantang melaung-laungkan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

Secara moralnya, tindakan menegur dan mempertikaikan titah raja merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh kaum Melayu dan semestinya setiap warganegara yang mendokong penuh doktrin perlembagaan beraja serta undang-undang negara ini. Apatah lagi, teguran itu dibuat secara terbuka dan diketahui umum tanpa fakta yang benar.

Seperti kata orang Inggeris, the damage has been done. Realitinya, Karpal Singh telah tersilap besar kali ini dan mesti mengaku salah di atas segala tindakannya itu. Sultan Perak merupakan orang yang pertama beliau perlu jumpa dan meminta maaf.

Manakala beliau juga perlu meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat kerana telah memberikan kenyataan yang diputarbelit dan tidak benar.

Merujuk kepada perkara di atas, apakah Karpal Singh masih mahu berfikiran sebagai seorang peguam yang kerjanya mempertahankan kes beliau atau sebagai seorang warganegara Malaysia yang mendokong sepenuh jiwa dan raganya kepada perlembagaan beraja, undang-undang dan kewujudan kaum-kaum majmuk di negara ini?